adsense

31 December, 2007

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



L/belakang Syed Mokhtar

- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.



9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Mother Of Year



Mother Of Year

Mother Of Year

Jawatan Kosong



Urgently required :

FINANCE ASSISTANT/EXECUTIVE
- Diploma in LCCI/Accounting/Business Admin
- Experience working in Education Industry is advantage
- Experience in using accouting software ( UBS/MYOB etc)
- Able to start work immediately
-Able to work in tight deadline
- Wiling to work in Cyberjaya

Interested please send your resume by starting your expected salary & contact no.
Kindly forward your resume to : ratnahartini@yahoo.com
or
ratnah@cybermed.edu.my

Panduan Kiblat



Search nama tempat anda, boleh view melalui map atau satelite atau hybrid.


PANDUAN KIBLAT ONLINE

Kalendar 2008




CLICK HERE TO DOWNLOAD CALENDAR 2008 WITH PUBLIC HOLIDAY

28 December, 2007

Unique structures soon to be built



Penang Global City Centre, Malaysia

Following months of speculation and sturdy opposition, this humungous project is in the final stages of approval and apparently construction will start very soon. even so, due to the size of the plan it will take at least 15 years to complete. resembling a sci-fi city, the area will be crowned by 2 x 200m towers and completely transform the small island of Penang

Penang Global City Centre, Malaysia

Penang Global City Centre, Malaysia

Tinggalkan masalah anda sebentar.....



Seorang Pensyarah Sedang Memberi Kuliah Tentang Stress Management, Dia mengangkat

segelas Air dan bertanya kepada Mahasiswanya "Berapa beratkah Segelas Air ini pada fikiran anda Semua"??
Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.
"Ini bukanlah masalah berat secara total,tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegang

nya. Jika saya pegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya pegangnya selama 1 Jam,

lengan kanan saya akan terasa sakit. Dan jika saya pegangnya selama 1 hari penuh, mungkin

anda harus memanggil Ambulans untuk saya, tapi semakin lama saya memegangnya, maka beban

nya akan menjadi semakin berat". Jika kita membawa beban kita terus menerus,lambat laun kita

tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya "."Apa yang harus kita

lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum menganggkatnya lagi ". Kita

harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawa

nya lagi.

Jadi sebelum pulang kerumah, dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban perkerjaan. Jangan

membawanya pulang !!! beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di pundak anda

hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh....!!! Setelah berehat ambilnya kembali

Hidup ini Singkat, Jadi Cubalah Menikmatinya!!!!

ps: Hal terindah dan terbaik didunia ini tak dapat dilihat atau disentuh,
Tetapi hanya dapat dirasakan jauh di relung hati anda ...(fikir2kan lah )"



Nissan Grand Livina



Nissan Grand Livina Nissan Grand Livina Nissan Grand Livina Nissan Grand Livina Nissan Grand Livina Nissan Grand Livina Nissan Grand Livina

Pengorbanan Seorang Isteri



Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.


"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana diasememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan
akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.

"Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil
menambah, "abang nak kopi atau teh?"

Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.


"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat
kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.

5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,"janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.

Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas
Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan", Jelas Hilmi.


"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"


"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua
mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.


Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama
segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.

Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.


Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.

Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang
terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura
menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.

"Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.


"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya,

"dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil
hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu
perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------


"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga
korang." terang Zikri.

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura."
Janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.

"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi

"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi.

Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?
kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor
melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana
rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi
itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.


"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya
upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih
berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon
kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya,
datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya
hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat
gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura.

"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan.

"Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------


"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti
yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan
dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------


Abang yang Nura rindui,

Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak arapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan
selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma
satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.


Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...

Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu

Nura Ain Bt. Abdullah


Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.


Jalan raya canggih!



Amazing highway Amazing highway Amazing highway Amazing highway Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa Erti Di Sebalik Alamat E-Mel



Ini hanya andaian jer..


1. GUNAKAN NAMA PENUH
sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amiran_alias@yahoo.com' iaitu menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.

2. NAMA DEPAN & TENGAH
contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'amril_luqman@yahoo.co' iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

3. NAMA & TAHUN
contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2002@hotmail.om'. Wah! Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana dgn tahun 2003? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nikname itu?

