ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
03 January, 2008
02 January, 2008
Yakjuj Dan Makjuj
Salam..hanya nak berkongsi...disebalik mcm2 amaran Allah yang berlaku sejak akhir2 ni...mungkin bumi kita ni dah tua dan mungkin gak dh nk smpai penghujungnya...wallahua'alam..
Serba sedikit perihal yakjuj dan makjuj.................................................
Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih ada satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.
Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekaligus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul dihadapan manusia. Akan tetapi, ketika
makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa.
Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk yang dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!
Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi "pusat tahanan" Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.
Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalm perkara ghaib
yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar kiamat.
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya(API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia keturunan Nabi Adam AS.
Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Nafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.
"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96 dan 97", katanya
Allah berfirman menerusi ayat surah al-KAHFI ITU: "Kemudian dia(Zulkarnain) menempuh suatu jalan(yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati dihadapan kedua-dua gunung
itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
"Mereka berkata:"Hai Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat
dinding antara mereka?'
"Zulkarnain berkata: "Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan(manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi'.
"Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua(puncak)gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah(api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi(merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga(yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.
"Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku(kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar".
Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman: "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar(kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir(Mereka
berkata): 'Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim".
Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.
"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.
Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.
Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehigga kini tetapi dipisahkan daripada manusia oleh Allah SWT menerusi tembok yang dibina oleh Zulkarnain.
Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali
meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat.
Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.
Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kamatian Dajal yang dibunuh oleh Nabi isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka ikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.
"Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj: Baginda kemudia berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongn itu sehingga mati.
"Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi", katanya.
Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin dan mempertahankan akidah islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah keran mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiya di atas seperti firman-Nya:
"(Mereka berkata):'Aduhai, celakalah kami, sesunggunnya kami adalah dalam kalalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim".
Makanlah tauge
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya
Harga Proton BML
Gambar ada di post terdahulu : http://isuhangat.blogspot.com/2007/12/new-proton-2008.html
Proton New Saga BLM 1.3AT
M- line
OTR - RM39,998.00
Loan - RM35,900.00
D/Payment - RM 4,098.00
Monthly Payment (9 yrs) – RM451.80
Proton New Saga BLM 1.3MT
(M- line)
OTR - RM37,498.00
Loan - RM33,700.00
D/Payment - RM 3,798.00
Monthly Payment (9 yrs) – RM424.10
Proton New Saga BLM 1.3AT
(B-Line)
OTR - RM37,998.00
Loan - RM34,100.00
D/Payment - RM 3,898.00
Monthly Payment (9 yrs) – RM429.15
Proton New Saga BLM 1.3MT
M- line
OTR - RM37,498.00
Loan - RM33,700.00
D/Payment - RM 3,798.00
Monthly Payment (9 yrs) – RM424.10
Proton New Saga BLM 1.3MT
(B- line)
OTR - RM34,998.00
Loan - RM31,400.00
D/Payment - RM 3,598.00
Monthly Payment (9 yrs) – RM395.15
Can a family man with Salary RM3,000 survive in Malaysia
Let's do some simple calculations here.
In Malaysia , the average family income is RM3,000 /month
(where father works, mother doesn't).
I understand there are many families whose
monthly income does not reach RM3,000,
but, to make things simple,
let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?
Okay, let's start rolling with a family which has
Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....
Calculation starts...
Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)
Phone bill ( Telekom): RM100
Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)
Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 ... can eat what?)
Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)
Petrol (living in city, traffic-jam)
(go to work, bring son to school,
only can afford one car running)
Insurance: RM650
(kids, wife and myself)
House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs,
retired still have to work to pay!)
Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don't think so)
Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)
School fees: RM30
(enough ah?)
School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)
Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)
Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)
Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents, and etc...
Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM3,610 already...
EPF belum potong, income tax lagi........
How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???
Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?
How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?
Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month!
What is this? Inilah Malaysia Boleh...
No wonder so many Ah Loong around lah....
