ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 May, 2008
Ular raksasa di Johor
Seperti yang keluar kat harian metro (selatan) kalau tak salah minggu lepas hari rabu ke khamis aku tak ingat pulak. cerita pasal ular serang pemancing udang kat kahang, kluang, johor
Jika internet anda block youtube boleh guna website proxy di http://salesorent.com
18 May, 2008
Nasihat kpd yang suka buat maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Biar susah, jangan menyusahkan.
Kepala komando dipijak
Ahli parlimen PKR kecam latihan komando |
S Pathmawathy | May 15, 08 7:17pm |
Seorang ahli Parlimen PAS mendedahkan klip video yang menunjukkan kaedah latihan skuad komando yang menurutnya menjatuhkan maruah para anggota yang mengikuti latihan tersebut. Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, beliau menerima klip video yang menunjukkan jurulatih mendera secara fizikal anggotanya serta memijak-mijak kepala mereka. "Ini adalah soal maruah seorang manusia. Menteri pertahanan sendiripun tentunya tidak mahu kepalanya dipijak-pijak begitu," kata Saifuddin. Saifuddin turut mendedahkan klip video selama dua minit itu, dalam sidang akhbar tersebut. Kandungannya menunjukkan beberapa orang lelaki berpakaian hitam menyepak dengan kejam seorang individu. "Bila saya menerima klip ini, saya bertanya kepada beberapa bekas anggota komando dan mereka memberitahu tidak ada kaedah seumpama itu digunakan semasa mereka menjalani latihan dahulu," katanya. Lebih membimbangkan lagi, katanya, para jurulatih tersebut nampak begitu gembira melakukan semua itu. "Adakah insiden ini telah dimaklumkan kepada perdana menteri dan apakah tindakan yang telah diambil?" soalnya. Saifuddin berkata, beliau menerima klip video itu minggu lalu. Beliau enggan mendedahkan sumbernya, dan menambah beliau juga tidak pasti di mana dan regimen mana yang ditunjukkan dalam klip video tersebut. Beliau bagaimanapun berkata, klip tersebut dirakamkan baru-baru ini, berdasarkan kepada pengesahan beberapa bekas komando bahawa pakaian seragam yang dipakai oleh anggota tentera itu merupakan seragam yang baru dipakai oleh regimen komando Malaysia. Tiada jawapan dari Najib Saifuddin sebelum ini membangkitkan perkara tersebut dalam sidang parlimen Isnin lalu, tetapi tiada jawapan daripada timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan Datuk Seri Najib Abdul Razak. Sebaliknya, Najib pula bertanya kepada Saifuddin sama ada beliau pernah melihat kejadian seumpama itu sewaktu menjadi setiausaha politik kepada menteri pertahanan pada tahun 1990-an. "Saya tidak pernah melihat apa-apa pun seperti ini sebelum ini walaupun saya pernah menjadi setiausaha politik," katanya sambil menambah, beliau mempunyai alasan untuk mempercayai ia memang benar-benar berlaku. Menurutnya, pihak kementerian perlu memberi penjelasan mengenainya kepada orang ramai kerana beliau tidak rasa mereka boleh menerima apa yang dilakukan itu. |
Undian dosa
src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">
Perbualan di sebuah kelas antara beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan… tentang satu rancangan TV.
Pelajar A : Aku dah habis berpuluh ringgit cakap lu… Sms vote untuk si D*** tu. Memang bestlah dia.
Pelajar B : Akupun sama… tapi tak menanglah dia. Adois sedihkan. Dahlah ensem banget…
Pelajar C : ( Pelajar lelaki ) Ayah aku tak kasi vote-vote ni. Dia kata haram vote-vote macam tu… tapi aku diam-diam vote juga. Hehe. Ala dia bukan tahupun.
Pelajar A & B : ( Serentak ) Haram!!! Kenapa plak haram???
Pelajar C : Kan ke berdosa namanya tu kita menyokong segala perbuatan yang menyalahi Islam. Dahlah tu bercampur lelaki dan perempuan… Tak haram ke??? Itu yang ayah aku cakaplah…
Pelajar A & B : Erm… Gitus.
