adsense

25 September, 2007

Gambar perkebumian adik Nurin Jazlin




Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Otak Mat Rempit



Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram
telah
mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi
telah
tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai
otak,
pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan
selamat
kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya:
"Bagaimana
pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak
sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia
memang
TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi
merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

Cerita sedih



Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
>
> "Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.
>
> "Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
> Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
>
> Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
>
> "Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
>
> "Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
>
> " Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.
>
> "Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
>
> "Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
> Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan."
>
> "Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
>
> "Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
> Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.



BACA CERITA PENUHH<<<<<<

24 September, 2007

Nokia offer





Dear All,



Dont miss... Pls order / buy now



Nokia celebrates its 12th successive year, Don't miss this opportunity! Launching of new limited edition - NOKIA 8880 3G MOBILE PHONE WITH camera ONLY RM300/- ( Normal Price RM1, 700/- )




Ple as e inform if any of Ur friends want it.........

Interested, ple as e e-mail me ASAP before 1st Oct 2007 for booking purpose, only 888 units in the market. First come first serve.


See model below....







Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kenapa aku diuji



KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12





Adab membaca Al-Quran




Adab membaca Al-Quran

Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:



1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.



2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.



3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di mesjid.



4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu' dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.



5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.



BACA ARTIKEL PENUH....

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana
dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan
kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda

sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan

hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi

anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat

besar, ada hikmah

disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,

fikirlah semula; mungkin

anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai

peluang untuk mendapatkan

sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan

memperolehinya, tetapi

sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun

anda akan

memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.

Lupakan segala maki hamun,

caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda

akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah

masa untuk

memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Seminit

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat

baik, sejam untuk

menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi

sepanjang hidup untuk

melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang

yang anda tidak akan lupa

dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar

pesanan ini. Ini

adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda

sentiasa mengingatinya.

Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna

anda sudah melupakan

kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda

sudah pasti memberi

keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah

hidup mereka kepada yang lebih baik.

Birds Planet





Just be...



Be strong enough to face the world each day.

Be weak enough to know you cannot do everything.

Be generous to those who need your help.

Be frugal with what you need yourself.

Be wise enough to know that you do not know everything.

Be foolish enough to believe in miracles.

Be willing to share your joys.

Be willing to share the sorrows of others.

Be a leader when you see a path others have missed.

Be a follower when you are shrouded in the midst of uncertainty.

Be the first to congratulate an opponent who succeeds.

Be the last to criticize a colleague who fails.

Be sure where your next step will fall, so that you will not stumble.

Be sure of your final destination, in case you are going the wrong way.

Be loving to those who love you.

Be loving to those who do not love you, and they may change.

Above all, be you rself!

Renungan



Alam kubur:
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ... ..
1.
Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2.
Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3.
Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4.
Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5.
Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Rahsia penciptaan alam yang belum tersingkap



"
Bimasakti adalah nama bagi galaksi di mana terletaknya Bumi kita. Galaksi Bimasakti adalah amat besar. Sistem Suria kita terletak sedikit agak jauh daripada pusat galaksi ini. Matahari (dan sistem Suria kita) mengelilingi pusat galaksi ini, dan menyempurnakan satu putaran setiap 220 juta tahun atau lebih. Sesungguhnya Allah S.W.T mengawal semua objek-objek angkasa, sama ada besar atau kecil, dan mentadbir mereka semua setiap masa di dalam keadaan yang teratur dan tersusun.


Assalamulaikum sahabat sekalian. Selamat berpuasa. Hari nie saya nak berkongsi satu laman web berbahasa Inggeris yg bertajuk “Secret Worlds: The Universe Within”.


Laman web ini memaparkan pemandangan galaksi Bimasakti (MilkyWay) bermula drpd 10juta tahun cahaya daripada bumi dan kemudian kita akan dibawa bergerak merentasi ruang angkasa sehinggalah sampai ke bumi. Kemudian terus merentasi ruang angkasa bumi sehinggalah sampai ke bangunan National High Magnetic Field Laboratory yang terletak di Tallahassee. Melihat pemandangan Slide Show itu membuatkan saya terasa kerdil. Kerdil berbanding dengan kekuasaan Allah.

Untuk memainkan Slide Show tersebut anda memerlukan plug-in Java Runtime Environment. Kepada sesiapa yang tiada plug-in tersebut, anda boleh men’download’nya di sini: http://java.com/en/download/index.jsp

Ini link website yang saya maksudkan itu: http://www.micro.magnet.fsu.edu/primer/java/scienceopticsu/powersof10/

Firman Allah Taala:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. [190]


(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [191]
Surah Al-Imran


Source: http://www.izoblog.com/archives/56/rahsia-penciptaan-alam/
"

Marina adakan ‘Multifaith Prayer’ untuk Mahathir bersama IFC



"
Saya baru dapat email dari seorang sahabat yang mengesahkan program bacaan doa pelbagai agama yang dianjurkan oleh Marina Mahathir di rumahnya di Bukit Damansara bagi memohon kesejahteraan untuk Tun Mahathir. Program yang berlangsung pada 9 September lalu mendapat sambutan, khususnya dari kumpulan yang mengerakkan IFC dan sister In Islam.
Program ini dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan doa oleh Imam Feisal Abdul Rauf dan disusuli dengan bacaan doa mengikut adab agama masing-masing yang disertai oleh ;

  1. Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
  2. Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
  3. Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
  4. Buddhist community (TBC)
  5. Sikh community (TBC)
  6. Baha'i community (TBC)
Kita tidak menolak sebarang acara bagi mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri itu, tetapi ia tidak seharusnya digabungkan dengan upacara doa agama-agama lain dalam satu Majlis.