Kelas Mengaji Muqaddam/Al-Quran
Untuk lelaki dan wanita
Belajar daripada asas mengenal huruf sehingga membaca Al-Quran
*Tanpa Bayaran
Anjuran
DAR NURIL QURAN
PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN, IQRA', TAJWID DLL
Setiap sabtu
Bermula pada:-
8 September 2007
2.00-3.00 petang (wanita)
3.15-4.15 petang(Lelaki)
Bertempat di:
No. 43-1, Jalan 2/27F
Pusat Bandar Wangsa Maju
Wangsa Maju
53330 Kuala Lumpur
Keistimewaan pengajian:-
Belajar bermula daripada asas iaitu mengenal huruf, sebutannya
sehingga membaca Al-Quran, disamping mempelajari hukum tajwid.
Membimbing dan membantu pelajar dengan member latihan secara
teori
dan amali.
Menyediakan 'Lakaran minda tajwid' bagi memudahkan pelajar
mempelajari dan mengenal hukum-hukum tajwid
Kelas amal/kebajikan ini diadakan adalah untuk membuka minda dan
memperkenalkan kaedah atau cara belajar yang mudah untuk mempelajari
dan
mendalami bacaan Al-Quran.
Untuk keterangan lanjut , sila hubungi :
Ustaz Azhar/Ustazah Azreza
Tel: 03-42572302 @ 017-2987464
Where flight attendant rests...
Boeing 747-400
KLM Airline
Airbus A340
Boeing 777
SQ
Canada airline
and......... ..
AirAsia .....!?![]()
Ssssssshhh. ~~ Don't laugh too loud...
you might wake her up.. ~!!!
Jawatan kosong - Tutor
*Admin; iklan ini hanya relevan sementara sahaja iaitu dari tarikh post ini dikeluarkan.
‘Sayalah orangnya’ -- Pengakuan Menteri Kesihatan mengenai isu DVD seks libatkan ahli politik
| |
| PENGAKUAN... Chua Soi Lek menjelaskan mengenai pembabitannya dalam skandal seks dengan seorang wanita pada sidang akhbar di Labis, Johor, semalam. |
LABIS 1 Jan. – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka hari ini bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.
Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.
Soi Lek yang membacakan teks kenyataan pada sidang akhbar di pejabat MCA Labis di sini petang ini menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.
‘‘Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.
“Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya,” katanya.
Sidang akhbar pada pukul 4.30 petang itu penuh sesak dengan kehadiran wartawan serta para penyokong Soi Lek.
Menteri Kesihatan berusia 61 tahun itu tampil membuat pengakuan tersebut bagi menjelaskan kontroversi DVD pemimpin politik Johor yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda di sebuah hotel.
DVD hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu diedarkan secara percuma di Muar dan Batu Pahat oleh orang yang tidak dikenali dan pertama kali dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina pada Ahad lalu.
Turut hadir bersama 200 penyokong Soi Lek pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi MCA Labis, Tan Kok Hong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok dan ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha yang juga Pengerusi BN Labis.
Menurut Soi Lek, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk memohon maaf atas kontroversi itu.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ketiga-tiga pemimpin itu bagaimanapun menegaskan tetap akan menjalankan tugas sebagai menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan pemimpin MCA seperti biasa.
Bernama melaporkan Chua, yang akan menyambut ulang tahun ke-61 esok, diiringi isteri beliau, Datin Seri Wong Sek Hin ketika beliau menemui Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya semalam untuk menerangkan mengenai DVD tersebut.
Pada pertemuan itu, Soi Lek mengakui bahawa beliaulah orang dalam DVD itu yang dirakam dua tahun lepas.
Berikutan pertemuan itu, diputuskan bahawa Menteri Kesihatan berkenaan hendaklah menjelaskan perkara tersebut secara terbuka.
Ketika menjawab pertanyaan pemberita, Soi Lek menerima tepukan gemuruh daripada penyokongnya apabila beliau berkata: ‘‘Menteri berkhidmat atas kepercayaan yang diberi oleh Perdana Menteri.”
Beliau yang kelihatan tenang menjawab pelbagai soalan daripada wartawan, turut menafikan beliau sendiri bertanggungjawab merakam dan menghasilkan DVD tersebut.
