adsense

08 May, 2008

Cina campur Bai





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


Ada murid ini nak isi borang kat sekolah. Semua dia boleh isi kecuali ruangan 'Bangsa'.

Pasal dia nie berdarah kacukan. Lepas tu dia pikir... bapa dia orang cina.

Mak dia pula orang Baii (Bengali ye). Maka, dengan sesegera mi segera 2-minit Maggi, dia pun tulis lah ……..


Tak percaya…???korang tgklah gambar nie……


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

07 May, 2008

Bahan-bahan haram selain khinzir





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan



Indah...





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


Indah nama kerana "sebutan"
Indah budi kerana "sopan"
Indah otak kerana "keintelektualan"
Indah orang kerana "kecantikan"
Indah mulut kerana "perbahasan"
Indah mata kerana "jelingan"
Indah pipi kerana "kegeburan"
Indah bibir kerana "kemuncungan"
Indah gigi kerana "jongang"
Indah tangan kerana "ketangkasan"
Indah kaki kerana "kepantasan"
Indah lutut kerana "kebulatan"
Indah siku kerana "ketajaman"
Indah sendi kerana "tulang"
Indah suami kerana "kewangan"
Indah isteri kerana "kemanjaan"
Indah boy fren kerana "kehenseman"
Indah girl fren kerana "kecomelan"
Indah baju kerana "jahitan"
Indah tudung kerana "pemakaian"
Indah buku kerana "tulisan"
Indah kayu kerana "ukiran"
Indah bangunan kerana "rekaan"
Indah tangga kerana "susunan"
Indah longkang kerana "kebersihan"
INDAH WATER" kerana "JAMBAN"

Lawak pendek





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Lawak 1

Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.


Lawak 2

Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya... .

Karpal derhaka kepada Sultan





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Di media perdana, masing-masing menunjukkan kecaman terhadap Karpal Singh berkenaan menghina intistusi Raja di Malaysia .Malah ada yang mencadangkan akta ISA dikenakan terhadap Karpal.



Saya bukannya nak membela Karpal, secara peribadi walaupun saya penyokong PR tapi dengan Karpal ni memang geram juga bila dia membantah secara terang mengenai Negara Islam.

Tapi jika dilihat isu DERHAKA ni secara keseluruhan.Kenapa isu istana Trengganu dulu media perdana tidak mengatakan Idris Jusoh derhaka ?

Dan juga lupakah media perdana terhadap gambar di bawah? Apa cerita ni? Kenapa senyap je ? Dah tutup ke kes ni? Tau ke siapa punya angkara? Dah kena ISA ke? Mana dia pemimpin yang Melayu la sangat tu...?

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 01








Tak semua Melayu mudah lupa...

Wudhu'





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Ketika
Niat
Penjelasan
1. berkumur
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. membasuh muka
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. membasuh tangan kanan
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .
4. membasuh tangan kiri
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. membasuh kepala
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. membasuh telinga
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. membasuh kaki kanan
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. membasuh kaki kiri
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?


Wallahualam..

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Wallahualam..

ingatlah org yang anda sayang





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Dari kejauhan,lampu lalulintas disatu persimpangan itu masih menyala
hijau.Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau
terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lenggang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.


Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang,
haruskah ia berhenti atau terus saja.'Ah, aku tak sempat untuk memijak
pedal break mendadak,' fikirnya sambil terus memandu laju.


Prit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya
berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat
dalam
hati.Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak
terlalu asing baginya.

Hey,itu kan
Usof, teman sepermainannya semasa di sekolah menengah duhulu. Hati Harun agak lega. Ia melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.


'Hai, Usof. Gembira sekali saya bertemu kau...............'

'Hai, Harun.' Tanpa senyum.

'Aduh, saya ni sebenarnya nak cepat sangat nih.Saya memang agak terburu-buru.Isteri saya sedang menunggu di rumah.

'Oh ye ke?' Nampaknya Usof agak ragu.

' Ye la Sof,hari ini isteriku menyambut ulang tahun kelahiran. Dia dan
anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu '

'Saya faham. Tapi,sebenarnya kami sering memperhatikanmu melintasi lampu merah di persimpangan ini.'

Ooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun mesti ganti strategi. 'Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar lampu merah.
Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.' berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.


'Ok Run. Sebenarnya i melihatnya dengan jelas.Tolong keluarkan lesen dan
kad pengenalan.

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan
kad pengenalan lalu masuk ke dalam
kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Usof menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Usof mengetuk kaca
keretanya.Harun memandang wajah Usof dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca jendela itu sedikit.


'Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman.'


Tanpa berkata-kata Usof terus kembali ke tempat dia bertugas Harun mengambil
surat saman yang diselipkan Usof
di sela-sela kaca kenderaan. Tapi,hei apa ini. Ternyata lesen
memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota
yang berisi tulisan tangan Usof.


'Run, Tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu
isteri dan memeluk ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa
itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.Beberapa kali aku
cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri pemandu seperti pemandu
itu. Maafkan aku Run. Doakan agar aku memperoleh ganti semuanya.
Berhati-hatilah ketika memandu Run' - Usof


Harun terhenyak. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Usof.Namun, Usof sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.Sepanjang jalan pulang ia
memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya
dimaafkan.

Tak selamanya pengertian k ita harus sama dengan pengertian orang lain..
Boleh jadi suka k ita tak lebih dari duka rakan k ita . Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Mee Segera ' Halal ' yg berperisa " Babi " AWAS!





