adsense

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

28 March, 2009

Kucing semakin penakut

duit survey

pinjam duit

Biasanya kucing tak boleh nampak ikan, mesti diterkamnya. Begitu juga dengan tikus dan burung,jika nampak mesti dihambatnya. Inilah lumrah alam.

Kepada yang suka tengok kartun mesti pernah melihat kartun tweety dan pussy cat. Bagaimana mereka bermusuhan dan akhirnya pussy cat mesti menjadi mangsa.

Namun begitu, kucing sekarang terutamanya yang hanya pandai makan friskies sahaja sudah tidak pandai makan ikan mentah. Apa lagi burung. Tikus pun mungkin boleh tepuk-tepuk kepala sambil main dagu kucing friskies ni.

Begitu juga dengan manusia, kalau dah kenyang dan biasa makan makanan sedap-sedap semuanya boleh di ekjas.

Apa yang penting? ...... kerjasama.

Lihat lagi gambar di HOT PICTURES (cool dan cute)


KURSUS TERNAKAN KETAM (MASA TERHAD)

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!

Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

10 January, 2009

Mandikan kucing





Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh di sebuah kedai runcit.

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti.

Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: kan saya dah kata... !
Budak: Tapi saya tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

31 December, 2008

Kung Fu kucing





Kalau yang ikuti filem-filem kung fu, biasa dengar kung fu mabuk, kung fu naga dan sebagainya. Yang ni pula kung fu kucing, tetapi kucing berkung fu.. Bukan gambar photoshop tetapi gambar-gambar yang dirakam secara tak sengaja.

Dapatkan lagi koleksi kucing kung fu di HOT PICTURES COLLECTION

18 June, 2007

Jangan Benci Kucing



Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...

25 April, 2007

Blog Widget by LinkWithin