adsense

25 April, 2007

Foto Hangat: Misc Pics Of The Day




















Santapan Jiwa: Akibat menyakiti hati ibu


sekadar renungan bersama...
Akibat menyakiti hati ibu
Jenazah terbiar lama

SETIAP kali ke selatan tanah air, saya sukar melupakan suatu
peristiwa yang berlaku semasa saya berkhidmat di sana kira-kira 20 tahun lalu.
Saya masih ingat, bulan Mac 1980, kira-kira pukul 10.30 malam, saya
mendapat panggilan telefon mengatakan ada kematian di kawasan
perumahan berhampiran tempat kediaman saya.
Memandangkan malam sudah hampir larut, saya menangguhkan niat
menziarah Allahyarham. Saya mengambil keputusan menunggu sehingga esok pagi.
Saya tidak begitu mengenali Allahyarham. Apa yang diberitahu beliau
seorang wanita yang masih muda dan belum berumahtangga. Bagaimanapun saya
memang kenal baik dengan ibunya. Orangnya baik dan lemah lembut, senang
dibawa berbincang malah tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.
Keesokannya, kira-kira pukul 8.00 pagi saya pun bergegas ke rumah
Allahyarham. Niat hati hanya untuk berziarah saja kerana kebetulan
waktu itu saya sedang hamil. Lagipun di situ terdapat seorang pengurus
jenazah yang memang saya kenali.
Sebaik tiba di sana orang ramai telah memenuhi ruang tamu. Segala
persiapan telah di-buat. Kain kapan, kemenyan, kapur barus dan sebagainya siap
sedia di sisi jenazah.
Saya lihat semua tetamu sedang khusyuk membaca surah Yasin. Hati saya
tertanya-tanya di mana pengurus jenazah? Dia tidak kelihatan,
sedangkan rumahnya hanya selang beberapa pintu dari rumah Allahyarham.
Masa terus berlalu, pengurus jenazah yang bernama Mak Siti itu tidak
muncul-muncul. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.
Hati mula tertanya-tanya, siapa akan menguruskan jenazah ini?
Kesian...
Sudah lebih 12 jam jenazah terbiar. Saya menghampiri ibu Allahyarham.
"Mak cik, mana Mak Siti? Hari dah tinggi. Dia tak sampai lagi?" saya
bertanya.
"Entahlah ustazah, mak cik telefon dia tadi. Katanya dia datang lewat
sikit, ada hal mustahak," kata ibu Allahyarham separuh kesal.
"Jenazah tak elok dibiarkan lama-lama. Saya bukan tak nak tolong tapi
mak cik tengoklah keadaan saya ni..." kata saya kepadanya sambil menunjuk
ke arah perut.
"Tak apa ustazah, makcik faham. Mak cik akan cuba minta tolong orang
kampung sebelah," jawab ibu Allahyarham lagi.
Salah seorang waris keluarga itu terus ke kampung sebelah, meminta
pertolongan. Lebih kurang setengah jam kemudian dia muncul kembali.
"Macam mana? Ada tak orangnya?" tanya ibu Allahyarham.
"Tak ada. Dia ke Kuala Lumpur semalam... ke rumah anaknya," kata
lelaki itu.
"Macam mana ni ustazah?" katanya kepada saya dengan wajah sedih.
Lantas dia memeluk saya sambil menahan sedu.
"Bersabar mak cik. Semua yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya.
Kita tunggulah Mak Siti, kalau tak ada juga baru kita cari ikhtiar lain,"
kata saya cuba mententeramkannya.
Kami mengambil keputusan menunggu saja kedatangan Mak Siti. Hari
semakin petang. Jarum jam terus berputar daripada pukul 1.00 ke pukul 2.00
dan akhirnya mencecah 3.00. Seorang demi seorang yang berada di ruang tamu meninggalkan rumah Allahyarham. Semakin lama semakin ramai yang meminta diri untuk
pulang.Melihat keadaan yang semakin lengang, ibu Allahyarham kelihatan serba
tak kena. Tentulah dia sedih memikirkan tiada siapa untuk menguruskan
jenazah anak kesayangannya.
"Macam mana ni ustazah, jam dah hampir 4.00 petang. Bayang Mak Siti
pun tak nampak," rintih ibu Allahyarham sambil air matanya berlinangan.
