
 Alhamdulillah 
Hajah Dato Siti (tak tau Siti suka tak dipanggil Hajah) , kalau mahu kekal 
bertudung. Beliau adalah idola ramai remaja moga remaja kat luar sana tu yang memakai seluar belakang yang nampak spender pink pun akan terikut juga. Di harap  
Dato Siti akan meneruskan 
bertudung walaupun tidak ada penaja.

KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, Datin Seri Siti  Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali tampil dengan imej bertudung ketika  menghadiri majlis hari jadi Chef Wan di Restoran Tarbush, Starhill, Bukit  Bintang di sini, malam tadi. 
Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam  kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember.
Penyanyi  nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa,  ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.
“Insya-Allah  buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk  Bernard Chandran.
Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia  sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita.
Siti juga menegaskan,  dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang  dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit  Jalil.
“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi  apa yang pasti, saya akan menutup kepala.
“Walaupun lagu Destinasi Cinta  agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh  disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .
Begitupun Siti tidak  menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan  masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa  yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.
“Rasanya inilah  penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya  mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.
Baginya, dia perlu  mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan.
Kata Siti lagi,  suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan  menyokongnya.
Bercerita lanjut mengenai ibadat dilakukan, kata Siti, dia  benar-benar bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan  haji.
“Saya bersyukur kerana impian dan doa saya dimak- bulkan. Sudah  lama saya menyimpan impian dan akhirnya terlaksana.
“Pemergian saya  menunaikan ibadat haji lebih manis kerana ditemani ibu tersayang, suami dan  abang saya, Ayie,”katanya. 
 Antara gambar Siti di Jeddah ada di post terdahulu:
http://isuhangat.blogspot.com/2008/01/siti-jeddah.html