adsense

30 September, 2007

Blog terbaru



Salam,

Nak war-warkan blog terbaru saya iaitu blog tutorial bagaimana untuk membina blog menggunakan blogger atau blogspot. Diharap dengan tutorial ini ramai lagi blogger melayu akan merancakkan dunia cyber. Tutorial adalah menggunakan video kerana dipercayai tutorial menggunakan pandangangan mata lebih mudah.

Jemput la jenguk :

http://bloggerhowtostart.blogspot.com/


T.kasih
~blalang~

29 September, 2007

Eksklusif: Perarakan dari kacamata peguam dan penulis




Thursday, 27 September 2007

Perhimpunan peguam terbesar dalam sejarah Malaysia (lagi foto di dalam)

PERARAKAN peguam semalam bukan sahaja mengejutkan kerajaan bahkan pihak pembangkang sendiri. Seperti kata Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenaevasan, "Jika peguam berarak, pasti ada yang tidak betul,". KLpos.com mengutip dua saksi mata dalam perarakan semalam. Peguam dan ahli politik Lathefa Koya menulis 'Hari ini saya bangga jadi peguam" manakala penulis serta penganalisis politik terkemuka Mohamad Sayuti Omar atau MSO menulis " Berarak bagai ribuan gagak bersahut-sahutan". Gambar kiriman Tan Ah Kow.

"Hari ini saya bangga jadi peguam"

Oleh Lathefa Koya

HARI bersejarah - perarakan atau public yang paling besar oleh peguam dalah sejarah malaysia. Saya rasa amat bangga dengan ketetapan yang diambil oleh Majlis Peguam yang diketuai oleh Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan - telah menunjukkan kepimpinan yang berprinsip dan progresif. Pertama kali juga - peguam secara terbuka berdepan dengan pihak polis walaupun telah dinasihatkan oleh pihakberkenaan untuk batalkan perarakan.


Program tersebut bermula dengan peguam dan orang ramai berkumpul untuk menaiki lima bas yang disediakan oleh Majlis Peguam di Dataran Merdeka jam 9.00 pagi.

Negara ini ada harapan jika golongan berpendidikan dan professional mula bersuara dan menentang kezaliman. Sebagai seorang peguam, saya rasa ini adalah satu permulaan yang bagus
Sengguhpun begitu, ramai juga yang memilih untuk pergi sendiri dengan berkereta ke Istana Keadilan di Putrajaya. Lebih kurang 10.00 pagi - ramai peguam termasuk pimpinan Majlis telah mula berkumpul di perkarangan Istana Keadilan.

Manakala bas-bas yang bertolak dari Dataran Merdeka membawa lebih kurang 200 peguam pula baru sampai di Putrajaya - tetapi dihalang oleh pihak polis dari pergi terus ke Palaca of Justice. '

Tindakan polis jelas menunjukkan mereka telah diberi arahan untuk mematahkan tindakan peguam. Namun peguam-peguam - kebanyakkan muda telah turun dari bas dan telah mula berarak - lebih kurang 3 hingga 4 kilometer tempat berkumpul di Istana Keadilan.

Isu klip video ini sebenarnya bukan isu baru - pihak peguam sudah lama membangkitkan isu kebebasan kehakiman semenjak pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas tahun 1988.

Namun saya percaya oleh kerana video klip - merupakan bukti visual yang sangat efektif untuk menyemarakan tuntutan kebebasan kehakiman.

Para peguam sebenarnya selain daripada tuntutan untuk tindakan segera atas isu klip video ini juga telah menuntut untuk satu suruhanjaya kehakiman (judicial commission) yang akan bertanggungjawab untuk menentukan perlantikan hakim dijalan berdasarkan kriteria yang sesuai, kelayakan yang betul serta tulus - dan bukan perlantikan berdasarkan motif politik.

Ramai hakim yang layak dan kanan telah diketepikan dan hakim-hakim yang dianggap junior dan kurang layak telah dilantik terus menjadi hakim-hakim di peringkat Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Kebanyakkan hakim ini juga telah bersidang di dalam kes-kes yang kontroversi yang memihak kepada kerajaan.

Negara ini ada harapan jika golongan berpendidikan dan professional mula bersuara dan menentang kezaliman. Sebagai seorang peguam, saya rasa ini adalah satu permulaan yang bagus dan hari ini saya bangga menjadi salah seorang dari mereka

Penulis merupakan peguam dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat PKR- Pengarang

LAPORAN KEDUA

Berarak bagai ribuan gagak bersahut-sahutan

Oleh MSO

BERJAYA dan selamat! Itulah yang boleh disimpulkan perarakan menuntut Keadilan dan Membersihkan Badan Kehakiman di Putarajaya yang bermula di Istana Keadilan ke Pejabat Perdana Menteri pagi ini yang berlangsung dalam suasana penuh bersemangat dan komited.

