adsense

24 December, 2007

Big Mouse



Big Mouse Pics Big Mouse Pics Big Mouse Pics

Jangan Jadi Begini..



PLEASE PASS AROUND.....{Pigskin leather Shoes}



Pigskin leather Shoes Pigskin leather Shoes Pigskin leather Shoes Pigskin leather Shoes

WORST VIRUS EVER --- CNN ANNOUNCED



PLEASE SEND THIS TO EVERYONE ON YOUR CONTACT LIST!!

A new virus has just been discovered that has been classified by Microsoft as the most destructive ever. This virus was discovered yesterday afternoon by McAfee . This virus simply dstroys Sector Zero from the hard disk, where vital information for its functioning are stored.
This virus acts in the following manner:
It sends itself automatically to all contacts on your list with the title:
"A Card for You".

As soon as the

supposed virtual card is opened the computer freezes so
that the user has to reboot. When the ctrl+alt+ del keys or the reset button are pressed, the virus destroys Sector Zero, thus permanently destroying the hard disk. Yesterday in just a few hours this virus caused panic in New York , according to news broadcast by CNN.

This alert was received by an employee of Microsoft itse lf.
So don't open any mails with subject: "A Virtual Card for You. " As soon as you get the mail, delete it !! Even if

you know the sender !!!

Please pass this mail to all of your friends.

Panjang Umur dan Murah Rezeki



p/s: sekadar berpesan2 dan memanjangkan artikel dari penulis dibawah kepada semua.. "berpesan2lah walaupun dengan 1 ayat"

Korang nak tak panjang umur dan murah rezeki?
Nak ?
Tentu korang nak bukan?
Baiklah, teruskan bacaaan, tapi sebelum itu...

Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, perlu di tekan kan bahwa,
perkataan "korang" adalah termasuk juga diri 'aku' sendiri...harap maklum.



Salam......

SEBUAH CERITA SECARA 'MAYA'....

Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya?
Apa yang korang mahu?

Jawab mereka...
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas..,
barulah faham erti kebebasan..ha ha ha!

Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk)
lalu bertanya?
Apa yang Pakcik mahu?

Jawab mereka yang tua-tua itu...
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami
menikmati erti hidup...

Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya?
Apa yang anda mahu?

Jawab mereka...
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka
pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun
manusia...

Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya...
Korang pun nak tiga perkara ni bukan?
-Harta

-Sihat

-Umur

Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan?
( akuPUN sama..oh)

Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.:
Apa yang mereka mahu?

Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah
di zaman pemerintahannya... (lebih kurang maksud):

"Aku tidak mahu harta ini... jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada
zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?

Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak
sengaja)sehingga kakinya berdarah...(lebih kurang maksud):

"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku
seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa ..., tapi
Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga
Allah mengampunkan dosaku...

(oh...)

Kata saidina Khalid ra selaku 'pedang Allah'...ketika balik dari medan
perperangan...
(lebih kurang maksud)
"hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke
rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada
mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah...

Nota: (wahai 'pedang Allah'.. Allah telah muliakan 'pedang Allah' dengan tidak
pernah jatuh akan 'pedang Allah' di jalan Allah..subhanAllah. .)

Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika
hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang....

Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki?

Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang
mereka mahu...?

Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik
baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang
aku bersyukur padaMU...

Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh
segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk
kitab.) Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah
di kurniakan kepadaku..., aku malu untuk minta sembuh...

Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa,
telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael...
lebih kurang maksud...
"boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!"

Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang....

Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki ler...
(Isk..isk...)

Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?

Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya! !)

Apa yang firaun mahu?
"aku mahu panjang umur"

Apa yang Qarun laknatullah mahu?
"aku mahu murah rezeki"

Apa yang korang mahu?
"panjang umur dan murah rezeki"

(no komen...)

Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?

Apa yang Abu bakar r.a mahu?
"aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu"
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)

Apa yang Aisyah r.a mahu?
"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari
pengadilan di padang mahsyar kelak!!!

Apa yang Umar r.a mahu?
"aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung"
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)

Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!

Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini...Sekarang mari kita
tanya org dalam neraka pulak..

Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
"aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan..."

Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan
Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!!

Korang semua!!!
Banyak betul masa yang ada untuk baca email ni.., jadi aku nak tanya korang
semua!!!!

