adsense

02 May, 2008

Muffin Cicak Hi5





Peh hangat nih...

Dari email yg diterima, berikut adalah kandungan email tersebut:

Assalamualaikum..

apa yang anda lihat ini bukan fantasi tapi realiti. seringkali kita mendegar keraguan tahap kebersihan roti high 5 (bukan ke silverbird tu??). kini, satu lagi bukti mampu meyakinkan kita betapa pengeluar roti ini tidak peka dengan aspek kebersihan.

terjadi di Stsesen Petronas Bandar Muadzam Shah, Pahang. seorang pelanggan telah membeli mini muffin jenama high 5 pada 24 April 2008. beliau terkejut apabila menjumpai seekor cicak yang hampir hangus di atas muffin coklat tersebut. bayangkan jika tak perasan terus ke mulut. ianya terjadi kepada seorang pakcik. apalah yang dia tahu untuk buat aduan. sekadar memulangkan kepada pihak kami.

oleh yang demikian, pihak kami berasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini kepada semua. keburukan perlu didedahkan agar tiada lagi menjadi mangsa.



fatimah
koperasi serbaguna dara berhad
muadzam shah
pahang.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Technorati Tags: , , ,

Tags created with Ukion Tag Generator

01 May, 2008

Bertaubatnya Seorang Pondan !












Kisah pilu ini baru sahaja diceritakan padaku sebentar tadi. Ketahuilah kamu bahawa kisah ini adalah kisah benar... memang benar dan tidak ada yang benar melainkan benar-benar belaka ... cuma ..nama dan wataknya sahaja telah ditukarkan agar tidak menyinggung perasaan mereke-mereka yg terbabit especially VIP-VIP yang tengah dok kecut perut selepas kes Norrita !!!


Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator cum penyambut tetamu.


Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.


Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah ... lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari ... apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir ... macam-macam ada ... Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan ... takut-takut ada yang patah hati nanti ...


Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya ..tak sama line lah braderrrr..


Hari demi hari berlalu dengan pantas ... kehidupan kotaraya makin mencabar ... kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan ... kes jenayah makin menjadi-jadi ... rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya yang telah vogue gitu ...


Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya..dan rambut al-ala Norrita..Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan ke'Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 360 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula berdebar ... namun Ayob masih maintain machonya


Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .


Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenarnya nak bertaubat.. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf ... TAUBATTTTT ... aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun sorat habag macam dot dot dot tu .... isk isk isk huaaaaaa ... .


Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan. alhamdulillah ...


Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat .. Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali ni habis-habisan. Aku akan ... jeng..jeng..jeng ... .. .
... ...
... ...
... ...
... ...
... ...
pakai tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What do u thing Ayob ?


Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah... ... ..( Ingat taubat betoi-betoi )

Ayat Seribu Dinar Sebagai Penangkal???





Dilulus terbit pada Wednesday, April 30 @ 20:33:41 MYT oleh greenboc
Oleh dreamkiller


"
Ayat Seribu Dinar (ath-Thalaq, 65: 2-3) Sebagai Penangkal???


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا



“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(ath-Thalaq, 65: 2-3)


Beberapa hari yang lalu saya ada menulis sebuah artikel yang agak panjang, bertajuk: “Meraih Keberkatan Dari Iman & Taqwa” dan di dalamnya saya ada ulas berkenaan ayat al-Qur’an yang digunakan sebagai pelaris atau penangkal yang mana saya sebutkan di dalam artikel tersebut sebagai kerap di-amalkan oleh pemilik restoran dan gerai-gerai makan tertentu.


Ada yang bertanya, “ayat apa yang dimaksudkan?” Emm, harapnya tidaklah bertanya kerana hendak mengamalkannya pula ye...


Kepada yang bertanya, ayat tersebut adalah sebagaimana di atas bermula dari penghujung ayat kedua dan sehingga habis ayat ketiga surah ath-Thalaq. Sebenarnya tidak juga terhad kepada ayat itu yang saya maksudkan, kerana ada juga dari kalangan mereka yang menggunakan ayat al-Kursi untuk digantung bagi mencapai maksud mereka. Namun, hanya saja ayat dari surah ath-Thalaq ini yang mana mereka gelarkan sebagai "Ayat Seribu Dinar" cukup mendapat tempat bagi tujuan dan maksud mereka.


