adsense

Showing posts with label Dang Wangi. Show all posts
Showing posts with label Dang Wangi. Show all posts

03 July, 2007

Mahkamah Tinggi: Tangguh roboh Surau Dang Wangi



Posted on Monday, July 02 @ 07:55:51 MYT by SongkokPutih


Berita  Surau Dang Wangi yang berusia lebih kurang 90 tahun kini ada yang simpati. Allah pasti membantu jika Dia berkehendakkan begitu melalui apa cara sekalipun.


Yang nak roboh ialah Trans resources Corporation, yang suruh roboh ialah Majlis Agama ISLAM Selangor, peguam sokong roboh ialah Nurhani Salwa Jamaluddin (Islam) dan Mohd Azahari Abu Hanif (Islam), yang halang roboh plaintif ialah rakyat (penduduk sekitar), peguam yang halang roboh ialah A Vishnu Kumar (Hindu) dan Suraj Singh (Hindu) dan Hakim yang halang ialah Datuk Tee Ah Seng (Buddha)


Mahkamah Tinggi: Tangguh roboh Surau Dang Wangi
Oleh Mohd Razlan Salleh

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 jemaah
Surau Dang Wangi di sini, yang berusia 90 tahun, menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam, menangguhkan keputusan merobohkan surau berkenaan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan bangunan baru.


Hakim Datuk Tee Ah Seng
memerintahkan defendan pertama, Trans Resources Corporation Sdn Bhd (TRCSB); defendan kedua, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan defendan ketiga, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan tidak merobohkan surau berkenaan yang dijadualkan hari ini.


Tee yang membuat keputusan itu dalam kamar beliau, membenarkan permohonan injunksi sementara sehingga 22 Mei.


Plaintif iaitu 13 ahli jawatankuasa surau berkenaan memfailkan permohonan penangguhan itu melalui peguam bela A Vishnu Kumar dan Suraj Singh, manakala Mais diwakili Pegawai Undang-Undang, Nurhani Salwa Jamaluddin dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Mohd Azahari Abu Hanif.


Wakil pihak defendan pertama tidak hadir di mahkamah.
Mengikut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa tanah surau itu dibina, didaftarkan atas nama Mais dan dipindah milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 7 April 2004.

Mereka mendakwa surau itu wujud atas tanah terbabit sebelum 1975 dan menjalankan aktiviti sebagai pusat ibadat dengan sokongan dan tanpa bantahan pemilik tanah.


Tanah itu diambil alih Mais sebelum diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.


Dakwa plaintif lagi, apabila tanah itu dipindah milik kepada pesuruhjaya, mereka tidak dihubungi atau diberitahu mengenai perpindahan terbabit selain tiada usaha dibuat pesuruhjaya bagi mendapatkan pandangan ahli jawatankuasa dan jemaah.


Baru-baru ini, defendan ketiga membenarkan syarikat TRCSB membangunkan sebuah kompleks polis di atas tanah terbabit menyebabkan plaintif menerima notis mengosongkan surau itu dalam masa sebulan.


Berikutan itu, plaintif menulis surat kepada defendan dan pihak lain untuk menyelesaikan isu itu, tetapi tiada jawapan daripada semua defendan.


Plaintif kemudian membuat laporan polis pada 5 Mei lalu.
Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi mereka berhak menetap dan menjalankan aktiviti di surau itu dan perintah melarang defendan pertama merobohkan surau terbabit sehingga kes diputuskan mahkamah.

26 May, 2007

Isu Hangat: Surau Hendak Diroboh



Jawatan/tempat Nama Status/Agama

Bangunan hendak roboh Surau Dang Wangi Rumah ALLAH

Tukang roboh Trans resources Corporation n/a

Penyuruh roboh Majlis Agama ISLAM Selangor ISLAM

Peguam sokong roboh1 Nurhani Salwa Jamaluddin ISLAM

(Pendakwa)

Peguam sokong roboh2 Mohd Azahari Abu Hanif. ISLAM

(Pendakwa)

Plaintif(Penghalang roboh) rakyat marhain ISLAM

Hakim halang roboh Datuk Tee Ah Seng Budha

Peguam halang roboh1 A Vishnu Kumar Hindu

(Peguam Bela)

Peguam halang roboh2 Suraj Singh Hindu

(Peguam Bela)

Negara kejadian MALAYSIA ISLAM HADHARI

cuba pakat-pakat pikir,tafakkur sejenak.Gunalah secalit IMAN yg ALLAH s.w.t kurniakan,bala bencana apakah ini?!

TOLONG pikir nasib anak cucu kita nanti.Jangan kerana salah tangan kita memilih,mereka nanti tidak kenal surau/masjid,tidak kenal Tuhan,kita jugak dapat susah,tiada orang nak talkin,doakan sejahtera kita dalam liang lahad!

Sumber diambil dari Harian Metro,11hb May 2007.

Mahkamah Tinggi: Tangguh roboh Surau Dang Wangi

Oleh Mohd Razlan Salleh

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 jemaah Surau Dang Wangi di sini, yang berusia 90 tahun, menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam, menangguhkan keputusan merobohkan surau berkenaan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan bangunan baru.

Hakim Datuk Tee Ah Seng memerintahkan defendan pertama, Trans Resources Corporation Sdn Bhd (TRCSB); defendan kedua, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan defendan ketiga, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan tidak merobohkan surau berkenaan yang dijadualkan hari ini.

Tee yang membuat keputusan itu dalam kamar beliau, membenarkan permohonan injunksi sementara sehingga 22 Mei.

Plaintif iaitu 13 ahli jawatankuasa surau berkenaan memfailkan permohonan penangguhan itu melalui peguam bela A Vishnu Kumar dan Suraj Singh, manakala Mais diwakili Pegawai Undang-Undang, Nurhani Salwa Jamaluddin dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Mohd Azahari Abu Hanif.

Wakil pihak defendan pertama tidak hadir di mahkamah.

Mengikut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa tanah surau itu dibina, didaftarkan atas nama Mais dan dipindah milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 7 April 2004.

Mereka mendakwa surau itu wujud atas tanah terbabit sebelum 1975 dan menjalankan aktiviti sebagai pusat ibadat dengan sokongan dan tanpa bantahan pemilik tanah.

Tanah itu diambil alih Mais sebelum diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Dakwa plaintif lagi, apabila tanah itu dipindah milik kepada pesuruhjaya, mereka tidak dihubungi atau diberitahu mengenai perpindahan terbabit selain tiada usaha dibuat pesuruhjaya bagi mendapatkan pandangan ahli jawatankuasa dan jemaah.

Baru-baru ini, defendan ketiga membenarkan syarikat TRCSB membangunkan sebuah kompleks polis di atas tanah terbabit menyebabkan plaintif menerima notis mengosongkan surau itu dalam masa sebulan.

Berikutan itu, plaintif menulis surat kepada defendan dan pihak lain untuk menyelesaikan isu itu, tetapi tiada jawapan daripada semua defendan.

Plaintif kemudian membuat laporan polis pada 5 Mei lalu.

Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi mereka berhak menetap dan menjalankan aktiviti di surau itu dan perintah melarang defendan pertama merobohkan surau terbabit sehingga kes diputuskan mahkamah.

<>

Blog Widget by LinkWithin