adsense

Showing posts with label nuri. Show all posts
Showing posts with label nuri. Show all posts

28 July, 2007

Ratapan Seorang Isteri





Alfatihah buat mangsa-mangsa nahas Nuri.

22 July, 2007

Sekeping gambar seribu makna



Posted on Friday, July 20 @ 20:31:18 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh RoslanSMS


aApabila saya melihat gambar-gambar ini di dada-dada akhbar hari ini hati kecil saya berbisik, inilah Raja sebenar yang berjiwa rakyat. Sesungguhnya rakyat Malaysia dahagakan pemimpin apalagi Raja yang dapat menyelami hati sanubari rakyat. Bergembera dengan rakyat diwaktu senang, bersusah dan berduka bersama ketika waktu susah dan nestapa.



Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berada sejak jam 1 petang semalam di HKL bagi menunggu ketibaan helikopter yang membawa mayat wira-wira negara yang terkorban dalam nahas Nuri Jumaat lepas. Saya tidak nafikan ada juga pimpinan lain yang hadir. Tetapi wajah kedua Tuanku mencerminkan betapa ikhlas dan concern nya mereka terhadap nasib rakyatnya. Yang terpancar dari wajah mereka tidak pula kelihatan pada yang lain.

a


Saya percaya terserlah wajah sejuk Raja kita kerana Raja Permaisuri Agong sememangnya mengenakan pakaian menepati syariat Islam yang sememangnya sesuai untuk semua OCCASSION atau majlis. (Tak perlulah nak berselendang memenuhi syarat hanya apabila ada kematian atau upacara keagamaan, kalau di lain tempat selendang entah ke mana.)


\
gambar Utusan Malaysia

Turut tidak kelihan adalah PM Dollah Badawi dan isteri barunya yang rupa-rupanya bercuti pula ke Australia.



Takziah kepada kaum keluarga yang berkenaan

Al Fatihah.

18 July, 2007

Lagi isu Nuri



Nuri (Sikorsky S61) mula digunakan sejak 1968, ketika negara membeli sebanyak 31 buah pesawat dari AS. Bermula 25 April 1969 sehinggalah 29 Mei 2004, sebanyak 17 insiden nahas telah berlaku. Ia menjadi 18 jika dicampur kejadian terbaru.

Bermakna lebih separuh pesawat Nuri telah musnah - 15 termasuk yang terbaru - terhempas. Dua mendarat cemas. Satu ditembak oleh pengganas komunis di Gubir Kedah pada 26 April 1976.

Jumlah korban yang melibatkan anggota tentera, pasukan polis hutan dan orang awam adalah 82 orang termasuk pegawai tinggi ATM Allahyarham Maj. Jen. Datuk Mustaffa Awang Pegawai Pemerintah Markaz Divisyen Kedua dan Allahyarham Brig.Jen. Datuk Hasbullah Yusof Pemerintah Briged Ketiga Infantri. Sementara jumlah yang hilang adalah tiga orang.

Jumlah yang terselamat pula disepanjang peristiwa berkenaan termasuk mereka yang tercedera ialah 40 orang.

Sekiranya bentuk insiden diambil kira, kita akan menyaksikan hampir kesemuanya jatuh terhempas kecuali yang ditembak oleh pengganas komunis di Gubir, selainnya adalah berpunca dari masalah teknikal.

Dalam nahas terbaru, wira muda kita menjadi mangsa. Usia juruterbangnya, kapten dan pembantu juruterbang baru 27 dan 24 tahun, berbanding usia Nuri yang menjangkau empat dekad.

Usia pesawat hampir dua kali lebih tua berbanding juruterbangnya!!

Kalau benar ada kickback RM 400 juta dari pembelian kapal selam, wang sebanyak itu sudah tentu boleh digunakan untuk membeli beberapa pesawat baru menggantikan Nuri.

Kedua, bagaimana pesawat yang diselenggara oleh AIROD ini sentiasa mengalami masalah teknikal?

Perlukah pihak ketiga memeriksa perkara ini sebelum lebih banyak nyawa terkorban?

Jangan tunggu lebih lama. Nuri harus direhatkan seperti mana rakan pesawat sezamannya Skyhawk dan Caribou.

Kalau TUDM boleh diberi helicopter canggih dan moden seperti Sikorsky S-70 dan AS -61N untuk pengangkutan Perdana Menteri dan VIP, kenapa tidak helicopter canggih untuk keperluan pengangkutan dan lojistik Angkatan Tentera Malaysia?



