MARI KITA LIHAT PERBEZAAN ANTARA SURAU DI HOTEL TIGA BINTANG, DE PALMA AMPANG DAN SURAU DI HOTEL LIMA BINTANG, NIKKO KUALA LUMPUR...
 
 
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
Jawatan/tempat                                                                   Nama                                                                            Status/Agama 
Bangunan hendak roboh                                                          Surau Dang Wangi                                                                           Rumah  ALLAH 
Tukang roboh                                                                        Trans resources Corporation                                                                          n/a  
Penyuruh roboh                                                                   Majlis Agama ISLAM Selangor                                                                     ISLAM  
Peguam sokong roboh1                                                     Nurhani Salwa Jamaluddin                                                                         ISLAM 
(Pendakwa)  
Peguam sokong roboh2                                                Mohd Azahari Abu Hanif.                                                       ISLAM 
(Pendakwa) 
Plaintif(Penghalang roboh)                                           rakyat marhain                                                                 ISLAM 
Hakim halang roboh                                                                Datuk Tee Ah Seng                                                             Budha 
Peguam halang roboh1                                                       A Vishnu Kumar                                                                Hindu 
(Peguam Bela)  
Peguam halang roboh2                                                                Suraj Singh                                                                      Hindu 
(Peguam Bela) 
Negara kejadian                                                                             MALAYSIA                                                                                  ISLAM HADHARI     
 TOLONG pikir nasib anak cucu kita nanti.Jangan  kerana salah tangan kita memilih,mereka nanti tidak kenal  surau/masjid,
 Sumber diambil dari Harian Metro,11hb May 2007.                                                      
Mahkamah Tinggi: Tangguh roboh Surau Dang Wangi  
Oleh Mohd Razlan Salleh 
KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 jemaah Surau Dang  Wangi di sini, yang berusia 90 tahun, menarik  nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam, menangguhkan keputusan  merobohkan surau berkenaan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan bangunan  baru. 
Hakim Datuk Tee Ah  Seng memerintahkan defendan pertama, Trans Resources Corporation Sdn Bhd  (TRCSB); defendan kedua, Majlis Agama Islam  Selangor (Mais) dan defendan ketiga, Pesuruhjaya Tanah  Persekutuan tidak merobohkan surau berkenaan  yang dijadualkan hari ini. 
Tee yang membuat keputusan itu dalam kamar beliau,  membenarkan permohonan injunksi sementara sehingga 22 Mei.  
Plaintif iaitu 13 ahli jawatankuasa surau berkenaan  memfailkan permohonan penangguhan itu melalui peguam bela A Vishnu  Kumar dan  Suraj Singh, manakala Mais diwakili Pegawai Undang-Undang, Nurhani Salwa  Jamaluddin dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan  diwakili Peguam Kanan Persekutuan,  Mohd Azahari Abu  Hanif. 
Wakil pihak defendan pertama tidak hadir di mahkamah.  
Mengikut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa tanah  surau itu dibina, didaftarkan atas nama Mais dan dipindah milik kepada  Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 7 April 2004. 
Mereka mendakwa surau itu wujud atas tanah terbabit  sebelum 1975 dan menjalankan aktiviti sebagai pusat ibadat dengan sokongan dan  tanpa bantahan pemilik tanah. 
Tanah itu diambil alih Mais sebelum diserahkan kepada  Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. 
Dakwa plaintif lagi, apabila tanah itu dipindah milik  kepada pesuruhjaya, mereka tidak dihubungi atau diberitahu mengenai perpindahan  terbabit selain tiada usaha dibuat pesuruhjaya bagi mendapatkan pandangan ahli  jawatankuasa dan jemaah. 
Baru-baru ini, defendan ketiga membenarkan syarikat  TRCSB membangunkan sebuah kompleks polis di atas tanah terbabit menyebabkan  plaintif menerima notis mengosongkan surau itu dalam masa sebulan.  
Berikutan itu, plaintif menulis  
Plaintif kemudian membuat laporan polis pada 5 Mei lalu.  
Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi mereka berhak  menetap dan menjalankan aktiviti di surau itu dan perintah melarang defendan  pertama merobohkan surau terbabit sehingga kes diputuskan mahkamah.  
<