Ayat ini sering disalah guna oleh pelbagai pihak dengan tujuan semoga perniagaan dan jualan yang mereka jalankan sentiasa beroleh keuntungan dan jauh dari kerugian. Kaedah yang mereka gunakan adalah dengan menggantungkannya di sebahagian tempat-tempat tertentu dari bahagian kedai atau restoran-restoran mereka. Malah ada sebahagiannya yang sanggup berhabis ratusan ringgit bagi mendapatkan struktur ayat yang lengkap dengan frame dan seni tulisan tertentu.


Walhal, apa yang sebenarnya mereka lakukan itu adalah suatu perbuatan yang menyalahi sama sekali tujuan penurunan al-Qur’an kepada kita. Dalam banyak tempat, Allah menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah sebagai huda (petunjuk), al-Furqon (pemberi peringatan), penjelas (mubin), busyro (berita gembira) dan juga rahmat? (Rujuk: Pengantar Studi Ilmu al-Qur’an, m/s. 19-23) Bukannya sebagai penangkal dan pelaris. Jika benar perbuatan itu adalah suatu yang haqq, maka bawakan contohnya (bukti/penjelasan) dari Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat beliau yang memperlakukan hal seperti itu.


Tidakkah mereka memahami maksud ayat yang mereka ambil tersebut? Ia tidak lain adalah ditujukan kepada orang yang bertaqwa atau yang hendak bertaqwa. Bukan mereka yang cuba berlaku syirik dengan percaya kepada karut-marut dan tangkal-tangkalan. Manakala penisbahan kalimat “Ayat Seribu Dinar” ke atas ayat tersebut itu sendiri, entah dari mana datangnya. Kalau ada rujukan hadisnya, nak tahu juga saya.


Berikut saya utarakan beberapa hadis yang melarang keras mereka yang cuba bermain dengan tangkal dan azimat. Tidak kira sama ada tangkal itu dijadikan daripada al-Qur’an atau pun bukan al-Qur’an ianya tetap bernama tangkal dan tetap haram dan syirik menurut maksudnya.


"Sesungguhnya jampi mentera (tamaim), tangkal dan guna-guna itu perbuatan yang syirik". (H/R Ibn Majah (3521) at-Tibb. Ahmad (3433) Musnad. Abu Daud (3385) at-Tibb)


"Sesiapa yang memakai (mengantung) tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan". (H/R Turmizi (1998) at-Tibb. Nasaii (4011) Tahrimul ad-Dam)


"Sesiapa yang memakai (bergantung kepada) sesuatu (tangkal, azimat pendinding) maka dia telah bertawakkal dengannya. Allah akan menyerahkan urusannya kepada sesuatu itu". (H/R Turmizi dan al-Hakim)


"Barangsiapa yang memakai sesuatu (tangkal, azimat atau pendinding) maka ia telah mewalikan atau bertawakal kepadanya". (H/R Ahmad (18035) Musnad al-Kufiyyin)


"Dari Isa bin Abdulrahman berkata: Kami melawat Abdullah bin 'Ukaim dan dia sedang sakit maka dikatakan kepadanya: (Ada baiknya) jika engkau memakai sesuatu (tangkal). Maka beliau berkata: Apakah aku akan memakai sesuatu (tangkal) sedangkan Rasulullah saw telah bersabda : Sesiapa yang telah memakai sesuatu (dari jenis tangkal) maka dia telah bertawakkal kepadanya". (H/R Ahmad (18030) Musnad. Turmizi (1998) at-Tibb)


"Sesiapa yang menggantung (memakai) tangkal maka ia telah melakukan kesyirikan." (H/R Ahmad (16781) Musnad)


