adsense

Showing posts with label diabetis. Show all posts
Showing posts with label diabetis. Show all posts

06 July, 2007

Dalam diam ubat diabetis naik 50 peratus



Mat Ampang
Thu | Jul 05, 07 | 03:19:48 PM


Saya penghidap kencing manis sejak 20 tahun. Selalunya saya ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat. Tetapi waktu itu saya mempunyai banyak masa lapang dan seronok juga menunggu di hospital sementara mendapatkan ubat melihat gelagat orang ramai.

Apabila ditawarkan kerja dan masa senggang menjadi sempit, maka saya terpaksa berjumpa doktor swasta. Kenalah keluar duit poket dulu. Saya tak kisah sangat kerana bukannya mahal pun ubat diabetis.

Apa pun, dua hari lepas saya kehabisan ubat dan berjumpa doktor untuk mendapat bekalan baru ubat yang selalunya saya ambil sebulan sekali. Terkejut juga bila melihat bil ubat sudah meningkat, agak banyak juga, hampir 50 peratus.

Saya ingat pembantu klinik tersilap lalu esoknya saya berjumpa doktor. Rupanya dia tak silap sebab harga ubat kencing manis sudah naik 50 peratus. Alamak, makin kempislah poket saya.

Dalam diam ubat diabetis naik mencacak, tapi apalah yang saya boleh buat. Itu belum lagi termetrai perjanjian FTA dengan Amerika.
Blog Widget by LinkWithin