Berjaya kerana perarakan itu dikira yang terbesar diadakan sejak Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri yang melibatkan golongan profesional, khsusnya para peguam. Perarakan yang juga dinamakan, "Berjalan Sambil Menuntut Keadilan" itu, dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Kira-kira lebih 3,000 menyertai perarakan itu yang sebahagian besarnya disertai oleh para peguam. Dengan mengenakan pakaian rasmi peguam; kot hitam bagi lelaki dan skirt hitam bagi perempuan serta setengah melilitkan kain putih di lengan kiri tanda "berdukacita' , mereka berarak bagaikan ribuan gagak lahap penuh semangat sambil meneriakan laungan; "Kami Mahu Keadilan.. Kami Mahu Keadilan ... Kami Mahu Keadilan," bersahut-sahutan.

Berpadu laungan
Apa yang membuat bulu roma tegak berdiri ialah suara dan tuntutan itu berpadu dilaungkan anggota rombongan tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Mereka berarak bagaikan ribuan gagak lahap penuh semangat sambil meneriakan laungan; "Kami Mahu Keadilan.. Kami Mahu Keadilan ... Kami Mahu Keadilan," bersahut-sahutan.
Sambil berjalan berbagai kain rentang juga dipamirkan menyuarakan tuntutan mereka, antaranya berbunyi "Rakyat Hakim Negara," "Judiciary has gone to the dogs" Judiciary has gone to the drain", "Selamatkah Kehakiman" dan lain-lain.

Sementara kereta yang lalu lalang di sepanjang jalan di Putrajaya masing-masing membunyikan hon sebagai tanda sokongan dam protes mereka terhadap apa yang menimpa badan kehakiman kini.

Perarakan 14 Ramadhan 1428 itu juga turut disertai sama oleh beberapa pemimpin parti politik pembangkang seperti PKR, Pas dan DAP. Antara pemimpin politik yang kelihatan Mohd Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda, Tian Chua, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas dan lain-lain.

Perarakan dan ilham tuntutan Majlis Peguam itu adalah ekoran daripada pendedahan klik video mengenai salah laku seorang peguam yang cuba mengaturkan badan kehakiman negara yang didedahkan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim minggu lalu.

Perarakan itu sepatutnya bermula pada jam 11.00 pagi di mana rombongan diminta berhimpun di hadapan Istana Keadilan (Palace of Justic). Bagaimana pun ia terlewat kira-kira satu jam setengah kerana sebahagian rombongan lambat tiba disebabkan disekat oleh pihak polis.

Rombongan yang menaiki lima buah bas itu sampai di Putrajaya jam 10: 40 ditahan daripada memasuki jalan menuju ke Pejabat Perdana Menteri, dan semua mereka yang menaiki bas itu diminta berjalan untuk menuju ke Istana Keadilan sejauh lebih tujuh kilomter.

Aman dan tertib
Disebabkan menanti rombongan kedua inilah, perarakan menuju ke Pejabat Perdana Menteri tertangguh selama lebih satu jam dan perarakan baru bermula pada kira-kira jam 11.55 pagi.

Kira-kira 200 meter daripada bulatan berhadapan masjid Putarajaya dan Pejabat Perdana Menteri, polis cuba untuk menghalang perarakan, bagaimana pun tiba-tiba mereka berundur dan mengambil tempat dikira strategik, betul-betul di hadapan pejabat Perdana Menteri
Sepanjang perarakan itu walaupun ia dikawal rapi oleh ratusan polis berpakaian seragam dan awam ia berjalan dengan aman dan tertib. Sambil berjalan berami-ramai dalam keadaan santai menuju ke Pejabat Perdana Menteri, jeritan menuntut keadilan terus bergema sesekali latang dan meremangkan bulu roma.

Pasukan polis khabarnya dikerah sejak dari pagi-pagi lagi bagi menjamin perarakan itu berjalan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Setiap ruang, simpang jalan dan jalan utama menuju ke Putrajaya diadakan sekatan jalan raya.

Walaupun di Pejabat Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada namun ia dikawal rapi dari segenap penjuru. Waktu ini Abdullah bersama isteri sedang berada di Eropah dalam rangka menghadiri Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Sekurang-kurangnya lima buah trak yang membawa water cannon dan lima buah landrover yang membawa anggota FRU mengiringi perarakan dengan berada di sebelah jalan.

