adsense

03 April, 2007

Sengal Gusi: Sapa kata Math susah??huhuhu








Foto Hangat: Bakawali 12 am



Bukan senang nak tengok bunga ni berkembang.Pukul 12 mlm tu.

Foto Hangat: Nice Islands








Foto Hangat: Tips Menggoda

Aksi maut...cubalah.





Foto Hangat: Nak beli kasut..?




Foto Hangat: Crazy Bicycles!!










Info Hangat: Pentingnya Bersih Buah dengan Air Garam ! Must See!






Sengal Gusi: Rahsia bola Hitam Putih



Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan
tak
married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma
tinggal bersama pengasuh aje.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan
kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama anaknya?
Dia nggak punya sepeda...apa tuan juga nggak malu?"

Lantas...... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan
si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih
..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa. "Kenapa bola itam dan
putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan itu
aje."

Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka
dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling
canggih, plus bola itam dan bola putih.

Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama
si pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama
papanya. Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.

Hingga si anak dipanggil lagi. "Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda
macam teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je...".

Si anak jawab,"Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah
rosak..
dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut roda.

Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?"

Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam dan
bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.

Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru....

Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas papanya
pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si
papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak,
keluar negri lagi tu......Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di
bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar
kamu tak malu".

Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan: "Papa, Kenapa tak
belikan bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu."

"Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah
istimewanya bola itam dan bola putih?

Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note
itu...hingga dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola
putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi.

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh
membernya yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa
menjadi sangat malu. Anaknya tidak 4,3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor. Maka
ditawarkan anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor
kurang praktis, lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja.
Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berunding.
Hingga tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam
dan bola putih tentunya.

Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali
belikan dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada
keinginan dan kemahuan untuk bagitau kenapa.

Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana s
enang dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta
Ferrari.

Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.

Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik
motor.
Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih.
Tak faham perasaan anak sendiri!

So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak
cik tak belikan bola itam bola putih?

Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku
pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak
dikasi bola2 itu.

Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola
putih.
Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan
awek anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat
anaknya.

Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari.
Yelah, anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi
gelabah dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga
ditelepon oleh pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai
seatbelt, si awek mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat.

Si bapa datang ke Hospital.."macamman

a doc, anak saya?"

Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami tidak
dapat berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya
Encik manfaatkanlah waktu terakhir.."

Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.." si anak juga nangis
kerana aweknya tak tertolong. Si papa menenangkan dia...akrablah dua
manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat terakhir.
Dia ingat kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama
ini selalu minta bola itam bola putih.

"Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk..kamu jadi
kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik."

Anaknya jawab,"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa
punya money lebih, malah belikan yang macam2....saya cuma minta bola
itam dan bola putih aje kan?"

Si papa rasa timing-nya tepat ni, "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM
BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?"

(pembaca juga ingin tahu ya..?)

Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan
masanya sudah hampir sampai...

"sebabnya ....saya..saya. ..saya... ."

*hep* Kepalanya rebah dan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal
sebelum sempat bagitau tau bapanya.

Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagila...tak tau. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih?
Isk!
Isk! Isk!........ ..Rasa nak belasah je...orang yang mula-mula forward
kat aku.

P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan...

Santapan Jiwa: Sepotong ayat penerang hidup..



Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan di sedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital
bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau
emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta
emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas
makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah, ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit di hospital di Mesir. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife.
Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita
sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Allahu 'alam

Assalamualaikum,

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam adzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik
ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang
anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sengal Gusi: Koleksi lawak muahahahaha

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

=======================================================================


Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut,lalu dia berkata, "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, lembik...macam taik."Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taiktu, lepas tu dia berkata, "Bau macam taik."Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... "MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"


=======================================================================


Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak.New baby! Ayo....saya manyak suka ati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali : ?????????????

=======================================================================


Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "


=======================================================================


Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian

sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


=======================================================================


Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy : Tapi mengapa?

Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula ibunya.

Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

=============================================================


Sengal Gusi: Lady's photo taken in the bathroom.... Be Careful !!!

Lady's photo taken in the bathroom.... Be Careful !!!

Lady's photo taken in the bathroom.... Take Care!!!

Please be careful..very revealing

SCROLL DOWN FOR AN ITIMATE PICTURE
V
V
V
V
V


Know u ham sap one la...


( NOT LADY BUT DUTCH LADY)




Foto Hangat: Funny pics




Info Hangat: The World Fatest Man



Makan jangan tak ingat...!!!


n i d o k i d o s
n i d o k i d o s

.

Blog Widget by LinkWithin