ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
28 November, 2007
Air Mata Wanita
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
Cari Duit Internet
Salam,
Semalam saya ke Bank Islam cawangan Tampoi, JB untuk menunaikan cek google adsense saya. Semasa orang rumah saya menghulurkan cek tersebut, pegawai Bank tersebut terkejut dan bertanya bagaimana saya mendapat cek dari google dan amat berminat untuk belajar mengenai perniagaan online. Selama ini beliau menganggap perniagaan online adalah satu penipuan dan apabila melihat cek tersebut di depan mata beliau amat berminat untuk belajar.
Susah saya nak menerangkan secara detail benda-benda macam ni nampak seperti kompleks secara live tanpa sylibus tertentu hehe.
Jika anda berminat dengan perniagaan internet,anda perlulah mempelajari benda-benda tersebut:
Apa itu Blog
Apa itu SEO
Apa itu Google Adsense
Apa itu Affiliate
Apa itu opt list
Apa itu JV
Apa itu Paypal, Click Bank, Egold,Ebillion etc
Dan macam-macam lagi.
Nampak seperti sukar tetapi apabila anda sudah menceburinya dan apabila sudah ada riban-riban masuk ke akaun anda semuanya seperti ilmu-ilmu yang lain, apabila dah tahu tak lah susah sangat.
Saya menghabiskan banyak masa, tak tidur sampai 3-4 pagi untuk belajar mengenai semua itu, tetapi rasanya tidak tersusun modulnya, saya tak tahu nak bermula dari mana, mana yang asas mana yang advance. Oleh itu saya cadangkan kepada anda yang berminat hendak menceburi bidang ini supaya menghadiri kursus-kursus perniagaan internet. Setakat RM 700 -RM800 itu amat berbaloi berbanding anda belajar sendiri.
Banyak kursus yang dianjurkan seperti Seminar Perniagaan Internet Shaifulsham.
Ramai yang telah berjaya menghasilkan perniagaan internet dengan menghadiri seminar Shaifulsham, antaranya ialah En Nasir dengan Buku Kuasa Forexnya , IrwanDanhill dengan perniagaan SMSnya dan ramai lagi. Kalau saya tahu dari dahulu saya join seminar tersebut.
Tidak seperti semasa saya bermula, sekarang banyak terdapat ebook berbahasa Melayu yang memberi panduan secara detail mengenai perniagaan internet,google adsense, belajar Wordpress seperti di bawah . Jika anda tidak memilih untuk menghadiri kursus atau seminar anda juga boleh belajar sendiri , ia lebih mudah dan saya recommend anda untuk membelinya:
Mohd Najib : Panduan Lengkap Perniagaan Internet:
Raja Adsense : Panduan Google Adsense:
Smartzul : Panduan Membuat Blog dengan Wordpress:
Tazilan : 10 Model Pernigaan Internet:
Mohd Shamsuriyadi : Panduan Membuat Duit Dengan Ebook
Dan banyak lagi sebenarnya yang ada tetapi setakat ni biarlah saya letakkan ebook mereka yang sepenuh masa dengan perniagaan internet dahulu.
Semoga sukses sebagai Internet Marketer,
~blalang~
BAGAIMANA NAK KURANGKAN 50% PENGGUNAAN PETROL
"MEMANDU UNTUK BERJIMAT"
Dengan memerhatikan tatacara di bawah anda akan dapati bahawa ia akan mengurangkan 30% hingga 50% penggunaan minyak kereta anda.
PEMANASAN ENJIN SELAMA 30 SAAT
- Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak.
- Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. (Kepada yang tak bersetuju... ni CAP yang bagitahu)
ELAKKAN MEMULAKAN PERJALANAN DENGAN KASAR
- Tekan minyak perlahan-perlahan ketika memulakan perjalanan.
PANDU DENGAN KELAJUAN SEDERHANA
- Tekan pedal minyak dengan lembut (lembut seumpama ditekan bulu ayam.. CAP yang tulis camtu)
- Memandu di bawah halaju perjalanan lebih menjimatkan minyak daripada memandu laju.
- Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam
- Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata.
- Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit.
- Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera
- Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.
CARA MENAIKI BUKIT
- Memandu menaiki bukit lebih menggunakan minyak.
- Tingkat kelajuan sebelum menghampiri kawasan bukit.
- Momentum yang terbina hasil daripada kelajuan tadi memudahkan pendakian. Tidak perlu menekan pedal minyak terlalu kuat yang boleh menyebabkan pembaziran.
JAGA TEKANAN TAYAR
- Tayar yang tidak cukup angin menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Bukan itu sahaja ia boleh merosakkan tayar dan brek.
- Tayar yang mempunyai tekanan angin terlalu tinggi juga boleh merosakkan bunga tayar.
PILIH JALAN YANG SESUAI
- Jalan yang sesak, kerap berhenti boleh membuang masa dan minyak.
- Pilih jalan yang jauh sedikit, rata dan cantik daripada dekat tetapi berbukit, kasar dan sibuk.
- Cuba pilih tempat parking kereta anda paling hampir dengan pintu masuk bangunan yang ingin dituju.
Jalan raya yang kasar, berlubang-lubang dan tidak sekata menambah penggunaan minyak sebanyak 30%.
ANGGAR SITUASI PERJALANAN
- Cuba jarak kenderaan anda sekurang-kurangnya 2-3 kereta supaya anda tidak perlu kerap berhenti sekiranya kereta depan menekan brek.
- Brek secara kerap menyebabkan kereta menjadi perlahan. Minyak lebih banyak digunakan untuk memulakan kembali perjalanan.
