ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
13 December, 2007
Keputusan Undian
Terima kasih kepada yang mengundi.
Seramai 335 orang telah mengambil bahagian. Secara keseluruhan pengunjung isuhangat paling ramai berusia antara 18-24 tahun dan paling sedikit ialah adik-adik berumur bawah 12 tahun.
12 Tahun Ke bawah | 7 (2%) |
13 - 17 Tahun | 27 (8%) |
18 - 24 Tahun | 116 (34%) |
25 - 30 Tahun | 80 (23%) |
31 - 35 Tahun | 40 (11%) |
35 - 39 Tahun | 24 (7%) |
40 Tahun Ke Atas | 41 (12%) |
Votes so far: 335
Poll closed
12 December, 2007
Ada hati nak tambah cawangan
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah "s" je, kan ?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi..
Sertai YPNET - rangkaian kebajikan
Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
Asalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dengan sukacitanya menjemput ada di group SIM untuk menyertai YPNet.
YPNet adalah satu lagi inisiatif Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bagi menyambungkan anda sekelian dengan anak-anak yatim, miskin & terbiar dibawah naungan kami. Ianya merupakan jaringan anak-anak dan sukarelawan secara virtual.
Anda boleh mendaftar di YPNet (http://ypnet.nurhikmah.org.my) dan mula menulis artikel dan blogs anda disana. Anda juga boleh melakukan "networking" dengan anak-anak naungan kita dan juga para sukarelawan dari seluroh dunia.
Terima kasih.
Jaringan Untuk Kebaikan
===============================================
Anda juga dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak yatim melalui Yayasan Pembangunan Nurhikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.
Rahsia Personaliti Diri
Nota: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%
Rahsia Personaliti Diri
Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.
a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak
b) Personaliti Pendiam
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
c) Personaliti Perasa
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat
d) Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain
e) Personaliti pemikir
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain
KL sesak kerana road block
Jalan KL Sesak, kawalan ketat ke Bangunan Parlimen
Posted on Tuesday, December 11 @ 11:14:22 MYT by greenboc
Pihak berkuasa telah memperketatkan kawalan di hampir semua jalan yang menghala ke bangunan Parlimen hari ini untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berarak bagi membantah pelanjutan tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Wartawan Azamin Amin dari harakahdaily, yang melaporkan dari bangunan parlimen memberitahu pihak polis telah mengadakan sekatan sejauh 500 meter dari bangunan Parlimen dengan menyediakan lebih 200 anggota, beberapa trak dan kawat berduri.
Setiap kenderaan yang memasuki kawasan parlimen dikawal dengan ketat dan semua butir peribadi pengunjung termasuk wartawan telah dicatat oleh pihak polis.
Selain itu, Harakahdaily yang menerima panggilan daripada orang ramai menyatakan rasa kesal dengan sikap pihak berkuasa yang cuba menunjukkan kuasa dengan menakut-nakutkan rakyat apabila hampir semua jalan yang menghala ke Kuala Lumpur diadakan sekatan jalan raya.
Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan luar biasa di sekitar jalan utama ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob dalam satu kenyataan sebelum ini menentang sekeras-kerasnya hasrat kerajaan untuk meminda perkara 114 Perlembagaan Negara dalam fasa 3 dengan menggantikan perkataan 65 tahun kepada perkataan 66 tahun.
Ini kerana tegas Salahudin, pindaan tersebut jelas mempunyai motif tertentu iaitu bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid yang sepatutnya bersara wajib pada penghujung tahun ini.
Semalam, Pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen.
Ketua polis daerah Sentul telah mendapatkan perintah tersebut daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Perintah itu - yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November - melarang empat individu serta penyokong Bersih yang lain daripada menghadiri atau menyertai perhimpunan tersebut.
Empat individu tersebut ialah pemimpin PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad - serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.
Perintah itu juga menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain juga dilarang sama daripada menyertai perhimpunan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)