
1.     Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang 
yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan 
hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa 
orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 
2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang 
soleh. 
3.     Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama 
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan 
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 
4.     Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku 
(Rasulullah SAW) di dalam syurga. 
5.     Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu 
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan 
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka 
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak 
Nabi Ismail. 
6.     Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu. 
7.     Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan 
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan 
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa 
serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah  syurga. 
8.     Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah 
panggilan ibumu terlebih dahulu. 
9.     Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada 
anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka 
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.   
10.     Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah 
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana 
pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 
11.     Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung 
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya 
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.   
12.     Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang 
lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW  "Suaminya." " 
Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."   
13.     Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, 
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu 
syurga mana sahaja yang dikehendaki.   
14.     Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah 
SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 
tahun). 
15.     Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka 
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap 
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 
16.     Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah 
SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 
17.     Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari 
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 
18.     Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu 
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang 
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba 
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.