"Kesian saya tengok mak cik. Tak ada siapa yang nak uruskan. Macam
nilah mak cik... saya bukanlah nak ambil tahu hal keluarga mak cik, tapi
ada tak apa-apa kelakuan Allahyarham yang mengecilkan hati mak cik?" tanya
saya spontan. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana saya dapat
mengeluarkan perkataan demikian pada waktu itu.
"Kenapa ustazah tanya macam ni?" katanya agak terperanjat.
"Tak ada apa-apa. Cuma... kalau ada perilaku Allahyarham semasa
hayatnya membuat mak cik kecil hati, maafkan ajalah dia. Mungkin Itu akan
dapat meringankan bebannya," kata saya bersungguh-sungguh.
Mendengar kata-kata itu, ibu Allahyarham terus menangis teresak-esak
lantas memeluk saya. Saya tergamam seketika. Mulut saya terkunci.
"Memang mak cik merasa kecil hati dengannya. Dia tu suka melawan,
sepatah yang mak cik cakap, sepuluh dia balas. Puas adik-beradik nasihatkan
dia.Tapi dia tetap macam tu.
"Lagipun dia ni degil, tak pernah langsung mendengar nasihat mak cik.
Apa yang mak cik cakap semuanya dibangkang," katanya dengan linangan air
mata.
Menurut ibu Allahyarham lagi, walaupun demikian anaknya amat bersopan
santun dan mesra dengan orang lain. Tidak pernah dia meninggikan
suara jika berbual dengan sahabat atau saudara-mara.
"Dengan mak cik saja dia begitu.. Itu yang mak cik kecil hati.
Kadangkala mak cik terfikir di mana silap mak cik," tambahnya dalam esak tangis.
Malah kata ibu Allahyarham, anaknya seorang yang taat kepada suruhan
Allah.
Segala amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat tidak pernah
ditinggalkan.
"Sampai sekarang mak cik kecil hati dengan dia. Sebab ni ke, tak ada
orang nak sempurnakan jenazahnya, ustazah?" tanya ibu Allahyarham sambil
mengesat mata.
"Yang sudah tu sudahlah. Sekarang mak cik maafkanlah segala kesalahan
dan kesilapan itu. Insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan
jenazahnya akan disempurnakan dengan cepat," kata saya lagi. Sebaik saja saya
berkata demikian, ibu Allahyarham terus mengangkat tangan berdoa sambil
berkata,"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku ampunkan segala kesalahan, kesilapan dan
dosa anakku ini. Lapangkanlah anakku dari segala seksaan." Dia kemudian
terus membuka kain penutup jenazah. Ditenung wajah anaknya agak lama.
Lebih kurang lima minit kemudian, tiba-tiba terdengar suara Mak Siti
memberi salam di muka pintu.
''Maaflahhhh, terlambat. Saya ke pekan, ada hal sikit tadi. Tak
sangka pula susah benar dapat teksi, tak macam selalu," kata Mak Siti sambil
bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada. Saya pandang wajah ibu Allahyarham.
Jauh di sudut hati, saya berbisik: "Alangkah besarnya keagunganMu, ya Allah.
Enam belas jam jenazah terbiar tetapi selepas dosanya diampunkan ibu,
mudah saja Allah lorongkan kebaikan."
Memandangkan semua sudah tersedia, Mak Siti terus memulakan tugasnya.
Saya juga turut membantu serba sedikit. Tidak sampai satu jam,
segala-galanya daripada mandi, kapan dan sembahyang jenazah siap disempurnakan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan
berhampiran selepas azan Asar pada hari itu juga.

Info Hangat: Bantal dan Anda



1)Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus danjiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsusemata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orangramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapaicita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Sian betul mereka nih... pegi kedai belilah satu...bknnya mahal sgt pon...

