ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
22 June, 2009
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"
"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
07 June, 2009
Petua berhenti merokok
Walau pun kerajaan mengambil untung apabila menaikkan harga cukai setiap tahun, bermacam usaha di lakukan oleh kerajaan supaya rakyat Malaysia berhenti merokok. Contohnya gambar-gambar mengerikan di kotak rokok dan pelbagai kempen diadakan.
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
* Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
* Yakinkan diri
* Buat nota peringatan
* Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
* Tumpukan pada hari ini
* Sentiasa berfikiran positif
* Dapatkan sokongan
* Lawan keinginan untuk merokok
* Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
* Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
o Melengahkan-lengah
o Minum banyak air
o Menarik nafas panjang
o Membuat sesuatu
o Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
o Mengunyah sesuatu
o Membasuh tangan
o Mandi dengan kerap
o Melakukan senaman regangan
o Memohon doa
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
14 May, 2009
Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"
"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan
Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!
Iklan Di ISUHANGAT!
01 May, 2009
Petua mandi malam
Soalan mandi malam
salam..
nak tumpang mintak pendapat n nak tnya la...saya ni koje shift.. so masa mmg x menentu la..Lagi masa blk keje..
saya selalu balik keje kalo keje shift petang mesti blk dalam12 ke 2 pg..
so bila blk keje, x selesa, panas, peluh kan.. so mesti la rasa nak mandi..
Tapi...
setahu saya la.. mandi lewat mlm ni x elok kan.. roomate saya kata bleh buat paru2 berair.. dia sll marah sy mandi tgh mlm.. tp sbb panas, nak tdo kena selesa kan... mandi baru rasa fresh..
masa kecik2 dulu mak selalu marah sbb mandi lewat. sbb katanya nnt sakit tulang. masa muda x rasa la. tp bila dah tua n berumur la....
so nak tnya...x leh ker mandi lewat malam??
Jawapan
Ini saya dapat petua dari orang-orang lama,
- Mandi antara asar n maghrib baik utk kesihatan
- Mandi antar waktu isyak til 12 am melemahkan tulang,
- Mandi dinihari antara 1am ke hampir subuh baik utk kesihatan.
Wallahua'lam bissawwab. Yg memudaratkan hanyalah Allah SWT kita hanya berikhtiar dan berusaha ke arah yg terbaik.
"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"
Seminar Perniagaan Internet TERMURAH di Pantai Timur!
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan
Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!
Iklan Di ISUHANGAT!
17 April, 2009
Petua Murah Rezeki
Beberapa petua yang merupakan anak kunci pada pintu-pintu rezeki. Cubalah siapa tahu ia benar-benar boleh membuka pintu-pintu rezeki seluas-luasnya.
· Dalam Surah Al-Araf ayat 96, Allah SWT menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud, Dan (Tuhan berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpahkan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan.â€
· Banyakkanlah berdoa, sebab doa boleh mengubah takdir.
· Berbanyak-banyak mengeluarkan sedekah.
· Jika masih ada ibu bapa berbuat baiklah kepada mereka.
· Beristighfar banyak-banyak.
· Solat duha.
· Baca Surah al-Waqiah.
· Beri makan haiwan.
· Jangan menyeksa binatang.
· Jaga silaturahim.
· Bayar zakat.
· Menyempatkan diri beribadah.
· Tinggalkan perbuatan dosa.
· Buat baik dan tolong orang yang lemah.
· Tunaikan hajat orang.
Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!
1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%
Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
14 April, 2009
Petua harian
Untuk menghilangkan chewing gum pada pakaian, letak pakaian tersebut dalam peti sejuk selama setengah jam
Masalah semut:
Letak kulit timun berdekatan dengan lubang semut
Lain-lain petua di HEALTH TIPS
1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%
Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma
JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!
Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
26 March, 2009
Khasiat Bawang Besar
Memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.
Bawang dicincang, dipanggang bersama madu lebah dan dimakan untuk merawat asma, batuk, sakit dada dan sesak nafas
Bawang ditumbuk lumat dan ditampal pada penyakit tapak kaki, dibahagian dada apabila sesak nafas, sakit perut dan sengatan serangga.
Bawang dihancurkan campur air limau dan diminum untuk menyingkirkan kahak, merawat bengkak anak tekak, senak perut dan reumatisme.
-Petua Orang Tua-
KURSUS TERNAKAN KETAM (MASA TERHAD)
Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma
JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!
Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
09 February, 2009
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
Orang Melayu zaman dulu-dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu.
Mungkin pantang larang ini dianggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak-anak mase kecik... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Mungkin orang-orang tua dulu ada buat research berdasarkan pengalaman mereka. Adakah pantang larang ini masih sesuai pada masa sekarang?