Kira-kira 200 meter daripada bulatan berhadapan masjid Putarajaya dan Pejabat Perdana Menteri, polis cuba untuk menghalang perarakan, bagaimana pun tiba-tiba mereka berundur dan mengambil tempat dikira strategik, betul-betul di hadapan pejabat Perdana Menteri.

Rombongan perarakan sampai di bulatan kira-kira jam 12.45 tengah hari dan mereka beramai-ramai berhimpun secara aman di situ sementara menanti penyerahan memorandum yang dilakukan oleh Pengerusi Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, Naib Pengerusi Ragunath Kasevan dan dua yang lain.

Sementara menanti penyerahan memorandum selesai, tiba-tiba hujan turun namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat anggota rombongan dan orang ramai. Mereka tetap berdiri tanpa menghirukan hujan dan membiarkan baju seluar basah kuyup. Setengahnya ada berlindung di masjid.

Tanpa semburan

Sebuah helikeptor juga kelihatan berlega-lega di ruang udara memantau keadaan.

Kira-kira jam 1.30 petang Ambiga dan rombongan kelihatan keluar dari perkarangan bangunan pejabat Perdana Menteri untuk bersama rombongan perarakan yang sedang menanti di bulatan hadapan masjid.

Perarakan bersurai jam 2.15 petang dengan selamat dan jaya, tanpa semburan water cannon, pukul memukul dan menumpahkan darah. Namun natijah daripada perarakan sekejap tadi sewajarnya dipadang berat oleh Perdana Menteri kerana ia mempamirkan suatu mesej yang sangat jelas mengenai protes terhadap kredibilitinya!

Penulis merupakan penganalisis politik terkemuka dan menulis lebih 40 buku sejak puluhan tahun lalu - Pengarang

Bantahan dari semua bangsa (jurukamera yang merakam gambar ini lelaki Cina)

Presiden MTUC Syed Shahrir (kaca mata hitam) turut kelihatan. Depan kiri, Tony Pua

May Day for Justice....

Pemimpin politik dari PKR turut serta

Himpunan terbesar peguam sejak merdeka

Sekeping gambar seribu cerita...

Wakil NGO SOS Damansara turut serta

"Selangkah saya, satu lompatan buat manusia" Angkasawan Neil Armstrong

Presiden Majlis Peguam Ambiga berucap kepada hadirin

SEGAK...Uniform lengkap seorang polis simpanan persekutuan (FRU)

Peguam Amir Hamzah mengetuai perarakan ke JPM

TAHAN LASAK... Peguam berhujan demi keadilan

"Peace" untuk kita...


Source:klpos

Hari terakhir Video Percuma penjana Wang!






Jangan sangka bahan percuma tidak berkualiti!

Tapi saya akui yang perkara begini memang
jarang berlaku... kerana kebanyakan produk
percuma yang diedarkan tidak menepati citarasa
saya.

Jadi, berikan perhatian kepada apa yang saya
ingin kongsi bersama di sini.

"Video Percuma Dot Com" adalah produk terbaru
keluaran saudara Zamri Nanyan dan Mohd Sufian.

Sekali lihat, memang saya tidak menyangka yang
ianya diberikan tanpa sebarang caj.

11 Video Tutorial... Percuma?

Pasti anda pun kurang percaya.

Apa yang saya buat seterusnya ialah mendaftar
di laman web tersebut, dan anda juga boleh
berbuat demikian di:

http://videopercuma.com/r/affiliate

Wow! Selepas menonton beberapa video tutorial
yang diberikan, saya terkejut kerana saya
pernah melihat video tutorial sebegini dijual
di internet pada harga USD$24.95.

Dan lagi, Video Percuma yang diberikan oleh
Zamri Nanyan dan Mohd Sufian adalah di dalam
Bahasa Malaysia - sesuatu yang belum pernah
dilakukan sebelum ini.

Saya menonton satu per satu video tutorial
yang diberikan dan terus terang saya katakan
yang video-video ini memang hebat dan mampu
menerangkan beberapa perkara yang begitu
penting untuk seseorang memulakan perniagaan
internet pertama mereka.

Belum sempat rasa teruja saya hilang, saudara
Zamri Nanyan memberikan satu lagi kejutan
dengan video tutorial istimewa beliau.

Saya tak pasti jika beliau membenarkan saya
menceritakan mengenai video istimewa ini
di sini, namun saya rasa kurang puas sekiranya
saya tidak nyatakannya di sini.

"Video Percuma dot Com" bukan sekadar video
percuma yang memberikan ilmu yang berguna
kepada anda, tetapi ianya juga satu sistem
pemasaran viral yang mampu menjana pendapatan
tambahan kepada anda... dan segalanya ada
dinyatakan di dalam video istimewa ini.

