adsense

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

02 June, 2007

Macam-macam ada: Pisang Dan Hati



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci
ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap
murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan
biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu.
Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"
beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan
akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu,
pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah
tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey
semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang
kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah
sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain
dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan
membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
dengan bau
pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau
kamu
simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jah-j auh perasaan
benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi
lebih baik darpada membenci..!!
Blog Widget by LinkWithin