
Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya  Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka  berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih  agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan  ada seseorang sedang mengekori mereka...
M : Awak perasan tak ada  seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh  lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang  Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.
M : Alamak, dengan kecepatan  berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita.  Adoh hai, apa yang harus kita buat?.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus  kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.
M : Itu tidak banyak membantu  laa, macammana ni.
L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita  berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.
M : Jadi, apa  yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil  menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...
L : Hanya ada  satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut  jalan kanan.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi  mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba  dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.
Tidak  berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan  aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi? 
L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.
M :  Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?
L : Sesuai  dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat  tenaga jugak.
M : Dan... dan..
L : Sesuai dengan logik, dia  berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...
M : Jadik.. Apa yang engkau  lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu  mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.
M :  Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan  logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...
M  : Alamak... jadi apa yang berlaku?
L : Logik bukan, kalau gadis yang  mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil  seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk  pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu. 
M: Ha ha ha ha Memang logik.