Posted on Friday, August 03 @ 23:14:05 MYT by greenboc
Oleh AhmadHadeed
Ogos 3, 2007. Calun Presiden USA Tom Tancredo dari parti Republikan (Parti Bush) bercadang untuk mengebom Makkah dan Madinah jika 'pengganas' menyerang USA. Ini disebut dalam ucapan nya di Iowa dalam ceramah kempen politik nya untuk merebut jawatan President USA.
'Jika diberi kepada saya untuk membuat keputusan, kami akan memberitahu bahawa serangan keatas negara kita akan di balas dengan serangan keatas tempat suci Makkah dan Madinah'. (If it is up to me, we are going to explain that an attack on this homeland of that nature would be followed by an attack on the holy sites in Mecca and Medina)
Calun presiden USA kulit hitam terkenal, Barack Obama dari Demokrat pula memberi ucapan yang garang dan kurang ajar yang menunjukkan sikap biadap polisi luar negara America. Sebelum ini Obama di anggap calun ideal president kerana beliau berkulit hitam, anti war dan pernah belajar di Indonesia. Mengulas tentang krisis kepimpinan di Pakistan akibat serbuan terhadap Red Mosque, beliau memberi amaran bahawa beliau akan memberi arahan tentera USA menyerang sasaran 'eksremis islam ' di sempadan Pakistan dengan Afghanistan jika President Pervez Musharaf gagal bertindak.
Ini adalah stereotype prinsip dasar luar usa yang suka campurtangan, membunuh dan tidak menghormati kedaulatan negara lain. Perkara yang sama keluar dari seorang bakal president USA yang dijangka akan menang besar dalam pilihanraya president.
Jelas, rakyat Amerika terdiri dari rakyat yang tidak langsung mempunyai nilai etik menghormati kedaulatan negara lain. Boleh dikatakan semua calon President USA samaada Republikan atau Demokrat, hitam atau putih, tidak tahu hidup didalam masyarakat antarabangsa dengan baik.