ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts
28 February, 2009
Hati-hati Makan Organ dalaman
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
11 October, 2008
Otak dan zikir
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Baca artikel penuh:
>> Otak dan zikir <<
30 June, 2007
Keharmonian Sains Dan Keimanan
Oleh: Mohamad Nasir bin Othman
Pendahuluan
Secara mudahnya sains boleh ditakrifkan sebagai kajian terhadap alam tabie. Pengamatan terhadap alam tabie membolehkan manusia memahami hukum-hukum yang menguasai setiap kejadian dan feneomena di alam ini. Sains barat telah memberikan satu sumbangan yang besar terhadap kemanusiaan apabila mencipta satu disiplin kajian yang berasaskan kepada prinsip emperikal. Semua feneomena yang kompleks dipecahkan kepada unit-unit kecil bagi membolehkan satu hipotesis dikemukakan.
Hipotesis itu kemudiannya diuji di dalam makmal dengan menggunakan kaedah dan peralatan saintifik. Hasilnya adalah satu dapatan yang dapat dipertahankan melalui logika dan bukti eksperimen. Penemuan hukum gerakan oleh Newton telah menjadi titik tolak kepada penciptaan kereta dan alatan mekanik yang lain. Marie Curie telah menemui bahan radioaktif yang membuka jalan kepada dunia atom.Penemuan hubungan antara jisim dan tenaga oleh Albert Eistein telah membolehkan bom atom dicipta melalui Projek Manhattan pada tahun 1940an.
Sejarah perkembangan Sains Barat
Kajian sains barat bertujuan untuk memahami hukum-hukum yang menguasai alam tabie dan seterusnya menggunakan hukum-hukum tersebut untuk menghasilkan teknologi bagi kemudahan hidup manusia. Satu soalan yang tidak pernah ditanyai oleh sains barat ialah siapakah yang telah menciptakan hukum-hukum tersebut?
Soalan tersebut biasanya dijawab dengan menggunakan satu perkataan iaitu nature atau semulajadi. Sains bersifat objektif dan emperikal yakni sesuatu perkara hanya diterima sebagai benar jika dapat dibuktikan kebenarannya melalui eksperimen. Sains barat tidak mahu menjawab yang alam ini dijadikan oleh Tuhan. Ini adalah kerana sejarah awal kelahiran sains barat telah menyaksikan pertentangan sengit di antara ahli sains dan gereja.
Di antaranya ialah pertentangan di antara Galileo Galilie dengan gereja tentang apakah yang menjadi pusat alam. Gereja berpegang kepada teori geocentric ahli falsafah Yunani, Ptolemy yang mengatakan bumi adalah pusat alam. Matahari dan planet-planet yang lain beredar mengelilingi bumi. Gereja adalah wakil Tuhan di atas muka bumi ini dan pendapat gereja tentang geocentric ini dianggap sebagai kebenaran mutlak daripada Tuhan dan tidak boleh ditentang.
Pendapat ini telah ditentang oleh Galileo yang berpandangan heleocentrik yakni matahari adalah pusat alam. Bumi dan planet-planet yang lain beredar mengelilinginya. Galileo akhirnya ditangkap dan dipenjarakan. Ramai saintis lain yang dibunuh, disalib dan dibakar hidup-hidup. Ahli sains akhirnya memenangi pertarungan ini. Pengalaman pahit ditindas oleh ahli agama telah menyebabkan sains telah berkerat rotan dan berpatah arang dengan agama. Sains barat terus berkembang tanpa nilai dan agama.
Sains dan Al Quran
Pertentangan di antara agama dan sains tidak berlaku di dalam sejarah tamadun Islam, sebaliknya saintis Islam ketika itu telah menjadikan sains sebagai satu jalan untuk mengenal Allah SWT. Oleh itu, tidak hairanlah saintis Islam ketika itu adalah mereka yang telah menghafal Al Quran sejak daripada kecil dan terdiri daripada golongan ulama. Kebangkitan sains barat akhirnya telah menghasilkan senapang dan peralatan peperangan moden. Ini akhirnya menjadikan mereka sebagai kuasa yang menjajah dunia timur dan Islam.
Bersama dengan proses kolonialisme ini mereka telah membawa pemikiran dan budaya barat kepada generasi baru Islam di tanah-tanah jajahan mereka. Sains digunakan sebagai salah satu wahana untuk menyerapkan pemikiran dan budaya barat ini. Sains menyerapkan pemikiran alam ini terjadi secara nature, semulajadi.