Re: Nuri Terhempas



Forward
Teringat saya kepada kata-kata sepupu saya yang pernah berkhidmat
dengan TUDM. Setelah selesai menghantar pesawat Skyhawk, seorang
pilot mat saleh turun dari pesawat itu dan mengucapkan thank god.
Setelah ditanya, mat saleh itu memberitahu dia bersyukur kerana dia berjaya
menerbangkan besi buruk dari padang pasir Nevada ke Malaysia.
Sebahagian lagi rakannya terkandas di India. Dalam kapal terbang itu,
dia hanya mengingati Tuhan. Setibanya di negara ini, pilot-pilot muda
negara menerbangkan besi-besi buruk itu tanpa sedikit pun rasa
bimbang. Dan lantas, pilot Mat Saleh itu memberikan pengiktirafan
bahawa pilot-pilot Malaysia adalah yang paling berani.
Kemudian, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita saksikan kemalangan
demi kemalangan, korban demi korban akibat penggunaan besi buruk.
Antara mangsa Skyhawk ialah Lt Wahi, yang hilang di Laut China
Selatan, tidak ditemui sehingga kini.
Menyedari hakikat ini, penggunaan pesawat skyhawk dihentikan, begitu
juga dengan MB 339 dan digantikan dengan Hawk 200 dan Hawk 100 buatan
britain, selepas itu FA-18 Hornette (USA) dan MIG 29 (Russia). Dengan
peralihan pesawat ini kita saksikan kurangnya kadar kemalangan
pesawat pejuang TUDM dan jika berlaku kemalangan pun harapan pilotnya
terselamat adalah cerah.
Berbalik kepada penggunaan Nuri atau Sikorsky yang berusia 40 tahun
itu, kalau manusia dalam usia sebegitu sudah tentulah sudah mula
memakan ubat darah tinggi atau kencing manis, gout atau lemah
jantung. Atau dinasihatkan Dr supaya berpantang kerana sakit urat,
sendi dan sebagainya.
Dah takdir Ilahi!....Atau faktor cuaca adalah penyebab!! Mungkin ini
yang diperkatakan oleh pihak atasan
apabila setiap kali berlakunya kemalangan pesawat Nuri yang
mengorbankan nyawa anggota-anggota tentera kita. Takdir memang
takdir, cuaca pun boleh jadi, tapi apa halnya dengan kipas yang
tercabut?? Dalam usia Nuri yang
menjangkau 40 tahun itu maka layaklah ia ditimbang kilo untuk
dijadikan besi buruk dan dijual kepada "Indian Bottle Shop".
Antara kemalangan Nuri yang tidak dapat dilupakan ialah peristiwa
Gubir yang mana kesemua krew yang diketuai oleh Mejar Haris Mohd
Rejab terbunuh, peristiwa Senoi Prak- berpuluh orang pasukan polis
orang asli bersama orang-orang awam terbunuh, peristiwa Kuching- 2
panglima satu dan dua bintang beserta beberapa kolonel dan pegawai
terkorban, dll.
Halangan untuk menerbangkan Nuri hanyalah sementara bagi meredakan
keadaan dan kebimbangan ramai, selepas dua tiga minggu ia akan
diterbangkan semula.Begitulah juga hakikatnya dengan peristiwa hitam
yang berlaku dalam bulan ini. Sudah tentu sesiapa yang mempunyai
sanak saudara yang berkhidmat sebagai pilot helikopter TUDM akan
resah, seakan-akan nyawa mereka berada di hujung tanduk. Apatah lagi,
khidmat Nuri akan berakhir 2018. Walaupun direbet dan dicat semula,
hakikatnya Nuri yang boleh digelar ayah atau datuk kepada pilot-pilot
itu adalah seorang tua yang nyanyuk.

Cukuplah!!!Jangan korbankan nyawa anggota-anggota tentera
kita yang terlatih ini dengan sia-sia. Sungguhpun apa yang berlaku
itu takdir atau kehendak Ilahi, kita boleh mengubah takdir sebenarnya
daripada takdir buruk kepada takdir yang baik dan selamat, dengan
kehendak Allah jua. Ya Allah!!Tempatkanlah roh-roh mereka yang
terkorban ini ke dalam pemeliharaanMu dan bukakanlah hati-hati para
pemimpin kami agar mereka menjadi orang yang lebih mengerti!

Gambar Mangsa Nuri Terhempas..Alfatihah



DYMM SPB Yang Dipetuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong mencemar duli untuk bersama memberi hormat kepada wira & wirawati negara yang terkorban dalam nahas helikopter Nuri pada 13 Julai 2007 berdekatan Genting Sempah.

Berikut adalah gambar-gambar dan paparan video operasi membawa wira & wirawati negara ke HKL dengan helikopter untuk dibedah siasat.



Helikopter membawa mayat ketiga tiba jam 1.23 petang di padang HKL


DYMM SPB Yang DiPertuan Agong & SPB Raja Pemaisuri turut menziarahi jenazah sebaik sahaja sampai.





Deretan kenderaan jenazah & ambulan bersiap sedia.


Para wartawan dan orang ramai turut bersama bagi mendapatkan berita terkini.












Pemandangan dari atas padang HKL



Source

17 July, 2007

Berapa kali Nuri terhempas



Berikut ialah rekod kemalangan helikopter Nuri dari
beberapa sumber akhbar dan internet.
Sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang
terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.

1969 – Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM
terkorban

1976 – Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas
di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.

1980 – Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di
Perak. Tiada yang terkorban.

1981 – Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM
terkorban, 13 yang lain cedera.

1981 – Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4
anggota TUDM cedera.

1989 – Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung
Bilah di sempadan Kelantan-Perak border. 21 orang
terkorban.

1989 – Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan,
Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.

1989 – Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota
tentera terkorban.

1996 – Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka
Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota
TUDM hilang.

1997 – 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa
minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.

2004 – Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM
terkorban, 1 orang cedera.

2004 – Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan,
Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.

2006 – Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di
Kuala Sedaka

SUMBER :
http://www.accessmy library.com/ coms2/summary_ 0286-20615321_ ITM

http://www.utusan. com.my/utusan/ archive.asp? y=2006&dt= 0702&pub= utusan_malaysia& sec=dalam% 5Fnegeri& pg=dn_09. htm&arc=hive

http://www.utusan. com.my/utusan/ archive.asp? y=2004&dt= 0817&pub= utusan_malaysia& sec=muka% 5Fhadapan& pg=mh_01. htm&arc=hive
Blog Widget by LinkWithin