adsense

15 November, 2007

Teliti itu penting



Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ......

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!

Just A4 paper. Amazing!! Must see!!!



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Amusing way to wash and clean your grape by using Colgate



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Memerlukan komputer untuk anak yatim



header
Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
PROGRAM KOMPUTER UNTUK ANAK YATIM
Objektif program ini adalah bertujuan memberi peluang dan kemudahan terhadap anak-anak yatim untuk mendekatkan diri serta menambah pengetahuan terhadap ilmu teknologi maklumat. Selain pendedahan secara formal di sekolah dengan kapasiti pengguna yang tinggi dan bilangan komputer serta masa penggunaan yang terhad, maka kami bercadang untuk mewujudkan kemudahan makmal komputer yang dilengkapi dengan perkhidmatan internet di 5 buah rumah-rumah anak yatim, miskin & terbiar dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
Dengan cara ini, anak-anak yatim yang ditempatkan di rumah-rumah kebajikan ini akan lebih mempunyai peluang untuk sama-sama berdaya maju dengan kanak-kanak di luar. Dengan kewujudan makmal komputer ini juga, pelbagai program boleh dilaksanakan antaranya :
  1. Kursus asas berkenaan komputer terhadap kanak-kanak dan penjaga di sekolah.
  2. Kursus penggunaan perisian-perisian asas seperti Microsoft Office
  3. Bengkel Internet
  4. Pendedahan terhadap kepentingan ilmu Teknologi Maklumat pada masa kini
  5. Kerjaya Teknologi Maklumat
Bagaimana kita boleh bersatu membantu golongan anak-anak yatim meningkatkan ilmu perkomputeran di kediaman mereka , ialah dengan cara sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian khususnya sumbangan berbentuk :
  1. pemberian sebarang perkakasan komputer yang lama tidak kira sama ada yang masih berkeadaan baik atau sebaliknya.
  2. pemberian wang ringgit bagi pengurusan penyediaan bilik makmal contohnya pembelian perabot terpakai.
Jika anda mempunyai sebarang peralatan komputer seperti CPU, Monitor, Router, Printer, LAN Switch, Scanner, perabot yang terpakai atau baru yang ingin disumbangkan kepada kami sila hubungi Encik Rohaizal di 012-3953903 atau email kepada presiden@nurhikmah.org.my (presiden[at]nurhikmah.org.my) . Jika anda memerlukan transport untuk penghantaran, kami akan menguruskannya.
Diharap dapatlah kita sama-sama menjalankan amanah kita terhadap Allah s.w.t bagi sentiasa membantu dan memberikan perhatian terhadap golongan kurang berada secara amnya, dan anak-anak yatim khususnya.
Terima kasih

Kepada Sesiapa Yang Ada Astro,ketahuilah..



Pada sesiapa yang ada masalah dengan DSR Astro dimana mereka tidak dapat siaran pada masa tertentu sehinggakan berlarutan dan kadangkala tiada siaran terus:

1. Sebelum memanggil technician cuba pergi ke bahagian "Menu DSR/Satellite Signal", didalam menu tersebut tekan butang 3, 6, 9.

2. Anda akan dapat menu "LO Frequency", disitu setting default sepatutnya "Manual" dan "Frequency" pada 10.000 GHz. Selepas keluar dari menu tersebut siaran anda akan sambung seperti biasa.

Teknik ini selalunya akan dicaj RM40-RM100 pada pelanggan. Oleh itu jangan tertipu dan sebarkan maklumat ini kepada orang ramai.
ini akan jadikan siaran astro kite boleh ditonton pada bile2 mase ke? ( hujan lebat/ mendung / awan tebal)....
Wasalam,

2008 Malaysian Public Holiday




DOWNLOAD 2008 Malaysian Public Holiday<----

Now we can renew driving license online



http://jpj.myeg.com.my/JPJSERVE/

14 November, 2007

Asal usul Manusia



Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun
ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan
tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya
diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan
kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah
bumi.
Setelah itu,Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu
Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
Akhirnya,Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,jangan engkau mundur.Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan
menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan
tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah
ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah,dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu
Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang
mengaturnya,dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if

BACA ARTIKEL PENUH<-----

Wallahualam.

Khasiat Peluk Isteri



KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


KIA vs Ferrari



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Trend Beg Terkini?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Jangan cuti lama sangat



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pantun jiwa kacau




BABOON TUA HILANG DI SAWAH,

ORANG KAMPUNG SIBUK MENCARI,

JIKA ANDA SCROLL KE BAWAH.....,





























DAH SAH......ANDALAH BABOON YG KAMI CARI!!




Muahahahaahahahahahaa!!!

Kalau ada jarum yg patah

tak payah la disimpan lagi

Kalau ada hati yg marah

kena ingat saya pun terkena sekali.

Jarum yang patah pergi le buang

Jangan buang bersama kain

Kalau tak nak kene sorang

Forwardkanlah kat orang lain.....

Seludup manusia



A Saudi guy was caught trying to bring a Russian girl from Dubai to Riyadh See where did he hide the girl?


Warkah Untuk Mak



Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,

Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan

sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....

dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....

nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....

Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....

tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan.....

mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....

tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran diam ......

kengkadang siaran indonesia ...mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi

mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....

pastu mak jemur karpet-karpet. ..

pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..

rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak..

ada kat dalam almari.....

ada kat dalam dalam beg.....

ada dalam ASB.....

ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi....



--> BACA ARTIKEL PENUH <---

Pesanan Roh Kepada Manusia



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yati m dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan mence rita kan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yati m dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yati m dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wallahuallam..

Ibu



Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang pa lin g cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang pa lin g risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang pa lin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang pa lin g risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang
untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku
tidak
berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun
tidak
sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah,
alfatihah.

13 November, 2007

duhai 4 Orang Isteriku!



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang
isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan
kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang
tercantik di antara kesemua isterinya.

Maka, tidak hairan lelaki ini sering
memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu
juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan
isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri
ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia
adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila
masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta
pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia
selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang
sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah
pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan
keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan
usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu
mencintainya.Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun,
pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.


Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin
masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua
kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya
empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan
sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta
semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau
gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu
saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja
tanpa berkata-kata lagi.

Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan
ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya,
"Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir.
Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri
ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah
lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan
isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku
selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu
membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati,
mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab
perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku
hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan
makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si
pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara,"Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu
menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang
berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya
seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang
lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada
saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup
ini;

> ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
belanja
yang
> kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah,
semuanya
> akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak
ada
> keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.


> ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita
meninggal,
> semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan
melupakan
> kita yang pernah memilikinya.


> ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun
dekat
> hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita
selamanya.
> Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.


> DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin
kita
> sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan
peribadi.
> Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu
untuk terus
> setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang
mampu
> menolong kita diakhirat kelak..


> Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan
bijak.
Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Kekuatan Sedekah



Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad,
seperti berikut :

T atkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata
bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada gunung ?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh
menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau
sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun
boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat
apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin"
(air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan
menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan
angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu
amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara
tangan kirinya tidak mengetahuinya ".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya
adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga
sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur
menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya
ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai
segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan
seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya"


Wallahualam
Blog Widget by LinkWithin