4. NAMA SAMARAN
contoh: 'cute_lady@yahoo.sg' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dgn gaya tersendiri.

5. NOMBOR & ABJAD
contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirinya kepada seseorang. Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih. Jika tidak.... kirim salam saja lah.!

Senarai barang disyaki haram



Wanita dan unsur-unsurnya



Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...
Baca danfikirkandimanakah anda.Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.
Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-
a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia
serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenangdiri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
7) Cintanyasentiasahangat dan memberahikan.
WANITA BERUNSUR API
1) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumahtangga.
2) Penasihatyang baik.
3) Pandaidancekap mengurus rumahtangga.
4) Pandaimenghiasdiri agar kelihatan cantik selalu.
5) Berwaspadaselalu.
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui
segala sesuatu...


('(-..-)') Mira 6937

Benazir Bhuto Mati Di bunuh





Kerana kuasa manusia berbunuhan. Ada yang sanggup letupkan diri untuk kepentingan orang lain? Apa nak jadi ni? Adakah kita menuju ke zaman kanibal semula?

20 lagi maut selepas penyerang bunuh diri letup bom pada rapat umum

RAWALPINDI: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, terbunuh selepas terkena tembakan dan serpihan bom dalam serangan bunuh diri ketika mengakhiri kempen pilihan raya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya di sini, semalam.

Benazir, 54, yang pulang ke Pakistan Oktober lalu selepas lapan tahun hidup dalam buangan, meninggal dunia di Hospital Besar Rawalpindi akibat cedera parah dalam serangan yang turut mengorbankan 20 yang lain.


Seorang anggota delegasi PPP, Wasif Ali Khan, mengesahkan Benazir meninggal di hospital itu pada jam 6.16 petang (9.16 malam waktu Malaysia).

Ramainya baby..



Gambar anak kembar

Gambar anak kembar

27 December, 2007

Telur panjang



Telur Pelik

Bank Negara Malaysia Issues New Design for RM50 Banknote to Commemorate Malaysia 's 50th Anniversary of Independence


Bank Negara Malaysia today announces the issuance of a new design for the RM50 banknote to commemorate Malaysias 50th Anniversary of Independence. This new design of RM50 banknote is the first denomination of the Fourth Series of Malaysian currency notes which will be replacing the existing series in stages.

The New Design RM50 Banknote

The new design RM50 banknote retains the predominant colour of green-blue. The main theme of the design is the National Mission 2020 where the first thrust is to move the economy up the value chain which reflects Malaysias economic transformation to the higher value-added activities in the agriculture, manufacturing and services sectors of the economy.

The dominant intaglio portrait of the first Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, is retained on the right and the national flower hibiscus is in the centre on the front of the new RM50 banknote. Design patterns from songket weaving, which are in the background and edges of the banknote, are featured to reflect the traditional Malaysian textile handicraft and embroidery.

The first 50 million pieces of the new RM50 banknote features Malaysias first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj at the historic declaration of Malayas independence and the logo of the 50th Anniversary of Independence on the reverse side.

Security Features

The security features incorporated in the Fourth Series of RM50 banknotes are as follows :

  • The Watermark Portrait can be recognised by tints that are lighter or darker than the surrounding paper. This watermark portrait which has a three-dimensional effect appears without sharp outlines. At the base of the watermark, the numeral 50 is clearly visible.
  • The Security Thread is embedded in the paper and appears on the reverse side of the note as a silver coloured dotted line. When the note is held against the light, it is seen as a continuous dark coloured line and the repeated text BNM RM50 can be read. When viewed under ultra-violet light, the thread is seen in various changing colours known as the "rainbow effect".
  • Micro-Letterings of "BNM RM50" which can be viewed under a magnifying glass.
  • Invisible Fluorescent Elements can be seen through various elements of the background on the obverse and reverse side of the banknote and will fluoresce in different colours when viewed under ultra-violet light.
  • Perfect See-Through Register feature where the graphic songket design on the obverse side of the note will register perfectly with the same graphic songket design on the reverse side when it is held against the light.
  • Multicolour Latent Image of the denomination 50 can be seen when the banknote is tilted slightly and the colour changes when it is rotated.
  • Holographic Stripe features the denomination 50 and the hibiscus flower, with a multi-coloured pumping and matt-structure effect.
  • Hidden image with moiré effect where certain areas of the design appearance will change when the banknote is copied.

