adsense

Showing posts with label nash. Show all posts
Showing posts with label nash. Show all posts

11 April, 2007

Isu Hangat: Isteri Nash Di tahan



Pemilik pusat kecantikan bersalah miliki 310 botol racun
14-03-2007 12:31:12 AM

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) Sdn Bhd Sosilawati Lawiya hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki 310 botol pelembab yang mengandungi racun 'hydroquinone' .
Pengasas produk kecantikan itu didenda RM1,800 atau 14 hari penjara jika gagal membayar denda itu.
Sosilawati, 44, mengaku memiliki 310 botol 'Nouvelles Visages Toner Treatment' No 1 dan No 2 yang mengandungi 'hydroquinone' iaitu sejenis racun yang disenaraikan dalam jadual pertama di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989).
Dia melakukan kesalahan itu di premis Nouvelles Beauty Centre Sdn Bhd, No 59, Lorong Haji Hussein, Off Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini pada pukul 11 pagi, 27 Mac tahun lepas.
Difahamkan 'hydroquinone' yang berlebihan akan memberikan kesan sampingan yang teruk kepada pemakainya dan bagi yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah kulit muka gatal-gatal, bengkak, tompokan merah dan melecur.
Ketika merayu hukuman ringan kepada Majistret Syahrin Jeli Bohari, Sosilawati yang tidak diwakili peguam memberitahu dia hanyalah pengedar dan bukannya pengilang.
Sosilawati membayar denda itu.
Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Mohd Rizal Ali. BERNAMA
Blog Widget by LinkWithin