Jika anda tidak mempunyai laman web sendiri
dan mahu menjana pendapatan sebagai affiliate,
inilah laman web yang anda cari-cari selama
ini.

Cuma ikuti arahan di dalam video istimewa
yang disediakan, mulakan promosi dan anda
mampu membina pendapatan dari 9 sumber yang
disenaraikan.

Inilah yang dikatan multiple streams of income.

Hebat, bukan?

Baiklah, saya tak dapat cerita dengan lebih
lanjut mengenai video istimewa ini kerana
anda juga boleh menontonnya sendiri.

Cuma daftar melalui link di bawah dan pastikan
anda menonton ke semua video yang disediakan
(termasuk video istimewa yang saya nyatakan
di atas).

http://videopercuma.com


ikhlas,

~blalang~

ps1. Pastikan anda tidak terlupa untuk menonton
video istimewa yang disediakan, ye!
ps2. Pada pengunjung isuhangat dan blalang_group...30/9 adalah hari terakhir anda mendaftar untuk mendapatkan video percumua ini.

Klik dan daftar PERCUMA -->
http://videopercuma.com

Jangan lepaskan peluang terakhir ini!

Korang boleh ke buat camni?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Proton Saga Baru



Betul ker ni BLM?
sekarang keta ni tgh p1 stage..
masih ada 2 stage lagi utk mass pro..
kenapa ada LG??
LG merupakan rakan Proton yg designkan keta ni..
Lg ni bukan wat electric semata2..
MPV proton pon LG gak yang wat..

tang harga tu...
proton nk try wat haga sama ngan saga lama..
iaitu dlm 29000 - 33000..
tapi wat masa sekarang ni, harga tu tak leh nak achieve lagi..
kalu proton nak untung, keta tu kena jual dlm 40000..
kompom org tak beli punye..

sekarang proton study balik, ape yg perlu di buat, n apa yg perlu kita
kekalkan, apa yg tak perlu, kita eliminate je la..

haga tak leh nk kompom lagi..
pas study ni mungkin bole..

sebenarnya, saya dh naik keta ni..
mmg luas kat dlm..
nampak je kecik..
audio, dari clarion..
meter, siemens vdo..
enjin ni kitorang panggil enjin IAFM..
ada sesuatu yg istimewa kat enjin ni..
rasai lah sendiri nnt,

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

PETUA KURANGKAN LAPAR & DAHAGA


Walaupun dah 15 hari puasa,

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa
amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas1 kali dan
makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi3 kali lah kita
baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan
selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii..
Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg
bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA : Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan
segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan
dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari
memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"

Nukilan Sajak untuk arwah Nurin



Buat anakanda Nurin Jazlin dalam kenangan hari ini ibu meratap hiba,
anakanda Nurin Jazlin telah pergi buat selamanya, perpisahan ini
merenggut tangkai hati dan jiwa.
ibu tahu... ibu perlu redha,
kerana kematian pasti akan tiba,
namun, pemergian mu anakanda... terlalu menyakitkan.
anakanda Nurin Jazlin tersayang,
yang ibu kandung sembilan bulan,
yang ibu timang ketika kecil,
yang ibu asuh dan kucup saban hari,
kini semuanya hanya dalam lipatan kenangan, sepurnama lalu anakanda
pergi tanpa jejak, dan 'kepulangan' mu, anakanda, terlalu menghampakan
perasaan, kepulangan tragis mu, mengkhabarkan cerita derita, betapa
anakanda meratap tangis, mengharap simpati...
mengharap sayang...
mengharap kasih...
mengharap belas...
alangkah kecewanya hati ibu,
mengenang detik-detik terakhirmu yang penuh sengsara, dikala ratapan
tangis itu, ibu kejauhan...
tak tergapai tangan ibu,
untuk merangkul tubuh longlai anakanda,
untuk ibu dakap, usap dan kucup,
untuk ibu pujuk, untuk ibu bisikkan ..."jangan menangis sayang, ibu
sentiasa disisimu". hancur luluh hati ibu, melihat sekujur tubuh yang
tidak bernyawa, terbaring kaku, sejuk bagai salju, matamu yang redup
terkatup rapat, bibir mungil itu sepi tanpa bicara, segalanya di dalam
hidup ibu, terasa bagaikan terhenti. anakanda Nurin Jazlin, hati ibu
pasrah dengan ketentuan Yang Maha Esa, Dia yang lebih mengetahui. kini
anakanda, tenanglah dikau di sana, terhentilah sudah deritamu,
terpisahlah dirimu dari getir kehidupan, tiada lagi keluh kesah, oleh
kehidupan fana yang penuh dugaan. hari ini... di saat ini, ibu seka
airmata yang seringkali tertumpah, tiap kali bayangan wajahmu berkunjung
tiba, bukan kerana ibu lupa padamu wahai anakandaku tersayang. walau
dalam kehibaan yang teramat, ibu pasrah menerima hakikat, hanyalah di
sini pinjaman Tuhan buat ibu. anakandaku sayang, zahirnya dirimu
terpisah jauh, namun, di sudut hati ibu, tersemai kasih buat selamanya,
dan selama itulah... anakanda akan sentiasa 'hidup' di dalam diri ibu,
moga diizinkanNya bertemu dan bersama buat selamanya di alam kekal Al
Fatihah. Hasil nukilan...ummininasma. walau bukan anak sendiri namun
kesannya jauh menusuk hati.