Apa yang korang MAHU?
Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa...

Penutup:
Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit
"wahan" yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati...

Apa itu 'wahan'?

Jawab nabi saw: "Cinta dunia dan takut mati!"

Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami
tentang apa itu "wahan"
Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya
dapatlah di buat kesimpulan mahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan
murah rezeki..!!!! oh

Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah
setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai
kiamat!!!!!

Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk
panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal
masuk neraka!!!!

Akhir sekali, selaku bukan doctor, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit
'wahan', kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya),
terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang
makan lada dialah yang rasa pedasnya!!!

Tanda tanda korang ada penyakit 'wahan'...
(fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.) Mudah di tipu oleh skim cepat
kaya...
(Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang Simpan duit banyak banyak dalam
bank Teringin nak jadi jutawan segera!!!
Nak jadi penyanyi
biarkan tanah perkuburan mak bapak semak samun..(jenguk pun time raye je) tengok
Masjid kosong tak rasa apa apa.
Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan...
Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
Bercita cita nak tengok, spiderman part 4, superman return part 2, dan macam
macam part lagi!!!
Suka tengok drama TV yang bersambung...
Sula tengok hiburan atau sukan secara 'live'
Malas baca Al-Quran
Malas solat jemaah
Selalu forward email merapu
Suka tengok bahagian dada perempuan.
Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
up date lagu terkini di carta TV/radio
Suka hias kereta
Up date Porno hehari
Takut hantu
Takut melihat kereta mayat
dan banyak lagi!!!!
Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH... isk..isk...(terasa jahilnya
aku..)

Sekian...

Doa Adik



Doa adik... ( Ada ka adik yg macam ni....??? )

"Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdo'a memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat dipergunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya bila pergi mengaji. Allah mengabulkannya, tak lama kemudian sebuah kereta dapat dia miliki disebabkan mendapatkan bonus dari perusahaannya bekerja.

Lalu si abang berdo'a memohon seorang isteri yang sempurna, Allah mengabulkannya, tak lama kemudian siabang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik perangai.

Kemudian berturut-turut si Abang berdo'a memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang layak, dan lain-lain dengan tikad supaya bisa lebih ringan dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah selalu mengabulkan semua do'anya itu.

Sementara itu si Adik tidak ada perubahan sama ekali, hidupnya tetap sederhana, tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang dulu dia tempati bersama dengan Abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak dapat mengikuti pengajian, dan si adik seringkali harus berjalan kaki untuk mengaji kerumah guru mereka.

Suatu saat si Abang merenungkan dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila dia berdo'a menandakan adiknya tidak pernah hafal bacaan untuk berdo'a.

Lalu datanglah ia kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdo'a kepada Allah dan berupaya untuk membersihkan hatinya, kerana dia merasa adiknya masih | berhati kotor sehingga do'a-do'anya tiada dikabulkan oleh Allah azza wa jalla.

Si adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat itu.

Suatu saat ketika si adik meninggal dunia, si abang terasa sedih kerana sehingga sampai akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi dia merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya sehubungan do'anya yang tidak pernah terkabul.
|
Si abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertuju pada selembar kertas yang
terlipat dalam sajadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan do'a, diantaranya Al-fatihah, Solawat, do'a untuk guru mereka, do'a selamat dan ada kalimah di akhir do'anya:

"Yaa, Allah. tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan Mu, Ampunilah aku dan abang ku, kabulkanlah segala do'a abang ku, bersihkanlah hati ku dan berikanlah | kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat, "

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya, terharu dan tidak menyangka, ternyata adiknya tak pernah satu kalipun berdo'a untuk memenuhi nafsu duniawinya.


Jika kamu...




Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.



Kasih sayang atau kerja



Mungkin ramai yang dah baca kisah ni,saja refresh.

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?
Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!! Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
Moral:
jangan gila kerja sgt...
berpada pada la....

Jika aku jatuh cinta



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...

Tangan Yang Indah



(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.... ......