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Dapat $1US P.ERCUMA dengan baca laporan!
Iklan Di ISUHANGAT!
07 January, 2009
Petua anak pintar
Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.
PETUA ORANG2 TUA
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba....
Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!
11 December, 2008
Tips & Petua Yg Mudah, Berkesan Dan Selamat...
Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Download koleksi penuh Tips & Petua Yg Mudah, Berkesan Dan Selamat... :-
19 November, 2008
Petua mendapatkan anak lelaki
Ini ada sedikit saintifik method yang saudara boleh try tetapi nak kena faham dan ingat mekanism proces proces persenyawaan manusia.
No.1 anak lelaki berasal dari benih X-Y kromosoms.Penyumbangnya adalah dari sperma lelaki X_Y.Jadi hanya suami yang bagi benih Y,isteri tiada.
No.2 Benih sperma X-Y tidak dapat bertahan lama(24 jam) dalam faraj wanita,oleh itu ia perlu bersenyawa dengan telor wanita secepat mungkin.Masa yang paling sesuai ialah masa wanita tengah subor.(Masa keluar telur,biasanya hari ke 15 pusingan haid).telur wanita juga boleh hidup dalam 24 jam sahaja.Time is a factor here.
No.3 Benih sperma X-Y ni.. berenang tidak berapa pandai,cepat letih,tidak boleh pergi jauh kedalam faraj untuk jumpa telur yang agak jauh.Jadi ianya perlu pelincir dan mesti boleh hidup lama.Untuk hidup lama dan berenang jauh,sperma ini perlu keadaan faraj yang basah/lembab untuk seketika.(Erti kata isteri yang ghairah/berahi etc..).ini pasal acidic value yang sesuai.
No.4 Kesimpulannya:
Bersetubuh dengan isteri pada angaran waktu ianya paling subur.Hari ke 13-18 pusingan haid.Nampaknya tiap tiap hari le.. dan yang akhirnya,jangan sekali kali bersegama dengan isteri tanpa ianya betul betul ready,bernafsu dan lembab/basah.Belayarlah hingga sampai izal, semoga sperma X_Y akan sampai dahulu daripada adik beradiknya yang lain iaitu sperma X-X.(anak perempuan)
Insyaalah jadi..dapat anak lelaki.Dan jangan lupa baca al-husna "Ya Musawwir" seberapa banyak dalam hati sebelum/semasa bersama isteri.
Wallahualam...
13 November, 2008
Petua dari Chef
1. KUPAS BAWANG
Untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .
Sumber Chef Sabri
11 November, 2008
PETUA
Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:
1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit... (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis y! g membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan..
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
02 November, 2008
Kebaikan madu
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. IBU MENGANDUNG
a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
3. ANAK DALAM KANDUNGAN
a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
4. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
e. Mengelak dari kembung perut bayi.
5. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
29 September, 2008
Petua Jadi Jutawan
PETUA-PETUA JADI KAYA:
1. Ada simpanan yang tidak diusik.
Buka satu akaun bank. Tiap-tiap minggu, masukkan duit ke dalam akaun tersebut. Sedikit pun tak mengapa. Yang penting, JANGAN USIK DUIT ITU. Sebaiknya, masukkan duit menggunakan mesin Cash Deposit dan jangan periksa baki. Selepas beberapa tahun, duit tersebut akan banyak.
2. Berniaga & Berpersatuan
Berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW. Beza orang Melayu berniaga dan orang Cina berniaga ialah ramai Melayu berniaga secara individu sedangkan Cina aktif dengan persatuan. Orang Melayu saling jatuh-menjatuhkan dalam berniaga sedangkan orang Cina saling bantu-membantu. Lihat saja kedai handphone kat pasaraya, banyak tapi bantu-membantu.
Kenapa Melayu Islam, Cina Kafir?? Pernah fikir tak? Dulu, Melayu dan raja-raja Melayu masuk Islam kerana kagum tengok pedagang-pedagang Arab yang Islam hidup kaya dan penuh keadilan. Sekarang, orang Melayu ramai miskin banding Cina. Kenapa? Enggan berniaga dan tidak bersabar..
3. Mesti minat
Kalau anda nak jadi kaya, anda mesti seronok dengan kerja yang anda buat. Bill Gates pernah kata, kalau tak jadi jutawan pun saya akan kerja buat software kerana saya enjoy dengan kerja ini. Tanam minat dan pastikan anda enjoy dengan kerja anda.
Baca artikel penuh di Artikel Hangat