adsense

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

25 August, 2009

Tok guru Nik Aziz saman media isu Syurga







tip besarkan buah dada due 8 Sept

Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.?

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Kalau saman sahaja alat untuk menghentikan fitnah mengapa tidak dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira UMNO atau pun PAS. Ini supaya politik Malaysia bersih dari fitnah menfitnah. Jika tiada bukti boleh kena saman.

"Student Buat RM1000 Sehari Bersama Ecofirst Products Secara Online/Offline"

"Shopping di Giant, Kamdar dapat duit, isi minyak di Petronas dapat duit. Percuma RM50"

"JOM TENGOK BAJU-BAJU NI TENGOK DULU KOT-KOT BEKENAN"

"DAFTAR PERCUMA*PART TIME DIRUMAH*BONUS MINGGUAN*$2,000-$5,000"

"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Iklan Di ISUHANGAT!

14 August, 2009

UMNO mencarut?





tip besarkan buah dada due 8 Sept

PERHIMPUNAN menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, di hadapan bangunan Umno Perak, Ipoh mengundang kehadhiran lebih 500 orang.

Perhimpunan yang aman damai ini menunjukkan Malaysia negara demokrasi bebas bersuara tanpa gangguan FRU. Almaklum lah di pejabat sendiri kan bukannya menyebabkan peniaga kerugian besar berjuta-juta ringgit.



Sumber perisik rakyat


"JOM TENGOK BAJU-BAJU NI TENGOK DULU KOT-KOT BEKENAN"

"DAFTAR PERCUMA*PART TIME DIRUMAH*BONUS MINGGUAN*$2,000-$5,000"

"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Iklan Di ISUHANGAT!

31 July, 2009

Adun Permatang Pasir meninggal dunia





tip besarkan buah dada due 8 Sept



Seorang lagi ADUN meninggal dunia. Nampaknya PRU12 ni memang mengujakan. Pilihanraya kecil berterusan sehingga PRU13 nampaknya. Ini semua ketentuan Allah dan dugaan kepada pengamal politik.

Adun Pas Permatang Pasir meninggal dunia pagi ini


GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung.

Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.

Datuk Hamdan Abdul Rahman
sumber : Malaysiakini

"DAFTAR PERCUMA*PART TIME DIRUMAH*BONUS MINGGUAN*$2,000-$5,000"

"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

28 July, 2009

AKTA ISA - Baju hitam atau putih?



tip besarkan buah dada due 8 Sept





Mansuhkan ISA atau sokong ISA?

Himpunan Mansuhkan ISA akan dibuat di ibunegara pada 1hb Ogos 2009 oleh Gerakan Mansuh ISA yang kebanyakannya adalah dari Pakatan Rakyat. Manakala gerakan yang menyokong ISA (PRO-ISA) juga akan berkumpul juga sebagai tanda sokongan kepada Akta ISA ni dan juga menghalang gerakan Anti-ISA memasuki istana negara.

Puak Anti ISA akan berbaju hitam manakala puak Pro-ISA pula akan memakai baju putih. Penganjur demontrasi Anti ISA sudah memesan kepada mereka yang akan memakai baju hitam ini supaya jangan membawa senjata, bawa bersama plastik dan garam (sebagai tenaga kalau disembur air kuning) kerana mereka pasti akan diprovok secara hebat dari puak Pro-ISA dan FRU.

Dato Seri Najib ada memberi kenyataan semasa membebaskan 13 tahanan ISA semasa di peringkat awal menjadi PM untuk mengkaji semula AKTA Ikut Suka Aku ni. Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

Demonstrasi adalah satu dari proses demokrasi dan biasa dibuat di mana-mana negara yang mengamal demokrasi. Biasanya demnotrasi-demontrasi sebelum ini hanya melibatkan sebelah pihak sahaja tidak seperti 1 Ogos ini.

Di harap tidak berlaku kekecohan dan pergaduhan antara dua kumpulan ini yang dipercayai majoritinya ialah Melayu Islam. Pihak FRU juga pastinya sudah bersedia dengan water canonnya.

Kepada mereka yang menyertai demo ini dari kedua belah pihak jagalah tingkah laku anda jangan sampai berlaku perang saudara dan pertumpahan darah!




"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

16 July, 2009

Datuk Chua Jui Meng sertai Pakatan Rakyat?

tip besarkan buah dada due 8 Sept







Chua Jui Meng keluar MCA Pakatan Rakyat

Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor seperti spekulasi bahawa beliau mungkin keluar parti itu dan menyertai parti pembangkang.

Setiausaha MCA Bahagian Bakri Kelvin Lim berkata Chua, yang juga bekas Menteri Kesihatan telah memanggil satu mesyuarat tergempar bahagian tersebut malam ini untuk membincangkan kedudukan beliau sebagai pengerusi bahagian berkenaan.

