adsense

01 August, 2007

The Famous One Log House



The Famous One Log House is one on Northern California attractions. It was hollowed out in 1946 from a single log that came from a 2100 year old redwood tree. The log weighed 42 tons and it took two men 8 months of hard work to hollow out a room 7 feet high (2 m) and 32 feet long (10 m).
Even though a house is just a tourist attraction, it is perfectly habitable and contains a kitchen, bedroom, living room, and dining room.









Doa & amalan untuk memperolehi zuriat - oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah



Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa." Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi." Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
  1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
  2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
  3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
  4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
  5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
  • Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
  • Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

HPA menaikkan imej Islam dengan produk HALAL







Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn Bhd pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.


Tn. Hj. Ismail bin Ahmad (Pengarah Urusan 1) bersama isteri beliau Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad (Pengarah Urusan II)

Kompleks HPA, Jejawi Dalam, Perlis





Kilang "GMP" HPA, Kuala Perlis

Peluang dibuka kepada Umat Islam untuk menjadi pengedar dan mendapatkan produk HPA dengan harga yang lebih murah!


















Untuk maklumat lanjut klik : ------> HPA<-------


Antara produk yang sudah terkenal ialah Kopi Radix.

Kalau dah mabuk...sebab tu haram!




















Berita dari seberang tambak..kubur pasang siap





Joke of the day




Top 10 Coolest Cars of the world



10. ALFA ROMEO 8C COMPETIZIONE

coolest car-Alfa romeo

alfa romeo-coolest car

9. A.D. TRAMONTANA

coolest car-tramontana

8. CARVER ONE

coolext car - carver one

coolest car-carver one

7. BERTONE-CONCEPT CAR

Coolest car-bertone concept

coolest car-bertone

6. FIORAVONTI-CONCEPT CAR

coolest car-fioravonti

5. CHEVROLET CAMARO

coolest car-chevrolet

4. MAZDA HAKAZE

coolest car-mazda hakaze

3. X-BOW

coolest car-3 x bow

2. JAGUAR C-XF

coolest car-jaguar c xf

coolest car-jaguar

1. TOYOTA HYBRID CONCEPT CAR

Wedding photos that you never saw






Isu blog: Raja Petra Mungkin tersilap



Posted on Tuesday, July 31 @ 16:58:46 MYT by SongkokPutih

Artikel

SHAH ALAM
- Seorang pensyarah undang-undang di sini hari ini mengeluarkan pendapat bahawa Raja Petra Kamaruddin mungkin tersilap dalam menyatakan pendapat tentang masalah jurisdiksi internet.


Menurut Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam artikelnya di Malaysia Today, yang berjudul " A comedy of errors, ""Let me put it another way," I told the police. "Sodomy is a crime in Malaysia and you can get sent to jail for nine years for the crime of sodomy even if you are a Deputy Prime Minister. In England, men can marry men and you will even receive a congratulatory message from the British Prime Minister. So, sodomy is not a crime in the UK and you do not go to jail." "


Raja Petra Kamaruddin juga berpendapat bahawa Akta Hasutan Malaysia tidak boleh dikenakan ke atas dirinya. Ini kerana baginya, blognya itu adalah "rakyat negara luar", maka undang-undang Malaysia tidak tertakluk pada blognya.


Dalam pendapat ringkasnya Adlan Razak ketika dihubungi wakil RK berkata, "[s]aya rasa RPK silap buat kenyataan agaknya, sebab kita masih boleh memastikan jurisdiksinya dalam hal ini. Cumanya kita nak [cuba cari] bukti sama ada yang dia boleh atau tidak mengawal komen-komen yang muncul diblognya."


Dalam perkembangan berkaitan, Rosli Ismail seorang penulis dari web berita AgendaDaily.com menulis di dalam artikelnya yang disiarkan di blog Malaysia Today, berjudul "Raja Petra cetuskan persoalan besar…" bertarikh 27/07/o7, berkata, "[s]eorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kedengaran bertanya rakannya, "Katakan seorang pelancong asing datang ke Malaysia dan melakukan jenayah membunuh orang di sini apakah dia tidak tertakluk di bawah undang-undang Malaysia atas alasan dia bukan pemegang paspot Malaysia." Rakannya yang kelihatan mengaru kepala menjawab, "Kita selalu dengar orang asing dihadapkan ke mahkamah di sini kerana buat salah."


Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam artikelnya berjudul "Jangan tutup pintu 'Ijtihad' IT negara!" pula mengatakan bahawa "...perkara yang sedang diujikaji dan tindakan ke atas Raja Petra itu sebagai cubaan terhadap kekebalan undang-undang negara ini dan sejauh mana universal bidang kuasanya. Adalah dipercayai undang-undang yang diujikaji ke atas fenomena ini ialah seperti Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama-sama kita tunggu apakah Raja Petra akan disabitkan dengan mana-mana akta berkenaan." -- Zulfikar Samsuri

Ni mesti tokey kedai handphone


Cili pelik




Blog Widget by LinkWithin