Dalam beragama kita tidak boleh pegang prinsip Liberal atau Pluralisme kerana surah al-Kafirun telah jelas menyatakan bahawa "Bagi engkau agama engkau dan aku agamaku. aku tak akan sembah apa yg engkau sembah dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah".

Tindakan Marina yang juga salah seorang pengerak Sister In Islam ini seolah-olah mencabar sistem agama yang telah digariskan Allah dalam Al-Quran.
Sikap beliau ini sama sahaja dengan Inayah Gus Dur, anak bekas Presiden Indonesia yang baru-baru ini menganjurkan program sahur di Gereja secara on-line.

Mereka ini semakin jauh terpesong dan menghina adab dan syariah Islam secara perlahan-lahan.

Malangnya, tiada satu pun tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan atau pun JAKIM.

Apa dah jadi pada Ustaz dan Ustaz yang ada di JAKIM. Kalau mereka boleh pecah kepala fikir tentang cara solat di angkasa lepas, kenapa perkara yang dah jelas sebegini perlu didiamkan dan tidak diambil tindakan.

Rakyat semakin risau kerana pada masa ini, Kerajaan sendiri pun sudah mulai meragui Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga mencadangkan agar kumpulan profesional yang tiada pendidikan agama dibenarkan menyertai Majlis Fatwa ddan membuat sesuatu ijtihad atau fatwa.

Ke mana arah tuju Islam di Negara Islam Hadhari ini. Apa lagi bala yang Allah akan turunkan kerana kebejatan pemimpin dan kumpulan Sister In Islam serta IFC ini.

Kita harus bangkit, semarakkan kecaman terhadap mereka dengan segera agar negara ini tidak jadi seperti negara ROJAK!!!

Herman Samsudeen - Ketua Penerangan DPP Wilayah Persekutuan
Inilah Isi Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,
Dear friends,
You are cordially invited to a multifaith doa selamat
on Sunday Sept 9 2007
at 7pm
at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL
Programme:
7pm Arrival of guests
7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf
7.30pm Prayers by each faith to be led by:
Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
Buddhist community (TBC)
Sikh community (TBC)
Baha'i community (TBC)
Imam Feisal will end with a doa.
8.00pm Dinner
(Times are approximate)
Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to God Almighty for my father's successful operation and continued recovery. It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for the kind prayers and support that they have extended to me and my family.

The 10 must know Office Skills



Skil utk bodek boss..

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ikan pun ada kutu?



Hati-hati

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

23 September, 2007

Fakta Hangat



KATAK ADE GIGI TAK

Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ¡bergusti¢.
Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ¡menyanyi¢ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ¡nyanyian¢ itu secara agresif dan tanpa henti.


IKAN PAUS


Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu. Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu. Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis ¡baleen whales¢ dan 69 spesis ¡toothed whales¢ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang dikenali sebagai ¡Chinese river dolphin¢ yang tinggal di kawasan air tawar.

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan

ALOE VERA

Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:
Jel aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan rasa gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan kulat serta dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan mengalakkan pembentukan fibroblast.
Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh.
Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa ( standard dressing ).
Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik.
Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis.
Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang dikaitkan dengan penyakit AIDS.
Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak.

KACANG SOYA

Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:

Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous.
Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.


KUMAN TERBESSSAAAR!!!

Bacteria 'Sulfur Pearl of Namibia' (Thiomargarita namibiensis) merupakan bakteria yang terbesar pernah dijumpai oleh saintis. Ia berukuran 0.75 mm ( 0.029 in.) dapat dilihat dengan mata kasar. Bakteria ini telah dijumpai oleh ahli biologi Heide Schulz dari Max Planck Institute for Marine Microbiology ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia.

KEUNIKAN MANUSIA

Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:

badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah.
jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari.
terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki.
setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
70% berat badan adalah berat air.


DINOSAUR MUNTAH

Muntahan fosil tertua telah di temuai di Peterborougah. Muntahan tersebut dikeluarkan oleh dinosour Ichthyosoaurus yang hidup di dalam air di England 160 juta tahun dahulu. Fosil ini telah ditemuai oleh Doyle di sebuah kuari tanah liat. Setelah dianalisa pada fosil tersebut nyata terdapat kandungan asid penghadaman dinosour. Menurut Dave Martill seorang ahli kajipurba Universiti of Portsmouth, penemuan ini amat penting dalam mengkaji cara permakanan dinosor tersebut

IKAN MINUM

Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum.
Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai ¡ioncytes¢ di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air.

Berkenaan Alam ; Al-Quran dan Sains



KEWUJUDAN ALAM SEMESTA

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat; 47)

Edwin Hubble

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

BACA ARTIKEL PENUH

22 September, 2007

Doa Elak Diri @ Anak Perempuan dari dizalimi



Sebagai amalan. Bacalah. Ni pengajaran selepas kejadian menimpa Nurin.

Oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman

Berikut (lampiran) adalah doa yang beliau bacakan untuk kita amalkan untuk diri dan anak-anak (yang ada anak-anak perempuan). InsyaAllah
kita dan anak-anak akan terhindar dari menjadi mangsa PERKOSAAN!! jangan ketawa,
jangan ingat jika ada di antara anda adalah mak-mak orang, nenek yang berumur 74 tahun pun baru diperkosa tak lama dahulu. So, moga2 ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.

Boleh print, faks @ pos kpd kengkawan yang tak ada e-mail.

Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.


>>> DOWNLOAD FAIL TERSEBUT DI SINI<<<<



.

Blog Widget by LinkWithin