adsense

23 May, 2008

Nasib Pencuri Kabel






Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

WOW! MB Perak dan ADUN Naiki Bas Ke SIDANG PARLIMEN!






Menteri Besar Perak dan Ahli-ahli DUN dari Pakatan Rakyat bersama-sama menaiki bas menuju Parlimen untuk mengikuti sidang Dewan Rakyat semalam, Isnin

By CINA ISLAM

SEJARAH dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama.

Menjawab pertanyaan wartawan di Bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri.

Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahansan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba.

"Kami datang dengan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan".

Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Presiden Pas, Dato' Seri TG. Hj. Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang.

Ir. Nizar juga menyatakan suapaya para wartawan media arus perdana dan alternatif melapor sesuatu untuk menyakinkan rakyat dan pemberitaan yang benar dan salah akan dipertanggungjawab oleh Allah SWT.

Tazkirah Jumaat: Berkat Rezeki Kerana Sedekah






Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya
keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak
dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan
susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi
tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya.
Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah
Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab
'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'.
Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang
dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah
sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
(cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh
Allah tanpa kita sedari.
Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian
dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).
Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah
kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian
itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib
(zakat)perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat
Quran Ali Imran ayat 92
Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat -
bukan dunia untuk dunia)
Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui
jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki
ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja
(10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang
ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan
dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan
merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya
dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan
aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit
matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu
menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya kerana Allah'. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang
menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya.
Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya
adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka
walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi, sedekah itu
penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan
digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan
perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah
akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau
menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti
Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta
yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku"

22 May, 2008

Software berguna





src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">

Satu software PERCUMA untuk dikongsi yang sangat dipercayai dan diiktiraf berguna untuk :-

1. Mengingati password dan username..biasalah banyak sgt daftar di dunia cyber ni kan.

2. Mengisi borang pendaftaran yang panjang
3. Membuat carian websita kegemaran anda..

Dan banyak lagi..

Download sekarang!

RoboForm: Learn more...

Windows Seven





Panduan Yahoo Search Marketing


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Technorati Tags: , , , , , ,

CIA, FBI dan LAPD





src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">




CIA, FBI dan LAPD masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buat laa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan itu.

LAPD pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas! itu dengan seekor beruang yg dah lembik sebab kena pukul. Beruang itu menjerit,"OK, OK... aku arnab... aku arnab!!"

Skirt ketat





Panduan Yahoo Search Marketing


Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip seluar aku tiga kali apasal?"

Kuang kuang kuang... ... .

*Moral: Utk ppuan , tutup aurat la..

Hubungan Albert Einstein & Marilyn Monroe





Panduan Yahoo Search Marketing


Pelikkan? apa hubungan Albert Einstein & Marilyn Monroe?


Gambar ni dari dekat nampak muka Albert Einstein

tapi bila anda bangun jarak 5 meter dari PC anda akan nampak muka Marilyn Monroe

Cubalah.... (exercise la sikit, duduk jer dari tadi...)

SEJADAH YG MENCARI ARAH KIBLAT SECARA AUTOMATIK





Panduan Yahoo Search Marketing


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

7 Foods U Should NEVER Eat!






There will always be those fattening foods that are easy to make, easy to get, and easy to crave. You think 'OK, I know this is bad but it can't be that bad!' Think again. Here are the top seven foods you should never ever feed your family or yourself!

1.Doughnuts



It's hard to resist the smell of a Krispy Kreme doughnut, which is why I never step foot in the store. Doughnuts are fried chock-full of sugar and white flour and loads of trans fat.

According to the Krispy Kreme website, an average 3.5 ounce sugar doughnut weighs in with about 400 calories and contains few other nutrients besides fat. These sugary treats may satisfy your craving but it won't satisfy your hunger as most of the calories come from fat.

'Eating a lot of refined sugar contributes to blood sugar 'swings' or extreme fluctuations,' eDiets Chief Nutritionist Susan Burke said.


2. Cheeseburger with fries



The age-old classic may be delicious but think twice before sinking your teeth into that Big Mac. The saturated fat found in cheese burgers has been linked to heart attacks, strokes and some types of cancer.

'In fact, fast-food portions are gargantuan, almost double the calories per meal compared to 20 years ago,' Susan says. 'Twenty years ago the average fast-food cheeseburger had about 300 calories. Today's BK Whopper with cheese has 720. To burn the excess 420 calories, you'd have to run for 40 minutes. For example, in 1985 a medium French fry had 240 calories, 2.4 ounces. Today's 'medium' is 6.9 ounces and 610 calories.

Full Article

Semua naik ....





Panduan Yahoo Search Marketing

Gula naik ....

Tepung naik ....

Petrol naik .....

Beras naik .....

Semua naik ...



Sekarang .......







TOMATO pun naik .......










Free Image Hosting at www.ImageShack.us

AMALAN SEBELUM TIDUR





Panduan Yahoo Search Marketing


AMALAN SEBELUM TIDUR - WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.

Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.



Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.



Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu



Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup



Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya
Blog Widget by LinkWithin