ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
10 February, 2008
09 February, 2008
Cerita seram di Bukit Putus
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya
" Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini?
"Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??"
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu...
'' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak. Terkeluar dari mulutnya..''
Tapi hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya... seolah-olah takde apa yang berlaku.
Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni... seorang diri pulak tu...
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu... Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... Tiba-tiba... dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi .Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih... ditambah lagi dengan baju yang dipakainya... .
Dia pun beranikan diri dan bertanya..
''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat... ''
'' Saya ada kelas yasin... '' jawab perempuan tu
''Tapi.. putihnya lain macam aje... tak pernah pulak saya tengoknya ''
tanya lelaki tu lagi.
''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??''
'' Eyea... lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya... ''
'' Ehh takkan sampai seram... ''
"Pakai aje le Breeze colour baru!!!''
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje... ..
Wassalam.
Bijaknya Pak Pandir
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih 'kompius' sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"
Untuk diriku yang selalu lupa..
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Indeks Al-Quran
File yang mesti disimpan oleh orang Melayu Islam.Sebagai rujukan makna-makna ayat dalam Bahasa Melayu dan juga index Al-Quran
Muat turun Index Al-Quran Di sini
Kanak-kanak pun tahu undang-undang jalanraya
Koleksi lawak sengal
Rawatan Kecemasan
Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"
Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.
"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."Tak Romantik Langsung
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Kenapa tak ketawa
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
Konon nak berlagak
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.
diolog ayam vs lembu...
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
Hazelnut bersalut coklat
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."
07 February, 2008
Wikipedia Hina Nabi Muhammad
Posted on Wednesday, February 06 @ 20:08:12 MYT by greenboc
Oleh alexanderwathern
Ketawa melampau hilang ilmu
BANYAK ketawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal kita tempuhi kelak.
Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita menuju ke destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana, sama ada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika, tetapi di akhirat azabnya berterusan dan berkekalan.
Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.
Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur, demikian ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki bagi tempoh panjang.
Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.
Nabi pernah bersabda: Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.
Saidina Ali sentiasa mengeluh: ... jauhnya perjalanan... sedikitnya bekalan...
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud: Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan.
Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda tidak terbahak-bahak, tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Beberapa sahabatnya pernah berkata: Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.
Lawak hari ni
Tunggu anak
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven
PELAWAK
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. . lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan...
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..."
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan. ..
Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. .
"Cuba jawab 1253*254-45557+ (5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .
Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata...
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".
"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan..
Adik Nurul Aysha Safiya memerlukan keperihatinan kita
Panjang2kan la email nie....
moga2 dapat la bantu serba sedikit beban keluarga adik nurul......
Assalamualaikum,
Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal(4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).
Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt.... Wassalam!
Hulurkan bantuan anda kepada :-
Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul) Maybank Acc : 162 106 168 490
Hari ini dia susah, kita senang... esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua'lam....
Surat dari Kamunting
Mat Sah Satray Tue | Feb 05, 08 | 6:15:49 pm MYT | |
Menemui yang dikasihi anak Abah tersayang, semoga sihat sejahtera dan dipelihara Allah sentiasa. Amin. Suhaib, Abah di Kemta sihat, Alhamdulillah. Hari Selasa lepas, 29 Jan 2008, beberapa orang kawan Abah iaitu Terhamid, Ahmad dan Zakaria (semua dari Indonesia) telah dilanjutkan lagi penahanan mereka dari empat tahun kepada enam tahun. Pak Cik Yazid Sufaat, juga telah ditambah lagi dua tahun iaitu dari enam tahun kepada lapan tahun. Memang tension juga Abah memikirkan kisah pelanjutan penahanan ini, tetapi bila fakir pahala yang Allah janjikan...apalah sangat ujian seperti ini.Bila Abah baca buku pengalaman Zainab Al Ghazali yang disiksa di penjara Mesir, terasa malu pulak dengan ujian yang tidak seberapa ini. Suhaib, Kawan-kawan Abah, berebut-rebut nak baca buku Zainab Al Ghazali itu. Sesiapa yang membacanya memang terasa mendapat suntikan baru, menggantikan semangat yang semakin longgar. Tuan buku tu bernama "Harun dan Salina", mungkin mereka antara kawan-kawan Umi, dan harap dapat sampaikan ucapan terima kasih pada keduanya kerana sudi pinjamkan buku itu. Lain kali, kalau ada buku seperti itu, bawalah ke Kemta. Semalam, Selasa 30 Jan 2008, satu rombongan peguam telah datang ke Kemta. Salah seorang dari mereka ialah Pak Cik Bon(Edmund Bon), orang kuat Majlis Peguam. Ada ramai peguam India dan seorang peguam perempuan berbangsa Melayu. Peguam itu menceritakan pelbagai aktiviti hak asasi mereka dan juga kerja-kerja GMI. Sebelum bertemu tahanan "Jemaah Islamiyyah" (JI), Pak Cik Bon dan kawan-kawannya berjumpa 5 orang pemimpin Hindraf yang turut ditahan di Kem Kamunting ni. Peguam Edmund Bon minta pengesahan dari Abah sama ada hendak meneruskan Habeas Corpus (HC) atau tidak. Abah, Pak Cik Murad Sudin dan Pak Cik Sufian Saleh bersetuju HC tu diteruskan saja kerana, jika tidak buat apa-apa pun, kami akan terus ditahan juga di Kem. Jadi… lebih baik teruskan dengan HC, paling tidak pun, kes itu akan dedahkan kejahatan ISA. Insya-Allah, kami dapat pahala. Mungkin Suhaib dan Umi boleh tengok Surah Taubah ayat 120 dan cuba fahamkan maksud ayat itu. Selepas pertemuan itu, peguam telah belanja kami semua( tahanan yang bertemu peguam saja) makan tengah hari. Abah rasa, pertemuan hari ini, ada kelainan sedikit dari biasa. Pak Cik Bon ada sebut tentang pilihan raya yang semakin hampir. Abah harap pihak pembangkang tidak akan lupakan isu ISA ini. Suhaib, Abah sentiasa doakan Suhaib sentiasa bersabar dengan ujian ini. Abah rasa dah terlalu lama ketinggalan dengan urusan penghidupan di luar sana, terutamanya dalam membantu Umi mendidik Suhaib tentang aqidah dan akhlak. Abah selalu berpesan pada Umi untuk mengatur semuanya dengan sebaik mungkin. Abah hanya mampu mendoakan saja dari penjara ini. Salam Sayang buat Suhaib dan Umi. Abah, Mat Sah Satray, 12.15 pagi, 1 Feb 2008. Kem Tahanan Perlindungan. |