adsense

Showing posts with label Saham Neraka. Show all posts
Showing posts with label Saham Neraka. Show all posts

20 March, 2007

Isu Hangat : Taubat Segera


Oleh Malik Muhamad
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Orang ramai terutama masyarakat Islam yang menyertai pelaburan melalui Internet diminta segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana skim berkenaan tidak menepati hukum syarak.

Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya, berkata skim berkenaan menimbulkan ‘syubhah’ kerana pelabur tidak mengetahui perjalanan sistem pelaburan itu serta jenis perniagaan dilakukan.

Baca Lagi

Isu Hangat : Saham Neraka



Harian Metro, Ahad, 18 Mac 2007

Ketepikan hukum agama untuk jadi OKB

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah untuk menjadi ‘orang kaya baru’ atau OKB, ada umat Islam di negara ini sanggup mengetepikan hukum agama dengan mengambil risiko melabur di dalam skim pulangan ekspres di internet.

Walaupun menyedari ia berbentuk skim cepat kaya dan pelaburan mereka berisiko berikutan hanya bersandarkan urusan di internet dan satu nombor telefon, habuan lumayan dijanjikan skim itu menjadikan mereka ‘kelabu mata’.

Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah sebuah institusi kewangan Islam antarabangsa di Malaysia, Zaharuddin Abdul Rahman, memberi amaran, pulangan yang diterima daripada skim di internet adalah haram.

Beliau yang juga penulis tamu untuk ruangan An-Nur di Metro Ahad berkata, selepas tiga minggu berturut-turut membicarakan mengenai pelaburan di internet di ruangan itu, banyak maklum balas diterima daripada orang ramai.

“Ramai menelefon dan menghantar e-mel untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Malah, saya diminta membentangkan kajian saya mengenai pelaburan di internet dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, 10 Mac lalu.

“Selain saya, seorang lagi yang juga bekas pelabur di dalam skim pelaburan internet turut membentangkan pengalamannya,” katanya.

Zaharuddin berkata, pada mesyuarat itu, jawatankuasa berkenaan memutuskan pelaburan di internet sebagai haram.

“Apabila saya maklumkan keputusan ini kepada mereka yang menelefon dan menghantar e-mel, ada yang terkejut dan menangis kerana selama ini menggunakan wang haram.

“Yang jelas, jangan kata makan minum atau membeli aset, wang berkenaan juga haram meskipun digunakan untuk membayar hutang, termasuk cukai.

“Ini kerana Majlis Fekah Sedunia memutuskan, wang yang difatwakan daripada hasil yang haram harus disedekahkan kepada badan kebajikan awam atau surau dan masjid selain golongan fakir,” katanya.

Bagaimanapun, Zaharuddin berkata, kajian ulama dan pakar ekonomi Islam mendapati, ada beberapa ciri di dalam pelaburan berkenaan yang jelas bertentangan dengan Islam, menyebabkan ia difatwakan sebagai haram.

“Yang jelas, ia tidak mempunyai Penasihat Syariah. Selain itu, banyak helah di dalam skim pelaburan berkenaan, sekali gus menimbulkan risiko besar kepada pelanggan, yang mana keadaan ini tidak dibenarkan di dalam Islam.

“Semua skim ini tidak ada kontrak atau perjanjian sempurna, sebaliknya hanya berurusan di internet tanpa butiran sebagai bukti, menyebabkan risiko untuk orang ramai tertipu adalah besar dan mudah,” katanya.

Beliau berkata, tindakan beberapa skim menetapkan kadar faedah untuk tempoh tertentu juga bertentangan dengan hukum Islam kerana berkonsepkan riba.

Zaharuddin berkata, tiada jalan penyelesaian, selain umat Islam yang terjebak dengan skim berkenaan mengeluarkan semua wang mereka dan mengambil semula modal sebenar yang dilaburkan.

“Wang keuntungan pula perlu diserahkan untuk kebajikan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata jika diteliti, banyak skim pelaburan di internet mengamalkan konsep skim piramid.

Di dalam satu kenyataan, beliau berkata, ada skim meminta pesertanya menarik peserta lain untuk menyertainya dengan menawarkan insentif tinggi dengan lebih ramai berjaya ditarik, maka lebih tinggi insentif diperoleh.

“Persoalannya, peserta yang mengikuti skim ini tidak tahu di mana wang mereka sebenarnya dilaburkan. Apa sebenarnya berlaku ialah, wang pelabur ini dijadikan pusingan untuk membayar pelabur lain.

“Pada satu peringkat, wang berkenaan tidak lagi dijadikan sebagai pusingan sehingga menyebabkan pelabur tidak menerima insentif diharapkan,” katanya sambil menambah, tidak wujud undang-undang pada masa ini yang menjamin pelabur seperti ini mendapat semula wang mereka jika berlaku penyelewengan terhadap skim berkenaan.

19 March, 2007

Isu Hangat: "SAHAM NERAKA" TAJUK HARIAN METRO HARI INI



From: kamarul... <@yahoo.com>
Date: Sat Mar 17, 2007 10:43 pm
Subject: Fw: "SAHAM NERAKA" TAJUK HARIAN METRO HARI INI
Assalamualaikum & apa khabar kekawan,

Mengenai mukadepan harian metro hari ini bertajuk "SAHAM NERAKA". Saya sebenarnya seorang pelabur yang aktif didalam winlifund dan mempunyai ramai d/line. Terus terang saya katakan d/line saya 99.9% berbangsa melayu dan berugama islam. Apa pendapat kekawan berkenaan tajuk harian metro hari ini.Bagi saya tajuk itu terlalu subjektif dan tidak berterus terang. Kajian juga tidak dilakukan secara menyeluruh dan detail oleh penulis. Penulis juga hanya mangambil fakta daripada ustaz zaharuddin yang telah lama mambincangkan perkara ini didalam harian metro. Mengapa penulis tidak berterus terang dengan mengatakan skim sekian-sekian (dengan memberikan nama yang betul adalah saham neraka) dan ini juga menunjukkan penulis juga was-was. Alasan yang diberikan disini adalah
1. Kadar keuntungan yang diberikan adalah tetap. - sama seperti FD dan saving di bank.
2. Keuntungan diatas kepala - bukankah prinsip asas perniagaan adalah mencari pelanggan dan bila ada pelangan baru mendapat komisen.
3. Tiada barangan yang didagangkan - bukankah USD itu bukan barang daganggan - bagaimana pula dengan saham dan forex.
4. Kerugian keatas pelabur yang terakhir - dah berlaku? Yang saya tahu sistem 100 hari itu untuk membantu balik palabur yang terakhir join.

Ada banyak lagi persoalan yang perlu dijelaskan nanti

Ada banyak lagi fakta yang kurang jelas dan perlu dibuat kajian teliti. Saya bersetuju dengan pendapat dari seorang pelabur yang mengatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan patut bersuara dalam hal ini dan tidak individu.

Satu lagi persoalan, Mengapa kerajaan masih membisu walaupun pelaburan ini dah heboh (palig ramai kakitangan kerajaan yang join) Selalunya kalau berdiam diri itu tanda bersetuju....

Mintak pendapat kekawan, tq
Blog Widget by LinkWithin