ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
03 October, 2007
21 September, 2007
Irsyadee menyanyi untuk bina madrasah
|
|
Ahli baru Raihan
Hiburan
Zulfadli ahli baru kumpulan Raihan
|
|
17 September, 2007
Maria Cordero amalkan makan jeli gamat
17-09-2007 12:52:05 PM
Oleh DALILAH IBRAHIM
Wajah keibuan Maria Cordero yang membuatkannya amat disenangi
(Foto mStar)
Maria yang berasal dari Macau berkata ibunya beragama Islam dan mendidik anak-anaknya tentang selok-belok agama Islam yang turut diamalkan oleh anak cucunya.
Maria (kanan sekali) beraksi bersama-sama Frances Yip, Anita Sarawak dan Elisa Chan di Genting Hinglands tahun lalu
(Foto The Star)
Maria banyak terlibat di dalam kerja-kerja amal termasuk menjadi jurucakap untuk Tabung Amanah Buah Pinggang Kanak-Kanak, Persatuan Alzheimer Hong Kong dan dan beberapa buah persatuan dan yayasan lagi.
06 September, 2007
Lirik Lagu Manusia Lupa - Akhbar
First time saya dengar lagu ni mmg dah jatuh cinta dengan liriknya. Mengingatkan kita supaya tidak lupa.
Manusia pelupa
Manusia lupa asal-usulnya
Dia tersangka, dialah segalanya
Yang pelupa itulah namanya
Dan yang terleka itulah manusia
Ramai manusia tidak kenal dirinya
Dijadikannya makhluk sempurna
Diuji sementara dimuka dunia
Bertanggung ia pada perlakuannya
Manusia lupa, manusia alpa
Manusia bersahaja,manusia leka
Manusia berlari mengejar mimpi
Apa yang dicarinya hanya illusi
Manusia runsing bila ia prasangka
Semua sekeliling menjadi musuhnya
Manusia fikir mencipta sengketa
Moga ia beruntung darinya
Bila berjaya terdetik rasa bangga
Dilubuk hatinya pula ia bicara
Bermegah-megah dalam diam berkata
Lupa seketika pada penciptaNya
Ulang
Ramai manusia inginkan kebendaan
Biar pun caranya, cara kekerasan
Akhirnya dia tak tentu haluan
Bila ada saja yang hasad memandang
Zahirnya tenang, batin haru biru
Itu nasibnya manusia yang menipu
Biarkan saja ku bersyukur selalu
Dan biarkan luncai terjun bersama labu
Ulang
Satu nafaz, satu lafaz
Satu kalimah, satu syahadah
Kita terleka, terkelu lidah
Terkunci hati, diremote control
Rasa gila kuasa, rakus tamak haloba
Hei orang kita telah mencipta
Tuhan mereka mesin berhala
Hei orang kita memuja-muja
Si kotak sakti tidak bernyawa
Wahai penghuni penyewa alam semesta
Duhai jiwa termenung terpukau silau sihir dunia
Apakah masih buta tuli di dalam hati
Mestikah lagi menipu diri sendiri
Kiblat mu kini menjadi - 5 2 inci
Takwa mu pula - terhias indah terkunci rapi dalam almari kaca
Ulang
Satu nafaz, satu lafaz
Satu kalimah, satu syahadah
Hapuskan haloba dan ingin
Nafsu dan mahu, terlepas waktu, terabaikan mu
Sehingga tidak ku rasa kering nafasmu
Harap kau begitu dekat dengan jantungku
Kau pujuk diriku ketika menyeru manakala aku selalu melupakan Mu
Satu kalimah, satu syahadah
Satu lafaz awal pertama menyambut keagungan semesta dengan zikir ibadah
26 August, 2007
Haiza Dangdut & Nafpe Selamat Kahwin
Haiza yang terkenal dengan lagu Dangdut Dag Dig Dug, selamat di ijabkabulkan dengan pasangannya, Norhanapfe Omar di Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman,Pontian.