Islam telah mengharamkan setiap mukmin menyeru selain Allah untuk meminta pertolongan yang melibatkan perkara-perkara yang ghaib. Begitu juga Islam mengharamkan para mukmin dari menggunakan tangkal, azimat, pendinding atau yang seumpamanya kerana benda-benda tersebut tidak akan memberi faedah atau sebarang kesan kepada penggunanya sebagaimana penjelasan Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui firman-Nya:


"Katakanlah! Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai pelindung) selain Allah mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah di langit dan di bumi dan mereka tidak memiliki suatu saham pun dalam (urusan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya". (Saba', 34: 22)


Sekiranya Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan bahaya, kemudaratan dan bala ke atas mereka yang memakai tangkal, azimat atau pendinding, mereka tidak akan dapat menjadikan benda-benda tersebut sebagai pelindung sebagaimana yang mereka sangkakan.


Firman Allah:

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada kamu, maka tiada yang berkuasa menghilangkannya melainkan Allah dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada kamu, maka Dia Maha Kuasa di atas sesuatu". (al-An’am, 6: 17)



Kesimpulan:

1 – Beramal-lah dengan ayat-ayat al-Qur’an dengan cara yang betul, dengan ilmu, membaca, dan berusaha memahami serta mempelajarinya.


2 – Apa yang disarankan melalui ayat surah ath-Thalaq, 65: 2-3 itu sendiri meminta kita untuk bertaqwa dan Allah akan memberi ganjaran rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka serta akan membantu mereka yang bertaqwa dengan mencukupkan keperluannya.


3 – Ayat al-Qur’an bukan bahan untuk dijadikan sebagai tangkal dan alat pelaris. Malah perbuatan mempercayai tangkal itu sendiri termasuk ke dalam hal yang syirik dan berdosa besar.


4 – Langkah terbaik untuk meminta pertolongan adalah dengan cara berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha Pemberi Rezeki. (Rujuk al-A’raaf: 180, az-Dzariyat: 58, dan al-Baqarah: 186) Di samping sentiasa berusaha menggandakan usaha dan mempelbagaikan strategi pemasaran/perniagaan yang betul.


Wallahu a’lam...



Sumber: http://bahaya-syirik.blogspot.com/"

Gambar Perkahwinan Khai & Rosma





Selamat Pengantin Baru Khai dan Rosma (AF1)


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ibu





Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.



Tapi Ibu sudah tiada. ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Lawak Antarabangsa





KAYA 7 KETURUNAN
Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".

Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"

Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".


MISTERI

Satu hari Chot terbangun malam. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik
air. Chot sungguh terkejut bila lampu tu terbuka sendiri.

Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun
menceritakan hal yang terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam
sendiri.

Bini Chot yg dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti ais...???

Wallpaper burung






The image

The image

http://i28.tinypic.com/apcx9g.jpg

Seminar Perniagaan Internet Bersama 5 otai





Tinggal 1o hari sahaja lagi!

Anda berminat untuk menambah pendapatan?
Anda berminat perniagaan internet?
Betul ke perniagaan hanya satu momokan sahaja?
Mudah ke nak jadi jutawan internet?
Ada ke jalan pintas untuk memulakan perniagaan internet?

Adakah soalan-soalan di atas adalah persoalan yang berlegar-legar di minda anda? Sama dengan saya, persoalan di atas bermain di minda saya pada 2 tahun yang lepas.

Ikutilah pengalaman saya sendiri semasa memulakannya.

1. Terfikir untuk cari duit tambahan setelah membeli kereta Honda Jerung terpakai :) dan merasa membuang masa dengan akses ke internet setiap hari tetapi takde masyukk

2. Membuang masa dan duit dengan menyertai program MLM, HYIP, klik banner, email berbayar, paid survey dan sebagainya tetapi keputusannya HAMPEH.

2. Terpaksa tidur jam 4 pagi berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan maklumat-maklumat cari duit di internet seperti affiliate, jual ebook, auto responder,paypal,SEO, google adsense, membuat blog dan sebagainya.