Members of the public are advised to take note of the security features and design of the new RM50 notes outlined above. The existing series of the RM50 banknotes will continue to be legal tender.

Sale of RM50 banknote with Special Packaging

The new RM50 banknote with a special packaging will be available for sale to members of the public. It will be priced at RM60 per set. Twenty thousand (20,000) sets will be available for sale from Wednesday, 26 December 2007 at Bank Negara Malaysias Head Office, and at Bank Negara Malaysias branches in Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching. The availability of these banknotes will be on a first come first served basis and will be limited to one set per person.

The new RM50 banknotes without special packaging will be available through commercial banks on 30 January 2008 onwards

Duit RM50 Baru

Serious Mobile Phone Accident



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cara hidup masa kini



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cari makan jugak



Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.
Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.

Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?

Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.

Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.

Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Pak Abu: Berapa upahnya?

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.

Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.

Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!

Pak Abu: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.

Pak Abu: Baik nak.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.

Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,

Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya "Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik!."

Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. "La.. orang jugak ke..."

JANGAN SUKA MAKAN SARDIN



Admin: Macam betul jer..


Assalamualaikum wbh
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu.. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah.. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin.. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
Wassalam wallahualam

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)



Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.



Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.



Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’



Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?



1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.



Bagaimana Ia terjadi



Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.



Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.



Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.

Kehebatan ilmu Imam Shafie : Dialog bersama Harun al-Rashid.



Oleh madihah_solehah

"Dari: www.tamanilmu.com

 Al-Hafiz al-Baihaqi meriwayatkan Imam Shafie pernah suatu hari menghadiri majlis yang diadakan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Muhammad bin al-Hasan turut hadir.

Khalifah berpaling kepada Imam Shafie, lalu bertanya: ‘Wahai Ibn Idris! Bagaimana penguasaanmu terhadap Kitab Allah azza wa Jalla? ’

Jawab Imam Shafie: ‘Kitab Allah Azza wa Jalla yang mana satu engkau tanya? kerana Allah Subhanahu wa Taala menurunkan beberapa buah kitab; 58 buah kitab ke atas 7 para Nabi as.

Allah turunkan ke atas Adam, Shith as 30 sahifah. Semuanya perumpamaan.

Allah turunkan ke atas Akhnukh (Nabi Idris) as 16 sahifah. Semuanya hikmah dan ilmu mengenai alam tinggi (al-Malakut al-A’la).
Allah turunkan ke atas Ibrahim as 8 suhuf. Di dalamnya kefardhuan dan Nazar.

Allah turunkan ke atas Musa as Taurat. Kebanyakannya amaran dan nasihat. Allah turunkan ke atas Isa as Injil, untuk menerangkan kepada Bani Israel perkara yang mereka perselisihkan dalam Taurat.
Allah turunkan ke atas Daud as kitab (iaitu Zabur). Semuanya doa dan nasihat.

Allah turunkan ke atas SayyidilBashar (ketua segala manusia) Muhammad saw al-Furqan. Ia menghimpunkan segala kitab terdahulu.

Allah Taala berfirman, maksudnya:
“ Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam” An-Nahl: 89

Dan firmanNya bermaksud:
“Alif, Lam, Raa. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijkasana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.” Hud:1

Khalifah Harun al-Rashid berkata: ‘Engkau telah menjawab dengan baik melalui huraianmu. Tetapi maksudku ialah al-Quran yang diturunkan ke atas SayyidilMursalin Muhammad saw yang diperintah Allah supaya kita menerimanya, dan memerintahkan kita supaya beramal dengan ayat muhkamnya dan beriman dengan ayat mutasyabihnya.’

Imam Shafie menjawab: ‘Ayat yang mana satu engkau tanya? Tentang muhkamnya, mutasyabih, nasikh atau mansukhnya? Kerana terdapat ayat itu hukumnya thabit sedangkan bacaannya diangkat; di antaranya bacaannya thabit dan hukumnya terangkat, atau engkau tanyakan aku tentang perbandingan dan perumpamaan yang Allah buat, atau beberapa kisah umat terdahulu.’

Imam Shafie terus menjawab dengan menyebut 73 bentuk…

Harun al-Rashid berkata: ‘Hei Shafie! Adakah ilmumu meliputi semua ini?’