Hantaran sebanyak RM22,178 (peh..!!!) . Majlis Persandingan akan di buat di Kuala Lumpur iaitu di Sime Darby Convention Centre pada 5th September 2007.Alhamdulillah..dan semoga berkekalan ke akhir hayat dari isuhangat.
HAIZA & NAFPE
06 August, 2007
Zul Yahya Bertunang
Friday, August 3, 2007 by i like
Zul Yahya yang berlakon sebagai Hero dalam cerita Kaber telah bertunang dengan seorang penari budaya. Majlis berlansung di kediaman tunangnye di Kedah baru baru ni.
Betul ke ini Zul Yahya? Betul ke dia dah bertunang? Ini betul-betul ke atau main-main. Kalau betul Zul Yahya dah bertunang, kami mengucapkan Tahniah!
04 August, 2007
25 July, 2007
Dunia baru Mel selepas Wings
Sunday, 08 July 2007 | |
Mel dengan imej baru Salinan dari Berita Harian Singapura NAMANYA Ismail Zainuddin. Tentu ramai tidak kenal kerana beliau lebih dikenali sebagai Mel, bekas penyanyi utama kumpulan Wings yang menggantikan Awie ketika artis itu meninggalkan kumpulannya. Tapi dengan Wings pun tidak lama. Beliau tinggalkan kumpulan itu dan menyepi diri selama 10 tahun. Hari ini, Mel kembali memperkenalkan album barunya, sebuah album solo berjudul ‘Dunia Baru’.Menariknya tentang Dunia Baru, ia berkonsepkan rock tetapi sarat dengan mesej tentang ketuhanan. Wah, apa yang berlaku kepada anak Teluk Intan ini? Tentu anda ingin mengetahui apa yang merubah Mel menjadi orang baru? Sebentar lagi, saya akan berkongsi kisah menarik tentang Mel dengan ‘Dunia Baru’ bersama anda. Geng Batu Giling Productions Saya menemui Mel, yang kini bergerak secara berjemaah bersama beberapa rakannya dalam Batu Giling Productions termasuk penerbit eksekutif, Hussein Ali dan Shanazron, penerbit dan jurutera rakam yang pernah menerbitkan album Teacher’s Pet. “Jemaah itu rahmat, berpecah itu bala,” ujar penyanyi rock berusia 41 tahun itu membuka bicara. Beliau hanya mengenakan jeans dengan baju putih, menyerlahkan wajah bersihnya. Kebetulan pertemuan kami berlaku selepas solat maghrib. Setiap orang ada cara dakwahnya, seperti juga Akhil Hai dan Azmil Mustapha. Cara Mel adalah melalui lagu rock. Adalah tidak sukar sebenarnya untuk memahami mengapa beliau memilih untuk berdakwah melalui muzik. Cara beliau dibesarkan memungkin semua itu. Bapanya adalah imam masjid manakala ibunya mengajar kanak-kanak mengaji. Beliau sendiri selalu bersama-sama bapanya ke masjid, menjadi tukang azan bila masuk waktu. “Soal hidayah bagi saya ia datang pada 1996. Masa dengan Wings mengajar saya banyak tentang hiburan. Saya sendiri boleh rasa bezanya, mungkin masa itu saya sudah dapat hidayah. “Masa itu saya duda beranak dua. Saya terfikirkan apa akan jadi pada mereka berdua, tentu akan kecundang kerana hiburan ini boleh membawa kita dekat dengan maksiat. Kalau kita ini tidak pandai elak, kita akan sesat. Makin lama makin jauh dan bila kita sudah keras, kita jadi tidak ingat Tuhan. Di situlah bila tidak ada keyakinan, akan hanyut dan sesatlah hidup ini. Ini bukan pandangan fanatik saya, tapi inilah punca segala penyakit sosial kita hari ini. Seks bebas, rogol menjadi-jadi sebab perasaan takut pada Tuhan sudah tidak ada kerana kita tidak bersandarkan pada Allah,” kata Mel yang juga belajar tasauf. Menurutnya, selepas meninggalkan Wings, selama 10 tahun beliau berusaha membuat kerja lain. Beliau mencuba bermacam jenis perniagaan secara kecil-kecilan. Dari niaga batu cincin, kain pelikat dan jual durian di sekitar Ampang hinggalah membuka kedai makanan laut di Teluk Intan kerana beliau bukan saja suka bahkan pandai memasak. Hari ini, kedai makan di Teluk Intan masih kekal dikendalikan oleh kakaknya. “Yang penting adalah buat apa saja yang termampu, yang halal dan saya tidak malu melakukannya. Bayangkan dari penyanyi glamour menjadi penjual durian di kaki lima. Tapi apa salahnya, tidak ada apa yang mesti disegankan kerana segan itu, adalah pujukan syaitan, supaya kita jadi orang sombong.” Bersambung bahagian kedua Selasa 10 Julai 2007 Rencana ini adalah tulisan Saodah Ismail untuk kolum Salam dari KL yang disiarkan setiap Ahad oleh Berita Harian Singapura. - Pengarang |
21 July, 2007
20 July, 2007
Banyaknya Artis Kawin Tahun Ni!Baguslah..
