ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
Showing posts with label cerita pendek. Show all posts
Showing posts with label cerita pendek. Show all posts
06 December, 2007
Executive muda,anak kecil dan seketul batu
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;
" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.
Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
08 November, 2007
Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya - SeDih Beb
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.
" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
Artikel Penuh<<<<<
12 July, 2007
Cerita tentang ayah
Cerita tentang ayah...
Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.
Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ....
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.
Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.
Ya Allah..tuhan segala alam...
aku dan abang mengangkat jenazahnya... dan mengebumikannya.hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha.
Kelmarin,
aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.
Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll....... Abah catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....
Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir... aku...bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"...
abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.
Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.
YaALLAH....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan... tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami....
"kubur ayah dikorek... pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang pemurah.... sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."
"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...
perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....
"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........
Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....
YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"
dan,
kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya....
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak....
isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.
Cuma...
aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Sumber
09 May, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)