adsense

Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

05 March, 2009

Banjir di PWTC - 3 Mac 2009




Benarlah, Allah kalau nak tarik nikmat hanya sekelip mata. Contohnya dalam keadaan banjir, banyak harta yang rosak atau musnah dalam tempoh yang sekejap sahaja.

Lihatlah keeta-kereta di bawah. Siapa sangka, pagi tadi sedap kita drive dengan lancar , tup-tup balik,kereta sudah tengelam. Kalau kereta mewah, harga kad komputer (ECU) dah berharga RM10,000.

Dugaan...

gambar banjir KL @isuhangat


gambar banjir KL @isuhangat
gambar banjir KL @isuhangat


4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

03 August, 2007

Oman : Padang Pasir Jadi Laut...

Salam,

Salah satu tanda tentang hampirnya kiamat ialah dimana padang pasir akan menjadi lautan.
Itulah hadis Nabi. Apabila kiamat bererti hancurlah segala-galanya dan itulah saat kematian semua makhluk Allah. Maka itu cuba kita renungkan bersama di tahap manakah tahap diri masing-masing sekarang ini di sisi Allah? Tidak takutkah kita apabila memikirkan hal ini. Entahkan amalan kita selama ini diterima Allah atau tidak, entahkan kita sedang menuju kepada keredhoanNya atau tidak dan entahkan perjalanan kita ini "on trak" atau tidak. Tiada siapa yang boleh menolong diri kita ketika itu selain hasil daripada perbuatan masing-masing kepada Yang Hak, Yang Berkuasa, Yang Empunya Segalanya dan Yang Esa. Biar apapun alasan diberikan melalui lidah namun Allah jua yang mengetahui.

Lantas, apakah persediaan kita untuk menemui Allah nanti?.
Sudahkah kita melaksanakan amanah yang Allah berikan kepada kita dahulu ketika di alam roh? Apakah amanah itu? Bukan KPI, bukan naik gred, bukan jadi bos, bukan wang yang banyak, bukan kereta baru, bukan handphone canggih, bukan menyukakan orang atau bos dan bukan tawa/senyuman.

Semua kita sudah berjanji di depan Allah untuk sanggup memikulnya tetapi ramai yang terlupa dan bahkan tak tahu langsung janji itu. Maka itu, kita hendaklah belajar dari yang ahli mengenainya,
sebelum segala-galanya terlambat. Tunaikanlah janji itu sebelum kita dicap sebagai pemungkir janji kepada Allah dan pada ketika itu tahulah betapa azabnya neraka Allah...... "Nauzubilla himinzalliq". Segala amal yang kita lakukan akan menjadi lagha (sia-sia) lantaran tidak mengenal Allah. DalilNya yang bereti awal agama itu adalah mengenal Allah. Jadi, fikirkan diri masing-masing ke manakah arah yang sedang kita tujui....

Semoga semua mendapat kerahmatan.











31 July, 2007

SUBHANA AALAH SEE WHAT HAPPENED TO ONE OF THE ROADS IN DENMARK

Ingat kah anda tentang karikatur yang menghina Rasulullah S.A.W dan agama ISLAM?











30 July, 2007

Surfing on City roads



Dah musim hujan ni. Rasanya sesuai juga kalau dijadikan sukan kat KL ni ... :)


The Moscow Prospect recently passed Shower and a resident of the city has been such an application pool







12 June, 2007

Banjir Kilat terburuk di KL



Posted on Monday, June 11 @ 09:12:08 MYT by greenboc
Berita Oleh RadenJowo

banjirKUALA LUMPUR 10 Jun – Ibu negara malam ini dilanda banjir, disifatkan sebagai terburuk sejak 2003 apabila beberapa kawasan utama bandar raya ditenggelami air sehingga satu meter.

Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di beberapa jalan utama dan mangsa-mangsa yang terperangkap terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).


Antara kawasan paling teruk dilanda banjir termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul.
Dataran Merdeka, yang meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad ditenggelami separas pinggang.
Lebih dahsyat, air banjir turut memasuki sehingga ke ruang sembahyang di Masjid Jamek, Jalan Raja. Masjid itu terletak kira-kira 10 meter dari paras normal Sungai Gombak-Sungai Klang.
Ibu kota juga dilaporkan mengalami kesesakan teruk di beberapa jalan termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi dan Jalan Kampung Pandan.
Hujan turun lebat di sekitar ibu negara sebelum 6 petang dan berlarutan sehingga 8 malam ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati kenderaan terkandas di jalan-jalan tersebut akibat dimasuki air sehingga menyebabkan kesesakan.
Banjir terburuk pernah melanda ibu negara ialah pada 1971 apabila beberapa kampung di Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir termasuk Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang-Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor.
Kuala Lumpur juga ketika itu terputus hubungan terus dengan dunia luar dan pasaran saham terpaksa ditutup kerana seluruh Kuala Lumpur banjir.
Sementara itu, menurut Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Wilayah Persekutuan, Shahrul Kamar berkata, kawasan yang dilaporkan paling teruk dilanda termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru.
Menurutnya, bot-bot penyelamat dikerah mengesan dan menyelamat mangsa yang dipercayai terperangkap akibat bencana alam tersebut.
‘‘Secara keseluruhannya, JPA telah mengerahkan seramai 40 anggota untuk ditugaskan dalam usaha menyelamat,” katanya ketika ditemui di Jalan Tun Perak dekat stesen LRT Masjid Jamek di sini, malam ini.
Dalam perkembangan yang sama, Shahrul memberitahu, tiga orang mengalami cedera ringan selepas terkena serpihan kaca dalam sebuah restoran makanan segera di Jalan Tun Perak di sini.
‘‘Kaca di restoran itu dipercayai pecah selepas terkena libasan air akibat daripada sebuah bas yang melalui jalan itu,” katanya.
Sementara itu, seorang peniaga di Lebuh Ampang, K.Maran, 36, ketika ditemui kecewa dengan cara pihak berkuasa menangani masalah banjir di ibu negara.
Katanya, beliau sudah hilang kepercayaan kepada terowong SMART yang sebelum ini dikatakan boleh menangani masalah banjir kilat di ibu kota.
‘‘Baru satu minggu lalu banjir melanda, minggu ini ia berulang lagi, apakah setiap kali hujan lebat banjir akan terus melanda,’’ katanya.
Radenjowo
Blog Widget by LinkWithin