New Laptop



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Click images for enlarge

100 resipi kuih muih



Dah buat kuih ker? Atau kuih tunjuk hehehe.


CLICK HERE TO DOWNLOAD "100 RESIPI KUIH MUIH MALAYSIA"

(PDF FORMAT)

Koleksi Lagu Raya



16 Lagu Lagu Hari Raya
=============================================
16 Lagu Lagu Hari Raya - 00 - Pic.jpg (50.1KB
01 - Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri.mp3 (3.4MB
02 - Sharifah Aini - Suasana Hari Raya.mp3 (2.3MB
03 - Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti.mp3 (3.5MB
04 - Saloma - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB
05 - Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya.mp3 (2.8MB
06 - Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf.mp3 (3.5MB
07 - Ahmad Jais - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4M
08 - Junainah - Suasana Riang (Di Hari Raya).mp3 (3.0MB
09 - Sanisah Huri - Aidil Fitri.mp3 (3.4MB
10 - Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya.mp3 (2.8MB
11 - DJ Dave - Menjelang Hari Raya.mp3 (3.1MB
12 - Fazidah Joned - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB
13 - Rosemaria - Di Pagi Aidil Fitri.mp3 (3.4MB
14 - P. Ramlee - Dendang Perantau.mp3 (2.5MB
15 - Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang.mp3 (3.3MB
16 - Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema.mp3 (2.5MB

CLICK HERE TO DOWNLOAD LAGU RAYA 2

Credit to opensecret

Pelbagai gambar kelakar



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kisah Temuduga Satu Soalan




Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,
lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya
Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
berkata,
"Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang
memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",
tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,
mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.


"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan
tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga.


"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon
ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan

yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat
dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu
boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan
calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit
perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat
berkenaan..............

hehehehehhe.............................

Nabi Muhammad S.A.W



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Reliquary containing the tooth of Prophet Muhammad (Dendan-i Saadet).


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lock of Kaaba



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
The footprint of the Prophet Muhammad
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Swords belonging to the Prophet Muhammad.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Letter of the Prophet Muhammad (Name-i Saadet)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
The Golden gate of Prophet Muhammad's tomb.

UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN





colgate_darlie.jpg
Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China.

Bahan tersebut telah diharamkan di
USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.


Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari
China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China
macam Colgate dan Darlie.

Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini
http://cbs2chicago.com/topstories/local_story_193121935.html

Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.


Source

Cara-cara nak cover malu



Cara-cara nak cover


Message: 1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....

.

Who is rich & who is poor



One day, Ahmad the father of a very wealthy family took his son, Ahmadi on a trip to the country with the express purpose of showing him how poor people live

They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family

On their return from their trip, Ahmadi asked his son, Ahmadi.

"How was the trip?"

"It was great, Dad."

"Did you see how poor people live?" Ahmad asked. !

"Oh yeah," said Ahmadi.

"So, tell me, what you learned from the trip?" asked Ahmad.

Ahmadi answered:

"We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have a creek that has no end¡K"

"¡KWe have imported lanterns in our garden and they have the stars at night. Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon. We have a small piece of land to live on and they have fields that go beyond"

"¡KWe have servants who serve us, but they serve others. We buy our food, but they grow theirs. We have walls around our property to protect us; they have friends to protect them"

Ahmad was speechless

Then Ahmadi added, "Thanks Dad for showing me how poor we are"

Isn't perspective a wonderful thing?

Makes you wonder what would happen if we all gave thanks for everything we have, instead of worrying about what we don't have

Appreciate every single thing you have!

Pass this on to friends and acquaintances and help them refresh their perspective and appreciation
.

Blog Widget by LinkWithin