Lembu Mengamuk Dengar Ucapan Anuar Musa



Posted on Sunday, December 23 @ 03:11:27 MYT by greenboc

Oleh pemudawilayah

"oleh HermanSamsudeen

aLEMBU yang disembelih bangkit mengejar orang ramai. Berpantang maut sebelum ajal, begitulah yang boleh digambarkan terhadap seekor lembu korban yang tiba-tiba bangkit selepas disembelih. Peristiwa berlaku di majlis Korban Perdana anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di padang Sekolah Kebangsaan Machang 2 di Machang pada pagi Sabtu ini iaitu Hari ketiga umat Islam merayakan Hari Raya Aidiladha.



Menurut laporan Agendadaily, ketika kejadian itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Annuar Musa hampir menghabiskan ucapannya. Lembu yang berlumuran darah dilehernya itu naik minyak lalu mengejar orang ramai sebelum rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Walaupun sudah disembelih dan darah mengalir dengan banyaknya namun ajal belum sampai.Begitulah dengan seekor lembu korban yang tiba-tiba bingkas bangun setelah tali yang mengikat kakinya terurai.Peristiwa berlaku di majlis Korban Perdana anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di padang Sekolah Kebangsaan Machang 2 di Machang pagi Sabtu.
Ketika itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Datuk Seri Annuar Musa hampir menghabiskan ucapannya, tiba-tiba seekor lembu yang telah disembelih bingkas bangun dan cuba mengejar orangramai yang berada di sekelilingnya.Orangramai dan tetamu kehormat gempar seketika melihat lembu yang lehernya menitiskan darah itu naik berang.Bagaimanapun lembu tersebut berjaya ditumbangkan semula.


Kasut Tinggi



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

I'm always there for you



When things go wrong,
When
sadness fills your heart,
When tears flow in your eyes,


Just let me know,

Because, I want to be there for you ,
BECAUSE
!!!!
Scroll down
;;;;
;;;;
;;;;

My Friend is Selling Tissue Papers


Buy 1, Get 1 Free...
huhuhu..

Cecahkan dahimu ke sejadah







Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh
tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi
segumpal darah Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga

Bush Vs PM China



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

23 December, 2007

Keputusan Undian Isuhangat



Jantina pengunjung isuhangat, terima kasih kepada anda yang mengundi. Korang memang best. Nampaknya secara purata pengunjung isuhangat adalah sama ramai lelaki dan perempuan.


Lelaki 73 (50%)

Perempuan 71 (49%)



Jumlah yang mengundi: 144
Poll closed

Monyet rempit



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cium sebelum kerja (pasangan Kahwin)



Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam, nak kemana-manapon, bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua. Saya dapat e-mail ni dari kawan.
Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun
2004(gambar muka depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan yang mengenaiciuman 10 saat untuk suami.

Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.


Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang
telah dilakukan. Sudah pastinya, kesahihannya tidak dapat disahkan secara100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira.

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga.
Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing-masing.

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi.

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat.
Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca
artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu
berkobar-kobar untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini.

Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya sedikit musykil.

Walaubagaimanapun, memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya.

Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya.

Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan
menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah).

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengancadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar mana, tapi ianya penting.

Maka pada hari-hari yang seterusnya (sekarang dah masuk satu minggu kot) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.

Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa
yangingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadisuami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah.Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.

Keajaiban berlaku( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta.

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya.

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba
menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu,para pembaca ...yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. Untuk menyuburkanlagi kasih sayang antara suami isteri, untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan, untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang. Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru.
Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya. Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya. Tidak bertangguh, namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga..jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba. Dalam
rumahtangga, harus ada kelainan sepanjang masa, barulah lebih bermakna.

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje....betul tak? Saya yakin
para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang, benarkah begitu wahai para suami?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga, dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu.Sekiranya beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini.

Oklah, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin...
Cuba cubalah... praktikkan!!

Gen 2; versi China



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Arab's wedding



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sajak Si Lembu



Jangan Persiakan Aku


Jangan persiakan aku
kerana setiap titis darah
akan menyuling fitrah

Jangan persiakan aku
ketika nyawaku kau genggam
ujub dan takburmu kau pendam

Jangan persiakan aku
setiap anggotaku yang terbuang
sesuap rezekimu berkurang

Jangan persiakan aku
kerana matiku dengan nama Tuhanmu
maka janganlah matimu lebih hina daripadaku

Jangan persiakan aku
kerana kau harus tahu
yang berkorban itu engkau
bukannya aku!
Blog Widget by LinkWithin