LAH VE AND YAS AT THEIR WEDDING RECEPTION
Zaf VE Dan Jaja
Beautiful, interesting and fantastic are three words that I would use to describe the WEDDING of Zaf (VE) and Jaja. PERKAHWINAN tersebut telah diadakan di DEWAN PERDANA FELDA pada 26 June 2007 yang lalu. Close friends who attended the wedding are Cat Farish and Hartini, Sein and Nana who is currently 8 months’ pregnant as well as Lah (VE) and Yas. I only got the chance to meet Zaf once at Anne’s sister birthday party (ex-V.E.’s dancer) about 3/4 years ago. Lah VE juga telah berkahwin pada bulan Mac lalu di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Beego Dan Intan Shahira Bertunang
Finally, pelakon filem PUTERI dan bekas penyanyi PHYNE BALLERZ, BEEGO dan INTAN SHAHIRA sudah pun bertunang. They were engaged on 07.07.07. But wedding? In December 2007. They have been together like ages. It’s high time both tied the knot and avoid unnecessary scandals!
SKANDAL BEEGO DAN TUNANGNYA SEWAKTU DAHULU - DARI MYSPACE
SUMBER SYOK KAHWINAmy Search menangis melihat Kaabah
APABILA penyanyi rock terkemuka yang pernah berambut panjang, beranting-anting dan memakai kalung di leher memutuskan menunaikan umrah baru-baru ini, ramai terkejut. Pelbagai tanggapan timbul, kononnya pemergian Amy ke Makkah adalah suatu yang pelik kerana imejnya sebagai penyanyi rock sukar dikaitkan dengan ilmu agama. Malah Amy sendiri mengakui semasa di sana, beliau turut diuji apabila terdengar kata-kata orang yang mempertikaikan kehadirannya di situ hasil wang nyanyian yang disifatkan 'tidak bersih'. 'Dalam sibuk beribadat, masih ada orang sempat memperlekehkan insan lain. Saya terdengar perbualan seseorang mempertikaikan kehadiran saya di tanah suci. Barangkali maksudnya saya ini penyanyi, maka wang yang saya perolehi tidak halal. 'Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak melenting kerana umrah urusan saya dengan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Bijaksana. Sama ada saya diterima atau tidak, itu hak Allah. 'Yang pasti, sewaktu mengambil keputusan ini dulu, hati saya sudah bulat dan saya berserah dengan apa pun dugaan yang bakal ditempuhi,' luah Amy dalam laporan akhbar Harian Metro. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 49 tahun, berada di Makkah bersama isteri, Hasniza Hassan atau mesra dipanggil Norish, 26 tahun, dari 29 Mei hingga 11 Jun lalu. Menurut beliau, keinginannya mengerjakan umrah sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu. 'Paling seronoknya sepanjang mengerjakan umrah saya dapat sembahyang Jumaat dua kali iaitu di Masjid Nabawi, Madinah, dan Masjidil Haram, Makkah. 'Selama empat hari di Madinah, saya berpeluang solat di Raudhah, salah satu taman syurga. Bukan mudah merebut peluang bersembahyang di Raudhah kerana kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai,' tambahnya. Ketika tiba di Makkah, Amy mengucap syukur sebaik melihat Kaabah. 'Ia cukup indah hingga saya menangis. Selesai berehat, saya terus melakukan tawaf. Saya juga mengorbankan rambut. Malah saya berikrar mahu kekal dengan imej begini selama-lamanya kerana dengan cara ini hati saya sentiasa terkenangkan Makkah,' kata Amy. Mengenai doanya ketika di Makkah, Amy berkata, beliau memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hatinya supaya tidak malas bersolat dan mematuhi segala yang termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Kini beliau berhasrat untuk melakukan umrah Ramadan pula. BHS |
13 July, 2007
Ning Baizura bertunang 19 Julai
KUALA LUMPUR 12 Julai – Penyanyi dan pelakon Ning Baizura, 32, akan bertunang dengan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 33, pada 19 Julai ini.