Tidak ada yang menciptakannya. Kata-kata alam ini terjadi secara nature sebenarnya memberikan impak yang sangat besar kepada keimanan umat islam. Tanpa disedari kata-kata ini sebenarnya telah menutup satu pintu besar kepada manusia untuk mengenal Allah SWT. Ini adalah kerana Al Quran adalah kitab yang tertulis sedangkan alam adalah kitab yang terbuka untuk manusia mengenal Allah SWT. Pernyataan alam terjadi secara nature telah menutup kitab terbuka yang dapat dibaca oleh setiap manusia pada sebarang masa, tempat dan suasana.
Terdapat terlalu banyak ayat Al Quran yang menyeru dan menyuruh manusia untuk memerhati dan mengkaji alam tabie. Yang membezakan seruan Al Quran dengan sains barat ialah daripada aspek matlamat kajian terhadap alam tabie tersebut. Seruan Al Quran bermatlamat agar manusia dapat melihat kebesaran Allah SWT daripada alam yang telah diciptakan-Nya. Al Quran telah meletakkan mereka yang mengkaji alam tabie ini pada tahap yang tinggi dengan gelaran Ulul albab.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran kami) kepada ulil albab. Yakni mereka yang mengingati Allah di dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring seraya memikirkan tentang kejadian langit dan bumi. Mereka mengatakan, wahai Rabb kami sesungguhnya tidaklah engkau menjadikan ini dengan sia-sia belaka. Maha Suci Engkau, selamatkanlah kami daripada azab neraka. ( Surah Ali Imran : 190)
Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa sains atau kajian terhadap alam tabie dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan manusia terhadap Rabb-Nya. Isaac Newton yang terkenal dengan hukum gerakan dan gravitinya pernah mengatakan,” Saya umpama pengutip kerang di tepi pantai dan saya bernasib baik kerana telah menemui beberapa kulit kerang yang cantik tetapi sebenarnya di dalam laut sana masih terdapat tersangat banyak kerang yang cantik.”
Kenyataan ini menginsafkan kita bahawa masih terdapat banyak rahsia atau hukum-hukum sains yang terdapat di dalam penciptaan bumi yang belum ditemui oleh manusia dan Allah menerangkan di dalam Al Quran bahawa kerang yang ditemui oleh Newton tersebut adalah tanda-tanda kebesaran-Nya. Sayangnya Newton tidak dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah daripada kerang yang telah ditemuinya.
Mengapakah Newton tidak dapat melihat tanda-tanda kebesaran tersebut? Ini adalah kerana objektif penyelidikan Newton hanyalah untuk memajukan teknologi tanpa ada hasrat untuk melihat kebesaran Tuhan. Keduanya, Newton tidak mempunyai ciri-ciri ulul albab. Ulul albab adalah gabungan di antara ciri ahli zikir dan ahli sains. Ahli zikir adalah mereka yang ingat kepada Allah pada setiap keadaan dan suasana seperti yang digambarkan oleh ayat di atas. Mereka yang mengingati Allah di dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring.
Ahli sains adalah mereka yang memerhati, mencerap dan mengkaji alam tabie. Gabungan di antara ingat kepada Allah dan mengkaji alam tabie telah membuahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, melahirkan golongan ulul albab. Ini dapat kita lihat daripada ungkapan golongan ulul albab yang memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada azab api neraka.
Kesan Sains terhadap Keimanan
Umat Islam hari ini menghadapi masalah yang besar untuk meneruskan kelangsungan hidupnya kerana intipati kewujudan mereka yakni keimanan mereka kepada Allah telah tergugat dengan warna-warni kehidupan yang telah dihasilkan oleh perkembangan sains dan teknologi. Teknologi telah melonjakan industri muzik, perfileman, media massa dan pendidikan menjadi industri yang mendarah daging di dalam kehidupan manusia.
Gugatan terhadap keimanan umat berlaku apabila industri ini dalam bentuk yang menyukakan umat telah menitiskan fahaman ateisme, pergaulan bebas, kemewahan yang melampau, keseronokan dan kebebasan daripada ikatan agama ke dalam pemikiran dan hati mereka. Hasilnya masalah keruntuhan akhlak di kalangan umat islam seperti perzinaan umpamanya bukanlah feneomena yang berlaku di bandar sahaja tetapi telah menular ke kawasan kampung dan pedalaman.
Suatu masa dahulu keimanan umat pernah digugat dengan kemasukan pemikiran Yunani hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh mereka seperti Socrates dan Plato tentang alam dan ketuhanan ke dalam tamadun Islam. Oleh itu para ulama telah menyusun sifat 20 di dalam ilmu tauhid bagi menjelaskan sifat ketuhanan yang benar yang ada pada Allah SWT. Masalah yang sama dengan wajah yang agak berbeza berlaku pada hari ini di mana sains barat yang menggunakan kaedah emperikal telah menafikan kewujudan Allah di dalam kehidupan manusia sedangkan apa yang mereka kaji adalah bukti-bukti (ayat-ayat) kebesaran Allah.
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)