Imam Shafie menjawab: ‘Wahai AmirulMukminin! Ujian terhadap orang yang bercakap ialah seperti api yang membakar perak. Ia akan menzahirkan yang mana baik, yang mana buruk.’

Harun al-Rashid berkata: ‘Aku tidak pandai mengulangi apa yang engkau sebutkan, tetapi aku akan bertanya tentangnya di majlis yang lain. Bagaimana pula penguasaanmu terhadap Sunnah Rasulullah saw?’

Imam Shafie berkata: ‘Aku mengetahui dari Sunnah itu apa yang keluar dalam bentuk wajib, tidak boleh meninggalkannya sebagaimana tidak boleh meninggalkan apa yang diwajibkan Allah dalam al-Quran, apa yang keluar dalam bentuk ta’dib, apa yang keluar dalam bentuk nadb (sunat), apa yang keluar dalam bentuk khas..yang tidak dimasuki oleh am, apa yang keluar dalam bentuk umum..yang termasuk di dalamnya khusus, apa yang keluar sebagai jawapan dari orang yang bertanya..tidak boleh selainnya untuk menggunakannya, apa yang keluar buat pertama kalinya…kerana banyaknya ilmu di dalam dada Nabi saw, apa yang dibuat khusus untuk dirinya dan menjadi ikutan orang tertentu dan awam, dan apa yang khusus untuk dirinya..lalu tidak dikongsi perkara itu dengan orang lain.’

Harun al-Rashid berkata: ‘Barakallahu fik (Moga Allah memberkatimu) wahai Shafie! Engkau telah menjawab dengan baik. Bagaimana pula penguasanmu terhadap Bahasa Arab?’

Imam Shafie menjawab: ‘Bahasa Arab itulah medan kami. Tabiat kami telah terbiasa dengannya. Lidah kami menuturinya. Bahasa Arab itu telah menjadi seperti kehidupan kami, ia tidak sempurna melainkan dengan keselamatan bahasa Arab. Aku dilahirkan tanpa mengenal lahn/kesilapan dalam bahasa Arab.’

Harun al-Rashd berkata: ‘Mudah-mudahan Allah membanyakkan di kalangan keluargaku orang sepertimu.’

Khalifah memerintahkan supaya diberikan 1000 dinar kepada Imam Shafie. Imam Shafie menerimanya. Khalifah ketawa, sambil berkata: ‘Alangkah bijaknya engkau, alangkah mendalamnya ilmu engkau. Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu…’

Khalifah memerintahkan khadamnya mengikut Imam Shafie supaya melihat apa yang dibuat oleh Imam Shafie terhadap wang tersebut. Imam Shafie membahagi-bahagikan wang tersebut sebekas sebekas hingga ia sampai ke satu pintu. Tidak ada bersamanya melainkan satu bekas wang lalu diberikannya kepada khadam Khalifah itu.

Khadam tersebut memberitahu perkara tersebut kepada Khalifah Harun al-Rashid. Al-Rashid berkata: ‘dengan inilah hemmahnya hilang dan kuatlah ujiannya (faragha hammuhu wa qawiat minnatuhu)

Komentar saya:
  1. Imam Shafie sememangnya seorang tokoh ternama dalam sejarah Islam. Sebagai beradab, jangan perlekehkan ketokohannya.
  2. Seseorang tinggi di sisi Allah kerana ilmunya, bukan kerana pangkat dan jawatannya.
  3. Penguasaan terhadap al-Quran dan Hadis adalah asas ilmu sebenar. Kalau kail hanya sejengkal di dalam bidang al-Quran atau Hadis, tolong jangan mendabik dada ( atau perasan) sebagai pakar atau hebat.
  4. Perkataan yang keluar dari mulut menjadi indikator kepada kredibiliti ilmu dan peribadi seseorang.
  5. Ketinggian ilmu si ulama yang benar tidak menjadikan ia buta hati terhadap ganjaran harta yang diberi.
  6. Pemerintah yang adil termasuk pemerintah yang meletakkan ulama pada tempatnya yang sebenar dan bersedia menerima pandangan ulama.
  7. Kebijaksanaan berucap ialah untuk menegakkan kebenaran, bukannya menunjukkan keegoan.
"
Blog Widget by LinkWithin