Santapan Jiwa: Rezeki jadi luas kalau.....



Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: " Kalau kau
rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup,
harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."
Dia menyambung "Kalau kau sudah senang
setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut.
Nescaya
Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet
ada rm2 saya sedekahkan rm1.
Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan
sedikit. Kalau ada rakan susah
nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar
alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah.
Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada
masa
akan datang.
Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta.
Dalam masa yang sama kena saman polis.
Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar
beberapa ribu. Saya pesan kat dia,
mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan
kat dia.
Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak
mudah
dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.
Kadang, bak kata mak saya,
rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan
puas. Gaji seperti biasa,
tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang
dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
pahalanya itu untuk kamu sendiri.
Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari
keredaan
Allah (ikhlas).
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan
diberi
pahalanya dengan cukup,
sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat
272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw.,
"Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau
bersedekah dalam keadaan
senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah
bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan
hisab
(perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
memperingatkan
sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang
bertaqwa.... ......

Info Hangat: Beauty of Maths!


Beauty of Maths!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And finally, take a look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321



Foto Hangat: Big Big trucks





Isu Hangat: NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA .........



Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian .....

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai

makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk

mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga

turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang

dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk

menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam

periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut

keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan

bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan

renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka

beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk

membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja

dalam ilmu perubatan ini.

Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum

berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya

selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja

Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.

Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki

beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya

berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta

air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak

lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang

digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan

Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut

saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang

bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke

atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin

kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak

lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada

bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak

yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh

dengan ............ ......... ...



































































































































.......


Nasi Lemak



Heh...Heh... Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer ........Pergi buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ?????



*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ..... "Haram betul! bukan main srius aku baca cerita ni,

hampeh!!"

Sengal Gusi: Typical Hindi Filmy Story

Foto Hangat: Andaman Island











Foto Hangat: Ikan Keli Besar




Santapan Jiwa : Jangan Simpan Kuku Panjang



DOSA KUKU PANJANG
> ------------ --------
>
> Sekarang ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah entah
> kemana..
>
> Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya
> sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita
> menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita
> tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
>
> The Truth
> ----------
>
> Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari
> kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas
> apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga
> bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
>
> Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh
> atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
> berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah
> santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
> di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
>
> Percayalah.
> -----------
>
> Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur
> dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah
> kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
>
> Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak
> anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
> sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
>
> Additional info
> ------------ ----
>
> Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
> manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
> mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk
> kesihatan dan kebersihan diri sendiri
>
> Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali
> berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad
> Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin
> pakailah di jari
>
>
> 1] jari manis
> 2] jari kelingking (anak jari)
>
> dan jangan memakai pada jari
> 1] jari tengah
> 2] jari telunjuk
>
> Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk
> dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
> Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
>
> Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun
> perempuan.
>
> p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga
> saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
> di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat
> dari Allah Swt. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin
> dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.
>
>
> .

Foto Hangat: REALITY OF LIFE - VERY VERY HARSH...


Dear Friends....
Shouldn’t we pray more and more to Allah, the Almighty and Most Merciful, for the food that HE is giving us everyday?…
Shouldn’t we be more and more generous to our poor relatives and neighbors?...
Shouldn’t we be more and more careful about wasting food?...This is just a reminder for me… and maybe for us all…


YA ALLAH BANTULAH MEREKA DI SANA MENGHADAPI DUGAAN MU... SESUNGGUHNYA DUGAAN KAMI TIDAK SESUKAR MEREKA... PERMUDAHKANLAH USAHA KAMI MENYALURKAN BANTUAN DAN DOA BUAT MEREKA MENEMPUH HIDUP INI DAN MERUBAH NASIB MEREKA...

AMIN...








Lawak Hangat: Soal Jawab Guru dan Sin Chan...



Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.

Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengejanya, itulah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika
Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang kelas, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika
Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna
hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru!
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh. Saya pun hairan kerana
terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama di rumah!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!
Blog Widget by LinkWithin