Menurutnya, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting, namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas tetapi beliau enggan mengulas lanjut.
Beliau turut merayu media supaya memberikan beliau dan keluarganya sedikit ruang ketika menghadapi saat-saat getir tersebut.
Soi Lek berkata, beliau mengetahui mengenai rakaman itu pada Ahad lalu apabila seorang rakan memberikan salinannya.
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk membuat laporan polis, Soi Lek berkata: “Saya akan memikirkan perkara itu dengan serius.”
Beliau turut memohon maaf kepada rakan seperjuangan, penyokongnya dan rakyat Malaysia.
‘‘Saya juga berterima kasih kepada mereka yang prihatin dan mengambil berat dengan membuat panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.
Selepas sidang akhbar itu, beberapa pengikutnya turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan simpati kepadanya.
Sementara itu, Kok Hong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Johor berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada Soi Lek sebagai Ahli Parlimen Labis untuk mewakili kawasan Parlimen itu pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, kejujuran Soi Lek mengakui kesilapannya patut menjadi contoh kepada orang lain kerana belum ada pemimpin yang mengambil sikap berani dan sejujur beliau.
Kerja Kosong Kerajaan
Salam..................
Sahabat sila klik di sini untuk mengetahui tentang kekosongan jawatan di jabatan kerajaan:
Klik ; http://www.gov.my/MyGov/BI/Directory/Citizen/Home.htm
Terjumpa kabel curi di kemalangan maut
Jam0920.. terjumpa cable TM yang siap di bakar dalam bakul motorsikal yang kemalangan maut. di Batu 5 Jln Kluang Batu Pahat.
Dalam kemalangan tersebut motorsikal jenis Yahama LC langgar belakang lori JkL XXXX.
Seorang pemboncing maut dan seorang parah .Cable di jumpai dalan dua guni beratnya di anggarkan 60kg.
Moral: Minta dijauhkan mati dalam maksiat
Malaysia mengalami "Masalah 3G"
Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami "Masalah 3G" iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.
Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.
Trend obesiti yang serupa, katanya, turut melanda kanak-kanak.
Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk.
Kalau dulu mungkin orang yang gebu, gempal serta gemuk dikatakan sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana.
Gejala 3G sekarang sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak,? kata Soi Lek pada seminar kesihatan Masalah 3G dan Kesannya Kepada Kesihatan Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.
Soi Lek berkata, berbanding kajian serupa 10 tahun lalu, jumlah penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berlebihan berat badan adalah 16.6 peratus sementara kegemukan dianggarkan 4.4 peratus.
Beliau menambah, Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah kegemukan kedua tertinggi.
Tegasnya, pendidikan kesihatan yang betul amat penting kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, diabetes dan strok.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.
Kegemukan juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau "osteoartritis" yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka,? katanya.
Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan.
Sehubungan itu, Soi Lek mahu dua amalan asas dipatuhi oleh semua terutama kanak-kanak iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal mencukupi.
Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah 3G perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu,? katanya.
Soi Lek menambah, penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian
Koleksi pantun sengal
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti .
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke .
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan ..
Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya .
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau .
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap
Gara-gara Hindustan
Dua orang sahabat karib yang baru lepas menonton cerita Hindustan kat panggung wayang bertelagah tentang kehebatan hero filem tersebut. Semasa memandu kereta dalam perjalanan balik ke rumah pun mereka masih bertegang urat.
Ervina : Aku rasa Hirthik Roshan lagi hebat dari Shah Rukh Khan.
Aniz : Alaa... .Hirthik tu harap kan muka dan badan aje lawa, kacak, tapi lakonan masih 3 bintang ! Dengar tak ? Tiga bintang !!!
Ervinna : Eh, apa pun... .bagi aku Hirthik tetap hebat. Macho! Seksi lagi!
Aniz : No way... .Shah Rukh Khan tetap no.1!!!
Tanpa disedari, kerana asyik berpot pet... .pot pet... .kereta yang dipandu telah tersesat jalan. Kelam kabut dua orang gadis tersebut dibuatnya.