Tip mengenal teh yang mempunyai pewarna
Kebanyakan rakyat Malaysia memang sukakan teh tarik. Malah ada yang di tahap 'ketagih'. Tetapi tahukah anda kebanyakan teh mempunyai pewarna yang memberi implikasi kepada kesihatan . Jenama teh berkenaan adalah Teh Wangi, Teh Cap Masjid,
Serbuk Teh, 3 Bintang, Teh Campuran, Teh Cap Bunga, Teh Tarik (Burung Petalawati), Serbuk Teh Wawasan 2020, Serbuk Minuman (A1) dan Bunga Mahkota. Jenama ini dinyatakan oleh bekas Menteri kesihatan kontroversi iaitu Soi Lek satu ketika dahulu.Kesemua jenama teh ini didapati masih digunakan terutamanya di kedai, restoran serta gerai makanan di seluruh negara," katanya kepada pemberita
Sedikit tips untuk pengguna oleh Presiden, Persatuan Pengusaha Restoran
Muslim Malaysia (PRESMA) Tn Hj Jamalulkhan Kadir.
Cara-cara mengenalpasti teh yang dimasukkan pewarna.
Masukkan satu sudu teh kedalam air sejuk. Jangan dikacau, biarkan ia
mendap sendiri. Sekiranya terdapat warna keluar tersebar mewarnai air,
maka itulah pewarna yang dimasukkan..
Teh asli tanpa pewarna hanya mengeluarkan warna dan rasa didalam air panas
sahaja.
17 May, 2008
Simpan fail di internet dan di bayar!
src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">
Jika anda ada fail yang besar yang tidak boleh dihantar melalui email. Kebiasaannya server email untuk syarikat menghadkan saiz penghantaran fail. Selain saiz fail, fail-fail exe pun kena block juga.
Jika anda menghadapi masalah untuk berkongsi fail-fail tersebut dengan rakan anda, anda boleh menggunakan ziddu.com.
Sebenarnya banyak lagi website yang membenarkan anda berkongsi fail tetapi saya lebih galakkan anda menggunakan ziddu.com kerana tiap kali rakan anda download fail tersebut, anda akan dapat bayaran. Ini salah satu cara cari duit internet juga.
Ziddu akan membayar setiap pertengahan bulan dan minima pembayarannya ialah US10.00. Cara pembayarannya ialah dengan menggunakan paypal
Jika anda tiada akun paypal,boleh daftar secara percuma di sini.
Ok, tanpa membuang masa, mari buat duit di internet dengan ziddu dengan klik banner di bawah:
Artikel dari Cari Duit Internet
16 May, 2008
Malaysia kalahkan Brazil dalam acara bola sepak
src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">
Masa kat kampung, aku belek majalah-majalah lama dan terjumpa satu artikel dalam majalah tahun 1982 bertajuk "Malaysia kalahkan Brazil dalam acara bola sepak".
Wow... dashyat gak bolasepak Malaysia dolu-dolu. Aku perturunkan kat sini wawancara pemberita berkenaan dengan jurulatih bola sepak Malaysiamasa tu, Trevor Hatley...
Pemberita (P) : Apa khabar Coach..?
Trevor Hatley (TH): Oh baik-baik..
P : Dimaklumkan bahawa pasukan bolasepak Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Brazil. Adakah berita ini benar?
TH : Benar! Malah kita kalahkan pasukan Brazil dengan teruk sekali.
P : Wow..!! Berapa jumlah jaringan gol.
TH : Ohh.. tidak ada jaringan kerana kita menang dengan Brazil tanpa bertanding.
P : Macam mana tu coach?
TH : Mereka tak datang. Walau pun satu jam kita tunggu di stadium.
P : Kenapa mereka tak datang. Adakah mereka memulau kan perlawanan kerana faktor keselamatan?
TH : Ohh tidak, bukan kerana tu..
P : Habis tu kenapa coach?
TH : Kerana kami tak jemput mereka datang!!!!
P : Humm... hampeh punya coach!!!
Hu hu...aku pun terkena jugak.. majalah tu sebenarnya majalah lawak... jangan marah aahh!!!
Teka teki lawak
src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">
1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
8)Banyak-banyak ikan,ikan apa ada bulu ketiak?
Kalau poning sangat tengoklah jawapannya kek bawah
Jawapannye.. ... .
1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
2) MILO AIS
3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje.
4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
5) Semut yang matanya BENGKAK
6) Motorsikal.. ... .sebab dia pakai tongkat
7) kambing binATANG
8) Ikan duyung
Subscribe to:
Posts (Atom)