29 June, 2007
Dramatis Popular Di tangkap Khalwat
SHAH ALAM: Seorang dramatis popular yang kerap
berlakon sebagai hero ditahan penguat kuasa Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat
dengan pasangannya di sebuah kondominium di Bukit
Antarabangsa, Hulu Klang, tengah malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu,
pelakon lelaki berusia lingkungan 30-an bersama
pasangannya mendiamkan diri ketika pegawai Jais
menekan loceng meminta mereka membuka pintu.
Menurut sumber, sepasukan pegawai Jais datang ke
kediaman terbabit sebelum mengetuk pintu dan menekan
loceng tetapi penghuninya enggan memberi kerjasama.
"Pegawai Jais kemudian membuka jeriji tetapi gagal
membuka pintu rumah berkenaan. Selepas berusaha,
mereka berjaya masuk tapi pemeriksaan awal mendapati
kediaman itu kosong.
"Bagaimanapun, selepas pemeriksaan teliti dijalankan,
terdapat sebuah bilik yang lampunya dipasang tetapi
dikunci dari dalam. Pegawai Jais mengetuk pintu bilik
itu tapi tidak juga berjawab," katanya kepada Harian
Metro di sini, semalam.
Sumber itu berkata, selepas beberapa kali diketuk,
baru pintu dibuka dan pemeriksaan mendapati pelakon
terbabit berada di dalamnya bersama seorang wanita.
Siasatan mendapati pasangan terbabit bukan suami
isteri selepas mereka gagal mengemukakan bukti.
"Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk direkod
kenyataan sebelum dibebaskan dengan jaminan.
"Pelakon terbabit dikatakan sering ke rumah itu sejak
beberapa bulan lalu dan selepas mengesyaki mereka
tidak mempunyai hubungan mahram, penduduk membuat
aduan kepada Jais," katanya.
Wanita terbabit dipercayai menyewa berseorangan di
kondominium itu selepas rakan serumahnya berpindah.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pekerjaannya.
Sumber itu berkata, beberapa aduan mengenai perbuatan
pelakon terbabit pernah dibuat kepada Jais sebelum
ini.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakrul
Azam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
"Seorang lelaki ditahan bersama pasangannya yang bukan
mahram di kondominium itu dan Jais masih meneruskan
siasatan," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Sebelum ini, pelakon terbabit mempunyai teman wanita
yang juga aktres dan model sebelum hubungan mereka
terputus pada pertengahan 2006.
30 May, 2007
Isu Hangat: Artis Comolot
Rakaman adegan cium Deanna Yusof Posted on Tuesday, May 29 @ 14:20:45 MYT by greenboc |
Oleh pemudawilayah
"
Rakaman adegan cium Deanna Yusof bersama seorang pelakon lelaki Singapura yang disiarkan dalam internet benar-benar menguris maruah rakyat di negara ini. Kita semua mengetahui bahawa artis wanita ini seorang Islam dan belum berkahwin dan beliau sebelum ini menjadi ikon yang amat dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana berjaya membintangi filem 'Anna & The King" serta menjadi contoh pada artis-artis lain. Tindakan artis ini benar-benar menyalahi ugama, etika dan adab masyarakat Malaysia.