- Minyak digunakan 6x lebih banyak untuk memulakan perjalan semula selepas kereta berhenti betul (keadaan pegun) daripada menekan minyak daripada kereta yang masih bergerak perlahan.
ELAKKAN MENUNGGU
- Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin.
- Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
ELAKKAN RINTANGAN ANGIN
- Kereta yang dicipta dengan aero dinamik lebih lancar dan kurang rintangan angin. Oleh sebab itu ia lebih jimat.
- Untuk mengurangkan rintangan angin, sentiasa memandu dengan menutup tingkap sekiranya halaju melebihi 60 km/jam.
- Jangan membawa barangan terlalu berat. Berat melebihi 45 kg akan menggunakan minyak 1% lebih daripada biasa.
P/s Pssst... saya ada baca satu tips daripada surat khabar... Ia tulis.. kalau nak kurangkan penggunaan minyak.. selalu-selalu lah langgar lampu merah.. hehe :) .. Bukan saya cakap yer.. surat khabar tuh yang tulis... :)
27 November, 2007
Kata-kata..
Kisah Pengantin Baru
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks
yang terlalu kerap.
"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang
bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami
tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang
tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
*Tiada kena mengena samada yang telah mati maupun yang masih hidup..
Benda yang tak cair
Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan.
Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu,
semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang
maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la
puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun
membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.
puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri
pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri,
Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa
sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan
kawin dengan puterinya itu.
Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,
pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,
Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang
paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi
batang golf, bateri dan kapal terbang.
Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan....
Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair
nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...
Muncullah lelaki ke-2.....
Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras
dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi
perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk
menggali minyak di dasar lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan.....
Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.
Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua
benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul
lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa
apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam
poket hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta
cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam
poket hamba ini...
Ma haraja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali.
Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya
puterinya
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi
menantu Beta!
Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......
Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah
Pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe.....
(Sila scroll down...........)
BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M
SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANG
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH
Jibril menyamar
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana .
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
TAWARAN HARGA PAKEJ JERSI BOLASEPAK DAN FUTSAL
Promosi akhir tahun Jking untuk satu pasukan bolasepak dan Futsal. Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.
26 November, 2007
Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!…..
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Fakta Menarik
Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand .
Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
BACA ARTIKEL PENUH <------
Betty Banafe berdebar jalani pembedahan!
23-11-2007 02:48:17 PM Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ | ||||
SETELAH menyedari kesakitan yang keterlaluan di bahagian rahim sejak enam bulan lalu, pelakon telenovela Spa-Q Betty Banafe melakukan pembedahan pada jam 3 petang ini di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Doktor mengesahkan penyanyi lagu irama Arab ini mengidap penyakit ketumbuhan atau cyst dalam rahim selepas dua bulan mengalami kesakitan tersebut. "Masa mula-mula tu rasa sakit sangat di pangkal rahim yang saya ibaratkan seperti wanita nak bersalin.
"Saya tak tahu apa puncanya tapi mungkin penyakit keturunan kerana ibu saudara saya tidak mempunyai anak. Dulu kita kurang arif tentang penyakit ini tapi sekarang teknologi semakin canggih dan kita mampu mengesan setiap penyakit yang dialami," ujar Betty ketika dihubungi. Betty mula bersedia untuk dibedah selepas mendapat kebenaran daripada ibunya dan menyelesaikan kerja yang perlu dilakukan sebelum ini. "Saya rasa lebih baik buat pembedahan bagi mengelakkan ia pecah. Better do it as soon as possible. "Selepas membuang benjolan tu saya akan jadi normal dan sihat seperti sedia kala dan kalau berkahwin tak ada masalah untuk mengandung, Insya Allah," kata Betty dengan tenang. Walaupun perasaan berdebar tetap ada kerana inilah kali pertama beliau melakukan pembedahan lebih-lebih lagi melibatkan pangkal rahim. "Saya hanya berserah kepada Allah dan ibu juga berpesan supaya banyak bertawakal daripada saya menanggung sakit dan menyebabkan ketumbuhan tersebut pecah sehingga menjadi racun dalam badan. "Selepas melakukan pembedahan, doktor menasihatkan saya untuk tidak melakukan
"Masa tu juga saya tak boleh ke gymnasium. Saya berkemungkinan tak boleh berjalan selama seminggu," ulas Betty yang selalu memikirkan kebahagiaan hidupnya tanpa menyalahkan takdir. Wanita berusia 30 tahun ini percaya jodoh akan datang kemudian dan tidak perlu terlalu dititikberatkan kerana beliau ingin menumpukan perhatian kepada karier seninya sekarang. Bagi Betty penyakit yang dialaminya bukanlah sesuatu yang biasa dan boleh mengancam nyawa wanita jika tidak diambil tindakan namun memang banyak berlaku dikalangan mereka. "Penyakit ini saya rasa ramai wanita yang tahu. Ia seperti belon yang berada di bahagian ovari. "Penyakit ini memang kita tak dapat jangka. Jadi, saya nasihatkan kepada mana-mana wanita yang mengalami penyakit ini supaya tidak menyimpannya. Yakinlah bahawa setiap penyakit ada jalan keluarnya dan cubalah untuk mencari penyelesaiannya," terang Betty yang terlibat dengan peragaan fesyen pada Isnin lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan semalam di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. Betty memperagakan jubah muslimah yang dipanggil abaya sentuhan pereka fesyen Dubai yang juga puteri raja di negara Arab iaitu Ameera Aamer dalam Festival Fesyen Islamik Kuala Lumpur-Jakarta. Ameera memberi penerangan tentang busana muslimah yang disarungkan oleh Betty |