Setelah menyusur jalan hampir 15 minit, mereka akhirnya ternampak kelibat seorang tua berkopiah putih, berkain sarung, sedang menuntun basikal di pinggir jalan. Mereka bercadang bertanya lelaki tersebut dan kereta yang dipandu berhenti betul2 berdekatan lelaki tua yang nampak warak. Bersih wajahnya.
Ervina : Er... pakcik... boleh tumpang tanya...
Lelaki tua : Ye... ada apa yang boleh saya bantu anak berdua?
Ervina : Er... kami sebenarnya sesat jalan. Di mana kami berada sekarang.
(Lelaki tua kelihatan menggaru kepala)
Aniz : Aha pakcik... .di mana kami sekarang ?
Nak tau apa jawapan lelaki tua tersebut ?
Kalau korang nak tau lelaki tua tu dengan selambanya menjawab : 'Dalam kereta" dan terus berlalu dari situ dengan selambanya.
20 tips mendidik anak supaya cemerlang
Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . ? bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari ? ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak?
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi?
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga ? Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo? untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya ? ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali ? ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka ? jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam ? biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.
01 January, 2008
Komuniti Cyber Apsense
Sedikit penerangan mengenai Apsense ialah:
Anda tentu sahaja mempunyai akaun social network seperti Myspace, Friendster, High5, Yumie, Orkut dan lain - lain.
Ini peluang untuk anda untuk mencuba yang terbaru dan kelebihannya adalah anda dibayar sehingga USD$5.00 atau Ringgit Malaysia RM17.50 untuk setiap friend didalam network anda.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di: http://www.apsense.com
Kepada Internet Marketer, ini adalah peluang anda memasarkan produk anda ke seluruh dunia!
Selamat Maju Jaya
Iklan terbaru di blalang dot com
Iklan Bersama Blalang : Masih Harga Lama!!!
Permintaan Tinggi
PELUNGSUR INTERNET DUA BANDAR 'MINAT SEKS'
PETALING JAYA:
Para pelungsur Internet di Kota Bharu dan Kuantan mendahului senarai para pengunjung laman lucah di Malaysia, menurut Google Trends.
Istilah carian paling lazim yang mereka lakukan di Google ialah 'bogel', 'gambar bogel', 'seks Melayu' dan 'cerita seks', tambah Google Trends, penyedia khidmat penggunaan Internet oleh enjin carian dalam talian, Google.
Satu pemeriksaan oleh mStar Online, gerbang dalam talian Bahasa Melayu akhbar The Star, mendapati bahawa pengguna-pengguna Internet di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya lebih banyak menggunakan istilah carian 'bogel'.
Antaranya para pelungsur Internet di Kota Bharu sering menggunakan istilah carian 'sex' dan 'porn', manakala mereka di Batu Pahat, Petaling Jaya, Johor Bahru, Klang dan Shah Alam pula kerap menggunakan istilah 'Melayu bogel', menurut Google Trends.
Pakar psikologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Jas Laile Suzana Jaafar, menanggap perkembangan itu sebagai satu fenomena biasa - khususnya di Kelantan, yang mengamalkan dasar-dasar konservatif dalam hal-hal sensitif seperti isu keseksualan.
Namun, Dr Jas Laile juga berkata beberapa kajian menunjukkan bahawa mencari bahan-bahan seks dalam talian boleh mengakibatkan ketagihan.
Google Trends, dalam laman rasminya bagaimanapun berkata data itu tidak menunjukkan ukur tara tepat kerana ia sekadar mengana lisis sebahagian carian di Google. - Sunday Star.
Admin: Mereka yang dari bandar-bandar spt dinyatakan di atas jangan marah, ini dari statistik dan buktikan anda boleh tukar statistik tersebut dengan tidak mencari perkataan bogel,Melayu Sex,porn,melayu bogel,gambar bogel dan lain-lain perkataan lucah di carian google. Banyak lagi benda dan info berfaedah di internet yang kita boleh cari dan jangan jadikan teknologi IT untuk mencari sumber yang membawa kemudaratan fizikal dan mental. Sendrik mau ingat la bro! huhuhu