3. Terpaksa membuang masa melayari blog-blog usahawan internet yang telah berjaya untuk belajar.

4. Kos membeli ebook-ebook berkaitan, masa, melabur dalam perniagaan internet termasuk sewa streamyx dan sebagainya hampir RM1000 sepanjang masa tersebut.

5. Tak tau step mana mulanya dengan step by step, akhirnya hasilnya kelam kabut.

Akhirnya saya rasa menyesal kerana alangkah baiknya saya menghadiri seminar pernigaan internet kerana:

- Jalan pintas
- Dapat membuat relationship dengan mereka yang dah otai dan sesama IM
- Personal coaching dari Mentor
- Sekali bayar dah dapat langkah-langkah yang teratur step by step
- Mendapat nasihat yang sepatutnya dari pengalaman mereka.

Walaupun sudah masuk tahun ketiga saya menceburkan diri dalam perniagaan internet dan sudah mendapat 4 angka sebulan saya masih tidak berpuas hati lagi dan apabila saya di jemput untuk menghadiri seminar bersama 5 orang otai perniagaan internet yang telah mendapat 5 angka sebulan dan juga merupakan idola saya iaitu:

1. Gobala Krishanan
2. Alang
3. Syed Ikhwan
4. Yusri
5. Fuad Latif

Saya terus tak membuang masa mendaftar kan tempat kerana saya rasa berbaloi dengan jumlah wang yang dikeluarkan..

Kalau anda ingin lebih tau berkenaan seminar berkenaan, sila klik banner di bawah

klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Jangan berfikir panjang lagi untuk join seminar tersebut kerana hanya tinggal 10 hari sahaja lagi seminar tersebut akan diadakan .

Jom jumpa di sana!!

Apa tu??






Free Image Hosting at www.ImageShack.us

4 ibu ayam mandi telanjang (18+)





Memang hangat gambar ni...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

30 April, 2008

Berita Bio-Asli





Berita untuk ahli MLM Bio-asli dan juga kepada bakal-bakal ahli .Saya jarang join MLM ni, cuma bio-asli ni saja suka-suka kerana saya suka dengan produk orang kampungnya tu. Beli untuk kegunaan keluarga ja.

Ni ada Plan terbaru dari Bio-Asli. Yang dah join tapi belum jadi ahli VIP tu, buat ler pembelian. Saya cadangkan produk ni:



onik Rambut Kelapa Dara Lelaki POLO
Tonik Rambut Kelapa Dara Wanita HUGO

Kod: T-POLO Saiz = 100ml RM35.00

RM25 utk ahli

Kod: T-HUGO Saiz = 100ml RM35.00

RM25 utk ahli


Klik link di bawah untuk maklumat lanjut

http://www.bio-asli.com/

PELAN B : KOMISYEN 20 LEVEL& HADIAH SECARA WORLD POOL ( GANDAAN 2 SEHINGGA 10 LEVEL)

1- BERKENAAN PELAN B SISTEM WORLD POOL- KOMISYEN 9 LEVEL
1) Syarat kelayakan untuk mendapat komisyen ini adalah telah membuat belian minimum sekurang-kurangnya 1 set produk.
2) Komisyen ini diambil dari margin keuntungan (profit sharing) syarikat sebanyak RM15.00 per belian dan diagihkan kepada 9 level ahli (RM1.50 setiap ahli).
3) KOmisyen Belian Awal bermaksud komisyen yang diberikan kepada ahli yang membuat belian dan bayaran terawal pada masa bertuah. Ia akan diletakkan dikedudukan teratas dan diikuti oleh ahli yang membuat belian berikutnya.Komisyen sistem world pool ini digerakkan secara auto placement dan disusun secara matrik gandaan 2 hingga 9 level. Apabila komisyen ini cukup 9 level = 1023 orang yang membuat belian, komisyen akan dibubarkan dan seterusnya membentuk level komisyen world pool yang baru.
4) Tanpa ada downline pun anda akan mungkin layak mendapat hadiah RM1.50 dari setiap belian puluhan ribu ahli Desaku sehingga 9 level untuk setiap akaun world pool anda. Maksimum pendapatan 1 akaun RM1522.00, jika anda membeli 3 kali (3 akaun) dan kebetulan anda disusun no. 1, 2 dan 3 = RM1533 + RM765 + RM765 = RM3063.00 komisyen world pool anda.
5) Setiap belian tersebut anda layak secara automatik mendapat komisyen penajaan 9 level, komisyen ini akan disatukan di dalam akaun komisyen anda.
6) Sistem world pool ini mampu menjana pendapatan yang tidak diduga, bergantung pada bilangan ke berapa anda membuat belian.
JADUAL KIRAAN HADIAH - WORLD POOL
Level Jumlah Ahli Beli Ranking Ahli Beli Kadar komisyen (RM) Hadiah KOmisyen (RM) Jumlah Komisyen (RM)
1 1 1533.00
1 2 2 - 3 1.50 3.00

