UMMU SALAMAH SDN BHD
(REG NO: 766975-T)
ASRAMA ANAK-ANAK YATIM GERIK,
LOT 2877, JALAN AIR GANDA, KAMPUNG AIR PANAS, 33300 GERIK, PERAK D.R.
TEL: 05- 792 1787 / 019- 557 1625 / 019 437 6363
Isnin, 06 Julai 2009
TUAN/PUAN,
PER:
TAWARAN TAJAAN BERBUKA PUASA 2009Pengurusan asrama anak-anak yatim Gerik ingin membuat tawaran kepada semua individu atau syarikat yang berminat untuk membuat tajaan berbuka puasa dan sahur 23 anak-anak asrama anak-anak yatim gerik bersama dua pekerja yang tinggal bersama mereka.
Bagi tahun ini, anak-anak yang tinggal bersama ada 23 orang, yang tinggal diluar 8 orang. Set menu secara katering dikenakan bayaran RM7 kepala atau RM175 termasuk penghantaran satu jamuan. Menu terdiri dari nasi (putih atau minyak), satu jenis lauk, sayur, kueh, buah dan minuman. Sebarang majlis tahlil sila tambah RM50 untuk 3-4 orang tetamu dan ustaz.
Menu tambahan1 ditawarkan udang sederhana 1.5 kilo = RM50, tambahan2 nugget 4 kilo atau daging segar panggang 2 kilo = RM75 dan tambahan3 sate ayam atau daging 10 seorang = RM100.
Berat makanan adalah ditimbang sebelum masak. Menu tambahan hanya dihadkan satu menu pada satu jamuan berbuka, supaya tidak terlalu mewah.
Bersama tawaran ini, kami juga ingin anjurkan paket kueh raya dengan harga RM20 sepaket kecil untuk anak-anak ini bawa balik kepada ibu atau penjaga mereka. Kami bercadang untuk sediakan minima 62 paket kueh raya ini, dua paket seorang.
Duit raya juga akan dikumpulkan dengan kadar minima RM31 satu lot, atau RM1 seorang. Semua jumlah terkumpul akan dibahagi samarata, tetapi tunai akan diberikan RM30 sahaja seorang. Lebihan dimasukkan ke dalam buku-buku akaun mereka.
Setakat ini 3 jamuan berbuka telah confirm dan satu makanan tambahan1. Dengan itu eloklah diistiharkan. Konsep tahun lepas “BAYAR DAN TEMPAH TARIKH� adalah praktikal untuk mengelak kejadian tahun 2007 “tempah tapi tak sampai�, yang mana menolak peluang orang lain beramal dan juga tiada jamuan disediakan.
SILA SEBARKAN. JADUAL ADALAH SEPERTI DIBAWAH
DENGAN ITU: TAJAAN ADALAH BERHARGA SEPERTI BERIKUT
BERBUKA ATAU SAHUR = RM175 SATU JAMUAN 25 ORANG
TAMBAHAN UNTUK TAHLIL =RM50 (OPTIONAL)
TAMBAHAN LAUK SET1 = RM50, SET2 = RM75, SET3 = RM100 (OPTIONAL)
DUIT RAYA = RM31 KE ATAS
PAKET KUEH RAYA = RM20
NOTA: TAHLIL SEMESTI BERSAMA TAJAAN BERBUKA TETAPI SET MAKANAN TAMBAHAN BOLEH DITAMBAHKAN KEPADA MANA-MANA TAJAAN YANG BELUM ADA SET MAKANAN TAMBAHAN, TANPA PERLU MEMBUAT TAJAAN BERBUKA.
"DAFTAR PERCUMA*PART TIME DIRUMAH*BONUS MINGGUAN*$2,000-$5,000""HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA""Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP""HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!Iklan Di ISUHANGAT!