Bunyi macam jenaka. Tapi jangan gelak sehingga dah habis baca. ini kisah benar
"Kesah yang aku nak paparkan dan berkongsi dengan kalian, adalah kesah benar yang dialami oleh diri aku dan abang aku.Walaupun bunyi macam kelakar, tapi pada aku ianya tak lucu. Malah ia nya menyentuh tentang pegangan agama kita.
Dulu timbul pasal makanan syubahat,kemudian timbul pula bukan saja makanan subahat malahan dah ada makanan haram yang di label sebagai halal. Sehinggakan dah ada DAGING BABI PANGGANG yang berlabel HALAL, siap dengan Label halal JAKIM. Tak tahulah aku sejak bila pula daging babi di kira halal. Sila tunjukkan nas mana!!!! Al Quran dah ada, jelas mengatakan babi tu haram!!! Aku cadangkan jangan gunakan perkataan Khinzir mulai hari ini. Kita gunakan perkataan BABI. Dulu kita gunakan perkataan khinzir kononnya nak jaga hati orang-orang yang makan babi. Nanti tak lalu mereka nak makan babi tu. Orang puteh pun menggunakan perkataan babi bila mencarut. "You pig!!" Atau untuk menunjukkan sesuatu itu kotor.
Berbalik pada pengalaman aku diawal 80an ketika dalam perjalanan dari Singapore ke
London aku di hidangkan nasi berlauk kari daging dan salad. Sebelum penerbangan sebagai mana orang Islam yang lain, aku telah menunaikan tanggong jawab aku sebagai orang Islam memesan makanan halal semasa nak confirmkan flight. Namun saperti biasa sebelum menjamah makanan aku tanya stewardess mat saleh yang seksi tu,
Ramlisdar: "Is this food halal as ordered?"
Stewardess: "Yes Sir you dont have to worry."
Untuk kepastian aku tanya lagi
Ramlisdar: "What meat is this? if you dont mind telling me?"
Mengelabar steawrdess bila aku tanya.
¡§Just hang on Sir I will ask my colleague for confirmation.¡¨
Orang-orang sebelah aku dok makan, aku pula terkial-kial menunggu. Tunggu punya tunggu stewardess tu pun muncul.
Stewardess: " I am pleased to confirm, it is pork Sir"
Terkejut berok aku dibuatnya. Depan aku dalam pinggan ada babi. Nasib baik aku tak
makan lagi. Aku marah betul. Dah book makanan halal pun masih dapat babi. So everyone be careful!!! Aku pun bagi tahu pada stewardess tu aku ni Muslim. Sebagai muslim aku tak boleh makan babi.
Stewardess: " No problem Sir"
Tahu apa stewardess tu buat? Dia keluarkan daging babi tu dan pulangkan pinggan tu pada aku. Lagi aku terkejut berok dan marah. Orang lain dah mula habis makan dalam kapalterbang tu, aku masih menunggu makanan. Aku pun protest dan minta jumpa chief dia. Kelam kabut dia cari makanan di 1st class tingkat atas. (Jumbo 747 ada 2 tingkat.)
Chief: "We are sorry Sir. There must be some kind of misscommunication"
Perut aku dah lapar. Aku tak kira yang penting aku nak makan. Dan aku nak makan makanan halal.
Stewardess: "Here you are Sir. Luckily we managed to get this Vegetarian food for you"
Salad pun saladlah. asalkan halal untuk mengisi perut yang dah lapar.Mat saleh-mat saleh yang lain heran melihat apa kena dengan Melayu yang seorang ni.
Neighbour sebelah siap tanya. " Are you vegetarian Sir?"
Ramlisdar: "No I am not a vegetarian"
Nilah masa nak beri penerangan pada non-muslim. Ramlisdar: "I am a muslim. Being a muslim we have to eat food that is halal"
Satu hal juga nak terangkan apa itu halal. Senang nya aku guna analogy orang yahudi. Aku kata saperti orang yahudi mereka kena makan makanan Kosher. Kami orang Islam kena makan makanan halal. Baru dia anggok. Selepas kejadian itu bila aku travel oversea aku order makanan Kosher. Dari pengalaman aku makanan Kosher lebeh selamat. Setiap kali awal penerbangan, cabin crew akan bawa aku dulang besar, yang akan merupakan makanan aku untuk sepanjang perjalanan hingga next stop. Dulang besar ini di tutup
dengan aluminium foil. Atas foil itu atas surat pengesahan Rabbi siap dengan tanda tangan Rabbi tersebut mengesahkan makanan ini adalah Kosher. Aku makan kosher berdasarkan penerangan seorang ustaz yang mengatakan kita dibenarkan makan makanan Kosher.
Satu lagi pengalaman abang aku. Dia makan di rumah kawan nya berbangsa Cina. Sebelum makan abang aku tanya ayam yang dihidangkan tu disembelih tak? Jawab kawan nya dont worry ayam tu dah disembelih. Lauk pula memang sedap, abang aku pun makan dengan selera nya. Lepas makan, mereka pun duduk berehat sambil berbual. Abang aku pun tanyalah siapa yang sembelih ayam yang sedap tadi. Kawan nya jawab selamba saja. Akulah yang sembelih ayam tadi. Abang aku cerita, dia minta permisi untuk balik. Bila dah keluar rumah kawan nya dia muntah.
Pengajaran dari cerita diatas.
1. berhati hati bila makan. Tentukan makanan itu halal. Baca label.Tanya soalan jika perlu.
2. Tanya soalan yang betul. Jangan jadi macam abang aku. Abang aku patut tanya makanan ni halal ke? lepas tanya jika halal. Tanya dari mana punca?
3. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan mereka. Lihat betapa hati-hati orang yahudi dengan makanan mereka. Pihak berkuasa yahudi memainkan peranan mereka untuk menentukan yang orang yahudi mendapat makanan Kosher yang disahkan.
Kalau orang yahudi berhati-hati dengan makanan mereka. Kita sebagai orang Islam mestilah lebeh berhati-hati dari orang yahudi."
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.
Amin, ya Rabbal A'lamin."