765.00

2 4 4 - 7 1.50 6.00 381.00
3 8 8 - 15 1.50 12.00 189.00
4 16 16 - 31 1.50 24.00 93.00
5 32 32 - 63 1.50 48.00 45.00
6 64 64 - 127 1.50 96.00 21.00
7 128 128 - 255 1.50 192.00 9.00
8 256 256 - 511 1.50 384.00 3.00
9 512 512 - 1023 1.50 768.00 1.50
Jumlah 1023 15.00 RM1553.00
Jumlah komisyen tempat 1 = RM1533.00
Jumlah komisyen tempat 2 hingga 3 = RM765.00
Jumlah komisyen tempat 4 hingga 7 = RM381.00

Dan seterusnya...

2- PELAN B : SISTEM SPILL OVER 5 KOMISYEN 20 LEVEL ( NOTA : DOWNLINE ANDA KEKAL SEPERTI PLAN A )

KELEBIHAN PELAN PEMASARAN B (SISTEM SPILL OVER 5 - KOMISYEN 20 LEVEL):

1) Layak menyertai komisyen world pool gandaan 2 sehingga 9 level (automatik)

2) Mendapat komisyen penajaan sehingga 20 level (generasi)

3) Kiraan komisyen berdasarkan formula berikut : set harga barang x % komisyen 20 level.

4) Belian bijak kerana terdapat tawaran potongan harga yang lebih menarik.

KADAR KOMISYEN DAN SYARAT BELIAN ANDA

Komisyen 10 level - Syarat belian RM60

Komisyen 20 level - Syarat belian RM120

BAGAIMANA PROGRAM INI MENJANA PENDAPATAN ANDA
Kiraan pendapatan anda sebulan:
Contoh kiraan komisyen anda sebulan dengan membeli 1 set produk RM60.00 dan anda mempunyai 5 orang downline bagi setiap level dengan setiap ahli membeli RM60.00
Pendapatan anda Maksimum 5 cabang setiap level % komisyen Komisyen RM
Untung runcit anda RM10.00
Kom. peribadi belian-anda 1 2.50% 1.50
Kom. promosi 1 bintang 5 2.50% 7.50
Kom. promosi 2 bintang 5 2.50% 37.50
Kom. promosi 3 bintang 5 1.50% 112.50
Kom. promosi 4 bintang 5 1.50% 562.50
Kom. promosi 5 bintang 5 1.50% 2812.5
Jumlah RM3,607.50
Kom. promosi 6 bintang 5 0.25% 2,343.75
Kom. promosi 7 bintang 5 0.25% 1,1718.75
Kom. promosi 8 bintang 5 0.25% 58,593.75
Kom. promosi 9 bintang 5 0.20% 234,375.00
Kom. promosi 10 bintang 5 0.20% 1,171,875.00
Jumlah RM1,482,438.75
Kom. promosi 11 bintang 5 0.20% 5,859,375.00
Kom. promosi 12 bintang 5 0.15% 21,972,656.25
Kom. promosi 13 bintang 5 0.15% 109,863,281.25
Kom. promosi 14 bintang 5 0.15% 549,316,406.25
Kom. promosi 15 bintang 5 0.10% 1,831,054,687.50
Jumlah RM2,519,548,845.00
Kom. promosi 16 bintang 5 0.10% 9,155,273,437.50
Kom. promosi 17 bintang 5 0.10% 45,776,367,187.50
Kom. promosi 18 bintang 5 0.05% 114,440,917,968.75
Kom. promosi 19 bintang 5 0.05% 572,204,589,843.75
Kom. promosi 20 bintang 5 0.05% 2,861,022,949,218.75
Jumlah komisyen anda sebulan RM3,605,119,646,501.25

Senarai panggilan hormat dan tatacara pengacara majlis





Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.


Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.


Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia


Pantang Larang

Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

Makan Tahi Hidung?





Jangan abai solat berjemaah





Apakah kedudukan masjid dalam Islam dan kelebihan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi?

Shaikh Ismail: Masjid adalah tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Ia juga adalah salah satu daripada syiar agama kita yang Maha Agung ini.

Malah ada hadis yang menyebut, "bandar yang di dalamnya terdapat lebih banyak masjid daripada gedung perniagaan adalah lebih diberkati".

Tentang Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ini, Rasulullah SAW bersabda: Pahala solat di masjidku ini adalah 1,000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat Jabir bin Abdullah r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Solat di masjidku ini lebih afdal dari 1,000 solat di masjid lainnya kecuali masjid Haram, dan solat di masjid Haram lebih afdal dari 100,000 solat di masjid lainnya". (riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

Dalam ayat 35 surah al-Hajj dijelaskan bahawa apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka. Bagaimana nak mencapai tahap ini?

SHAIKH ISMAIL: Ini adalah antara ciri tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah di akhirat kelak. Iaitulah orang yang sentiasa menunggu-nunggu waktu solat yang akan datang setiap kali selepas selesai solat.

Untuk mencapai tahap begini, ia perlukan kepada didikan dan asuhan sejak kecil. Dalam hal ini, peranan ibu bapa sangat penting. Anak-anak hendaklah sentiasa dididik melalui pendekatan dakwah bil hal iaitu melalui contoh oleh ibu bapa.

Jika ke masjid jangan lupa bawa bersama anak-anak. Kerah mereka jangan pula hanya ibu bapa ke masjid anak-anak dibiarkan di rumah.

Kalau di sekolah, guru-guru boleh memainkan peranan. Wajibkan mereka solat berjemaah di surau atau masjid di institusi pengajian tinggi pun serupa. Lagipun, mereka yang berjaya selalunya adalah golongan yang istiqamah dalam ibadat terutama solat berjemaah.

Didikan yang berterusan pada usia kanak-kanak selalunya berjaya memupuk budaya cintakan masjid. Sebab itu, ada kejayaan sekolah-sekolah berasrama dalam membentuk remaja yang kekal solat berjemaah di masjid atau surau.

Salah satu perkara yang terus menjadi perbahasan ialah mengasingkan kanak-kanak daripada bapa semasa solat. Ini adakalanya menjadi penghalang proses mentarbiah anak-anak ke masjid. Apakah pendekatan terbaik dalam hal ini?

SHAIKH ISMAIL: Kaedah fikah telah menetapkan kedudukan saf dalam berjemaah iaitu lelaki, kanak-kanak dan kemudian wanita. Ini bermakna kita mengalu-alukan kanak-kanak datang berjemaah.

Ibu bapa pula perlu memberi nasihat kepada anak masing-masing supaya menjaga adab dan disiplin di masjid agar tidak mengganggu jemaah lain beribadat. Barangkali umur paling sesuai membawa anak ke masjid ialah 7 tahun sebagai mana hadis Rasulullah yang menyuruh ajarkan anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun.

Kalau masih terlalu kecil, elok mereka dilatih di rumah dahulu tentang adab solat berjemaah dan tidak bising semasa kita solat.

Kita sentiasa mengalu-alukan ibu bapa yang membawa anak-anak yang sudah diasuh tentang adab dan tingkah laku berada di majlis. Apa yang menjadi masalah kepada para pegawai masjid ialah sikap sebilangan ibu bapa yang lepas tangan dan biarkan sahaja anak mereka berlari-lari membuat bising di masjid.

