| Rakaman adegan cium Deanna  Yusof Posted on Tuesday, May 29 @ 14:20:45 MYT by greenboc | 
"
Rakaman adegan cium Deanna Yusof bersama seorang pelakon lelaki Singapura yang disiarkan dalam internet benar-benar menguris maruah rakyat di negara ini. Kita semua mengetahui bahawa artis wanita ini seorang Islam dan belum berkahwin dan beliau sebelum ini menjadi ikon yang amat dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana berjaya membintangi filem 'Anna & The King" serta menjadi contoh pada artis-artis lain. Tindakan artis ini benar-benar menyalahi ugama, etika dan adab masyarakat Malaysia.
Dunia artis telah tercemar dengan  perlakuan beliau dan ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada  Persatuan-Persatuan artis dan anak-anak seni di negara ini.
 Jika di negara India, rakyat akan bangkit  membuat bantahan awam dan memaksa Mahkamah mengeluarkan waran tangkap pada  beliau seperti mana yang berlaku pada Shilpa Shetty dan Richard Gere yang diburu  oleh Mahkamah.
 Namun, nasib beliau tidak begitu. Mana  dia Menteri Penerangan yang lantang berbicara tentang soal artis dan martabat  industri hiburan negara? Mana dia Ulama' Hadhari? Ustazah Hadhari? adakah ini  perkara kecil di mata mereka? kenapa semua diam?
 Selepas ini orang luar akan memandang  rendah pada artis Malaysia kerana mereka sanggup buat apa sahaja untuk mencari  nama. Kita berharap agar kejadian ini akan menjadi Iktibar pada artis-artis lain  dan tidak sesekali menjatuhkan maruah diri dan imej negara hanya kerana inginkan  pujian dan kemewahan sahaja.
 Tidak salah untuk menjadi artis, tapi  biarlah bersopan dan pandai menjaga diri serta sentiasa ingat pada  Allah.-Herman Samsudeen

 