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kecik hati kiter





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


ri tu kan .... rasa² nya hari khamis malam jumaat. Hari tu kan , hujan
renyai². Sejuk wooo... sampai tulang hitam.

Kiter tak der tempat nak tumpang berteduh..... tetiba kiter teringat rumah

awak dekat jer ngan tempat kiter tuh...

Kiter pun pergi lah rumah awak.....

Kiter ketuk pintu.... 1x, 2x, 3x, 4x, 5x, 6x, 7x, 8x, 9x, 10x, 11x,12x,

13x, 14x, 15x, 16x, 17x, 18x, 19x, 20x, awak buat dek jerr.... ohhh malam

jumaat kot...

Kiter pun ting tong awak... ting tong, ting tong, ting tong, 1x, 2x, 3x,

4x, 5x, 6x, 7x, 8x, 9x, 10x, 11x,12x, 13x, 14x, 15x, 16x, 17x, 18x, 19x,

pon awak buat tak tau jer .....

Pas tu kiter dengar ada orang jalan kat pintu umah awak, plahan² bukat

pintu.... Ohhhh ada jugak orang kat umah, boleh saya bertumpang teduh....

kot² adala kopi panas ker... milo panas ker.... cekodok ker... lempeng

gula merah + susu ker..., peria masak lemak cili api ker....spagetti ker... ala...

maklumlah.. hujan, kiter lapar, cam dah lamer jer kita tak makan...tapi memang

dah lama pun.....

Tapi yg kiter kecik ati sangat tuh.... bila owak bukak jer pintu....

awak terus tutup balik.... dah lah tu siap menjerit lagi... tak sempat pun kiter bagi salam....

heh..... walaupun awak pernah kate kiter tak der hati perut... takperlah tapi kali ni betul²

kecik ati kiter tau...

yang benar,


kiter


Islam sejati kurangkan makan banyakkan ibadah





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


Pada zaman Rasulullah..datanglah seorang mushrikin bercakap tentang Islam dengan Rasulullah. Ketika sedang berbual-bual itu, maka Rasulullah menuangkan segelas susu sambil memerhatikan gelagat si mushrikin tadi. Selepas habis segelas susu, Rasulullah menuangkan susu kali kedua, dan habis diminum oleh mushrikin tersebut.

Akhirnya 3 gelas susu habis diminum , barulah tamat perkara yang dibualkan dan si mushrikin tadi pun baliklah.

Selang beberapa hari, mushrikin itu datang semula kepada Rasulullah untuk menyatakan yang dia sekarang sudah Islam kerana terpikat dan tertarik dengan peribadi Rasulullah yang begitu dikaguminya. Seperti biasa, Rasulullah menjamukannya dengan susu, tapi kali ini dia minum sedikit demi sedikit sehinggalah apabila perbualan tamat, hanya segelas susu yang diminumnya. Rasulullah memerhatikan gelagat orang itu dan tersenyum.

Kemudian Rasulullah pun menceritakan peristiwa itu kepada para sahabat, perihal pengunjung tadi dan bagaimana berbezanya dia sebelum memeluk agama Islam dan selepasnya. Sebelum memeluk agama Islam, habis 3 cawan susu diminumnya dengan gelojoh, tetapi selepas memeluk Islam, dia minum dengan perlahan dan cuma segelas sahaja susu yang diminumnya. Itulah antara peribadi Islam sejati .

Ini sesuai dengan hadis yang berbunyi: Orang Islam itu tidak makan kecuali lapar, dan mereka berhenti makan sebelum kenyang. Kata Imam Shafie, perut kita terbahagi kepada 3 iaitu sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga lagi udara."

Jika keseimbangan antara ketiga-tiganya tidak di capai, maka kita akan menjadi malas untuk beribadat ataupun untuk bekerja. Apabila perut kurang diisi dengan makanan, maka kita menjadi rajin dan ringan tulang untuk menambahkan ibadat kita. Tidak hairanlah jika kita dapat menggandakan amalan kita pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain.

Derma ikhlas





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua muslimin dan muslimat yang ingin menyumbangkan derma bagi pembinaan PASTI Al-Muttaqim cawangan Kubang Badak, anda boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun Bank Islam. Sumbangan adalah di atas nama PASTI Al-Muttaqim dan nombor akaun ialah: 03-027-01-003948-9. Untuk pengesahan anda boleh merujuk kepada pihak bank pemilik nombor akaun tersebut. Mudah-mudahan anda semua dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t. dan dimurahkan rezeki.

Akaun Bank Islam : 03-027-01-003948-9
Nama Akaun: PASTI Al-Muttaqim

Untuk pembayaran secara tunai, bolehlah menghubungi Bendahari:

Bendahari : Ust. Wan Rahim B. Wan Ali

No. Telefon : 019-9079211

Alamat : Lot 1917, Kg. Kubang Badak , 17000 P.Mas, Kelantan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi AJK Penubuhan PASTI Al-Muttaqim seperti yang tertera dibawah:

En. Ruziman Bin Che Yaakob – 019 9975555

En. Ramli Bin Che Kub – 012 9606404

En. Ab. Razab Bin Mat Dris – 019 9404224

En. Syukri Bin Muhammad – 012 9812030

En. Mohd Syukri Bin Awang Seman – 09 7965930

" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." Al-Baqarah, Ayat: 261.

"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."

Al-Saba, Ayat:39

Hiasan Dalaman Hotel Burj Dubai, gambar terkini





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Blog Widget by LinkWithin