"Mesyuarat tergempar itu akan diadakan di pejabat bahagian di Jalan Bakri, Muar malam ini. Selepas 7.30 malam, satu kenyataan dijangka dikeluarkan kepada media. Ia seolah-olah Datuk Chua Jui Meng telah membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada hari Khamis.

Chua, 64, merupakan pengerusi MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun.

Beliau bertanding jawatan presiden MCA dua kali tetapi kalah kepada Tan Sri Ong Ka Ting pada pemilihan parti 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan tahun lepas.

Bagaimanapun Chua tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai peletakan jawatannya walaupun beberapa percubaan dibuat.

-- BERNAMA

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

"WOW!!! SANGAT MUDAH, SANGAT SENANG & YANG PALING PENTING SANGAT LUMAYAN!!!"
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"

"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"

Rahsia Atas Ranjang Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

12 July, 2009

Najib 100 hari pada pandangan Dr M

tip besarkan buah dada due 8 Sept







Dr M bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup di PWTC mengenai pandangannya kepada 100 hari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Antara yang negatif dari pandagan Chedet ialah mengenai
cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura. Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Mantan perdana menteri itu berkata, orang Melayu hari ini tidak puashati kerana dituduh menjadi penghalang perpaduan, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya. Orang Melayu, katanya, menyalahgunakan lesen, kontrak dan permit import yang diluluskan (AP)

'DEB tidak salah tetapi yang salah (ialah) kerana orang yang menyalahkan lesen, kontrak dan AP itu,” katanya.


Seperti diketahui Chedet juga tidak senang dengan keputusan penghapusan PPSMI. Entahlah Dr M ni dulu masa Pak Lah pun dia tidak suka, Tok Jib pun tak suka. Mungkin kerana tidak meneruskan idea-idea dia.

Tapi kerana negara kita demokrasi sesiapa pun bebas mengatakan pendapat masing-masing ada bagusnya juga pendapat-pendapat macam ni sebagai teguran terhadap kerajaan samada dari pihak pembangkang atau dari ahli UMNO sendiri. Dr M sudah memasuki UMNO semula sebaik sahaja Datuk Seri Najib menjadi PM.

Tetapi tindakan Dr M ni seperti membuka pekung di dada dan serba sedikit mempengaruhi kempen Manik Urai kepada Pakatan Rakyat kerana Dr M masih mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.

Pasti Dr M ni membuat kan DS Najib pening dan ibarat duri dalam daging kepada UMNO.


"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

"WOW!!! SANGAT MUDAH, SANGAT SENANG & YANG PALING PENTING SANGAT LUMAYAN!!!"
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"

"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

09 July, 2009

PPSMI hapus 2012, Chedet terdiam

tip besarkan buah dada due 8 Sept







Kerajaan mengumumkan pelajaran Mathematik dan Sains akan diajar dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2012. Pencetus idea PPSMI Chedet tidak terkata apa. Hanya memberi komen sedikit dalam blognya. Mungkin Chedet akan komen lagi di blog beliau sikit masa lagi. Buat masa ni mungkin dia terperanjat bekas anak-anak buah dia sendiri dah tak percaya dengan pelaksanaan PPSMI.

Dalam seminggu ini, Chedet begitu lantang mengkritik kerajaan seperti isu royalti minyak petronas yang bernilai RM254 Billion ke mana perginya juga isu Singapura. Chedet seperti masih tak puas hati dengan langkah kerajaan sekarang yang berbaik-baik dengan Singapura.

Dalam blongya Chedet meminta isu perjanjian air Johor Singapura di review semula kerana faktor perbezaan harga matawang RM dan dolar Singapore dah menguntungkan Singapura berkali ganda.

Mengenai isu PPSMI langkah kerajaan mengembalikan Mathematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia menggembirakan ramai pihak, apa pun kita mesti sedar dan mendidik anak bertutur dan memahami Bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa global.

Perlaksanaannya mungkin agak lewat iaitu lagi 3 tahun dari sekarang mungkin meneruskan pelajar yang belajar PPSMI yang kini berada tahun 3 tidak mengalami kesukaran untuk swing balik ke BM.

Sekarang ni pun soalan peperiksaan UPSR dan sekolah rendah mempunyai dwi bahasa, sementara nak tunggu tahun 2012 para guru terutama yang tahun satu dan dua tu ajarlah terus dalam Bahasa Malaysia.

Walau pun dinafikan oleh TPM, ternyata PAS sudah berkurang satu isu hangat semasa kempen pilihanraya kecil Manik Urai. Kejayaan pembatalan PPSMI tidak dinafikan adalah kisah perjuangan seniman tanahair Dato' A.Samad Said dan rakan-rakan Gerakan Mansuhkan PPSMI sehingga kemuncaknya membawa bantahan jalanan dengan mengusung keranda 152 pada 7 Mac 2009





"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

"WOW!!! SANGAT MUDAH, SANGAT SENANG & YANG PALING PENTING SANGAT LUMAYAN!!!"
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"

"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!
Blog Widget by LinkWithin