Banyak masjid kini menyediakan pelbagai program ilmu sama ada fardu ain atau fardu kifayah. Malah kita juga suka kalau anak-anak datang bermain di kawasan masjid seperti main bola, sepak takraw. Cuma mereka mestilah menutup aurat dan apabila masuk waktu solat hendaklah sama-sama tunaikan solat secara berjemaah.

Pendekatan sebegini lama-kelamaan akan menarik mereka sentiasa mahu berdamping dengan rumah Allah dan bukannya menjauhkan diri daripada masjid.

Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda, Dan dari Aisyah r.a ia berkata, Saya melihat Rasulullah menutupi saya waktu saya melihat orang Habsyah bermain (pedang) di masjid. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau kita lihat di Masjidil Haram atau Nabawi, jemaah boleh beriktikaf malah tidur di dalamnya. Adakah jika masjid-masjid kita turut membenarkan perbuatan ini boleh menarik lebih ramai mengunjunginya?

SHAIKH ISMAIL: Masjid di negara kita pun memang benarkan tidur untuk beriktikaf. Cuma jangan sampai ada yang mengambil kesempatan disebabkan contohnya ada pendingin hawa maka dia datang ke masjid lalu tidur.

Kita suka kalau ramai yang beriktikaf di masjid, baca al-Quran dan tunaikan solat-solat sunat setidak-tidaknya tahiyatul masjid. Itu memang bagus.

Lagipun di Masjid Negara ini kita sentiasa menerima lawatan pelancong, jadi kalau umat Islam sentiasa ramai yang beriktikaf dan solat tahiyatul masjid, barulah ada adab berada di rumah Allah.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, Apabila seseorang di antara kamu masuk ke masjid, maka janganlah ia duduk sebelum ia solat dua rakaat. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Bolehkah datuk jelaskan ayat 18 surah at-Taubah Allah jelaskan kriteria orang yang memakmurkan masjid?

SHAIKH ISMAIL: Ayat itu bermaksud, Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 18)

Antara faktor yang boleh mencapai tahap ini ialah menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau. Solat berjemaah juga menjadikan kita lebih peka kepada rakan-rakan. Contohnya, apabila ada di antara rakan yang tidak hadir berjemaah maka kita akan bertanya di manakah beliau, adakah sihat atau sakit dan sebagainya.

Cuma yang nak saya sebutkan di sini ialah majoriti umat Islam di negara kita menunaikan solat. Apa yang kurang diamalkan ialah solat berjemaah. Kita sering lihat orang Islam solat di pasar raya semasa membeli-belah, di kawasan rehat dan rawat lebuh raya dan juga di lapangan terbang.

Sayangnya, mereka pilih untuk solat bersendirian sedangkan solat berjemaah itu pahalanya 27 kali ganda berbanding solat sendirian. Tambahan pula, solat berjemaah itu hukumnya fardu kifayah.

Kalau kita lihat masyarakat Islam dahulu, mereka berkorban untuk mengimarahkan masjid dan surau. Masjid dahulu kedudukannya agak jauh dari rumah dan hanya menggunakan pelita atau lampu ayam. Orang tua-tua dahulu pun majoritinya tidak mempunyai kenderaan tetapi mereka tetap berusaha datang berjemaah.

Kini majoriti kita lebih mewah berbanding masyarakat dulu. Masing-masing mempunyai kenderaan baik motosikal atau kereta. Jadi, tiada alasan untuk kita tidak ke masjid solat berjemaah. Malah, Allah juga telah berjanji bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk jalan-Nya akan diganti.

Lagipun, kalau bersendirian, adakalanya datang rasa malas untuk solat pada awal waktu. Sebaliknya apabila berjemaah bukan sahaja kita solat di awal waktu tetapi kita juga lebih khusyuk. Selepas solat, kita boleh pula melakukan ibadat sunat yang lain seperti solat sunat atau membaca al-Quran.

Datuk Shaikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara

Gambar gadis menjolok mata





Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Blog Widget by LinkWithin