adsense

Showing posts with label gambar artis. Show all posts
Showing posts with label gambar artis. Show all posts

19 September, 2007

Apa Khabar Catriona?



Catriona sudah mampu berjalan
18-09-2007 11:53:47 AM
oleh WAHIDA ASRANI
TRAGEDI yang melanda diri aktres kacukan Melayu dan Scotland ini pada April lalu pastinya menjadi satu detik hitam di dalam sejarah hidupnya.

14 April lalu, Catriona Ross atau lebih mesra dipanggil Cat mengalami kecederaan yang teruk apabila terlibat dengan kemalangan jalanraya di Lebuhraya Senawang - Seremban sehingga menyebabkan kedua-dua belah kaki pelakon yang popular menerusi drama Sephia ini patah.

Memang satu dugaan yang cukup hebat buat aktres berusia 27 tahun ini. Selama lebih kurang dua bulan Cat terlantar di hospital dan kemudian menjalani pula sesi fisioterapi yang baru saja berakhir kira-kira dua minggu lalu.

Namun, ketabahan diri Cat berjaya mengatasi segala dugaan yang menimpa dirinya apabila pelakon ini sudah boleh menarik nafas lega kerana impiannya untuk mampu berjalan semula hampir tercapai.

Cat yang baru selesai menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum dari pinggul ke betis kanannya pada 10 September lalu di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu dalam nada ceria berkata, dia mungkin dapat berjalan seperti biasa semula dalam masa dua bulan lagi.

Cat ketika di Hospital Pakar Perdana untuk pembedahan pemindahan tulang sum-sum dari pinggul ke betis kanannya (Foto Ihsan Catriona dan Razzi Rahman)
"Kaki kiri saya sudah okay, tetapi yang kanan cedera teruk. Sebab itu saya buat pembedahan tersebut. Alhamdulillah, sekarang ini saya sudah boleh berjalan sikit-sikit.

"Saya tidak perlukan kerusi roda lagi, cuma menggunakan topang saja ketika ini. Sekarang ini pun, rutin harian saya sudah bergerak seperti biasa. Saya masih buat apa yang saya lakukan sebelum ini.

"Cuma pastinya agak terbatas sikit kerana belum mampu berjalan sepenuhnya. Tetapi, bila dikenang semula, saya masih ingat ramai yang cakap saya tidak akan boleh kembali berjalan dengan baik selepas ini.

"Tapi saya tidak pernah pedulikan cakap-cakap orang. Bagi saya, apa saja perkara yang berlaku sudah ketentuan-Nya. Waktu itu saya yakin, the best will come dan percaya saya boleh berjalan seperti sediakala," kata Cat yang kini berehat di kediamannya di Kota Bahru.

Mengimbas kembali peristiwa hitam yang berlaku pada dirinya itu, jelas Cat, sehingga hari ini dia tidak pernah trauma atau pun fobia dengan apa yang telah menimpa dirinya.

Bagi Cat, apa yang terjadi membuatkan dirinya lebih tabah untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.

"Saya laluinya dengan penuh kesabaran, tidak pernah saya rasa down walaupun keadaannya saya selepas kemalangan itu agak teruk. Bagi saya, apa saja masalah yang melanda, tidak kiralah walau sebesar mana sekali pun, kita kena harungi dengan tabah.

Cat ingin aktif dalam bidang penulisan
"Saya amat terharu kerana rakan-rakan artis juga ada beri sokongan pada saya. Itu semua cukup bermakna buat saya," ujarnya yang baru saja menyambut hari lahirnya yang ke-27 pada 2 September yang lalu.

Kata Cat, setelah keadaannya pulih kelak, dia akan kembali aktif dengan kerjaya lakonannya seperti biasa. Malah, ketika ini juga memang ada beberapa projek lakonan yang ditawarkan untuk pelakon itu.

"Memang tawaran itu ada daripada beberapa orang yang saya sering bekerja sebab kami memang rapat. Mereka sudah lama tawarkan pada saya, tetapi mereka suruh saya berehat dulu dan selepas pulih nanti, barulah kita akan bincangkan semula.

"Saya tidak kisahlah kalau orang cakap selepas ini saya terima banyak tawaran lakonan kerana perasaan belas dengan keadaan saya. Kita kena ingat, tidak akan ada orang yang ingin bekerja atas dasar kesian.

"Lagipun, mereka yang offer saya pun memang yang dah lama bekerjasama dengan saya. Jadi, terserahlah apa saja orang nak cakap," luah Cat lagi.

Buat masa ini, jelas Cat, dia lebih banyak menghabiskan masa dengan menulis buku untuk diterbitkan di bawah syarikat penerbitan, Gold Mind Publishing, usahasama dengan bapa saudaranya, Razzi Rahman yang juga merupakan seorang penyanyi satu masa dulu.

"Kami tubuhkan Gold Mind Publishing bersama sejak Mac lalu dan kami memang sedang merancang untuk terbitkan buku nanti. Setakat ini, kami berdua sudah selesai menulis sebuah cerita '99 Rahsia Wanita' dan ketika ini boleh dibeli secara online.

Bercerita tentang sambutan Ramadhannya kali ini, kata Cat, semuanya juga tetap seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Cuma, jika dulu dia yang sering keluar membeli juadah berbuka, tetapi kali ini dia tidak berkesempatan berbuat demikian.

"Kalau ada orang yang nak keluar, saya pesan sajalah apa yang saya mahu kepada mereka. Kebiasannya, saya suka berbuka dengan ikan terubuk bakar dan ayam percik. Tahun ini juga saya tak dapat pergi sembahyang terawih," kata pelakon yang pernah membintangi filem dan drama termasuk Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin dan Rafflesia.

17 September, 2007

14 August, 2007

13 August, 2007

Gambar terbaru Sharifah Amani Dah Tumbuh Rambut



Banyak yang mengutuk, banyak yang mengeji..But, bapa dia juga yang support dengan botakkan kepala sendiri..who else if not family..Case closed..Now SHARIFAH AMANI has a new look..Gambar terbarunya menunjukkan beliau sudah mempunyai rambut. More feminie-looking.

Gambar Terbaru Sharifah Amani - Dah Ada Rambut..


Link

04 August, 2007

Wardina dan anak-anak

Takk taulah anak Wardina berapa orang sebenarnya :)



Blog Widget by LinkWithin