adsense

29 May, 2008

Awas ! Ilmu hitam




Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali.

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari.
Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan
Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.

Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Berkuasa Mengesan Dan mengalahkan Penjenayah ini.


Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.

Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat Mujarab Iaitu :



























RIDSECT







Membunuh Serangga Dengan Berkesan.
takkanmarah kut?!

Cara membezakan restoran mamak atau hindu




Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab..

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.

Anda boleh cuba di tempat anda!


Credit to www.afyan.com

Sebab gagal interview






A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga


SI TUASI 1
A : Ada boyfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar
negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh
terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm ... kamu mesti tidak akan lama
bekerja di sini dan yang paling
penting syarikat tidak akan mampu
membayar bil panggilan antarabangsa
kamu .


SITUASI 2
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang
ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya..
A : Pernahkah kamu terfikir untuk
mendapatkan kerja terlebih dahulu dan
kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat
masa sekarang saya tidak mahu
memikirkan perkara (cinta) tersebut.
Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat
menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi
dan tiada keakinan diri, itu saja.


SITUASI 3
A : Kamu nampak cantik dan bergaya.
Tentu kamu sudah mempunyai teman
lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya
(sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang
terkaya dalam negara ini dan memiliki
syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah
saya tidak dapat menerima kamu bekerja
di sini kerana teman lelaki kamu
sendiri pun tidak menerima kamu
bekerja di syarikatnya. Ini kan pula
saya.
B: Tapi.. tiada jawatan yang sesuai
dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai
dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak
bekerja di sini kerana kecantikan kamu
akan menjejaskan semangat kerja
pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat
pun encik.
B : Haa ... lagi bermasalah sebabnya
pengurus saya pasti tidak berminat
dengan kamu
A : Gulp ...


SITUASI 4
A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm ... maaflah kamu tidak layak
bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam
perniagaan berkaitan seni dan
memerlukan seseorang yang berseni.
Tetapi kamu langsung tidak mempunyai
ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun
biasa je.
B : Haa ... (melopong)

Orang Minyak Di Gong Badak?



Dari inbox admin

Khas untuk LF-LF yang selalu ke outstation Kertih, KL, Miri, Bintulu, Offshore, Sudan, Turkmenistan yang meninggalkan isteri dan anak2 dirumah.
Khas juga untuk anak2 dara dan weekend wives/husbands.

Kejadian ini berlaku pada hari khamis, 5 pagi, masa tu saya tiada dirumah, saya berada diOGT dengan student WNPOC.

Saya menyewa di Gong Badak, berdekatan juga dengan rumah En Zulkifli Asmuni, En. M. Yunus, En. Razali. Rumah Hj. Razak, En. Wan Zul dan Datin dibelakang sikit.

Pada malam sebelumnya, dua orang telah di lihat menaiki motorcycle membawa bersama “jack-kereta” pada pukul 12malam.

Pada pukul 5pagi, hari Rabu, mereka ini telah memecah masuk rumah di kawasan belakang, mungkin area rumah Hj Yunus. Mereka melarikan diri bila anak tuan rumah menjerit dan mereka dikejar oleh tuan rumah itu. Yang aneh nya, kedua2 penjenayah ini berbogel. Mungkin nak test ilmu hitam kot.

Pada malam berikutnya, mereka telah mencuba pula rumah2 di area depan sekali termasuklah rumah saya.

Dalam pukul 4-5 pagi, bilamana semua tengah nyenyak tidor, mereka telah pergi dari satu rumah kesatu
rumah dan cuba membuka tingkap. Jiran sebelah rumah saya telah kehilangan satu kamera yang sedang di charge di plug di tepi tingkap itu. Dan rumah jiran dibelakang rumah saya pun mereka cuba masuk juga. . Cermin tingkap bilek tidor telah pun dicabut. Tapi mungkin melihatkan suami, isteri dan anak2 semua tidor disitu, mereka tak jadi masuk. Mungkin, lepas itu mereka beraleh ke rumah saya pula.

Jiran belakang rumah saya ada memasang lampu dibelakang rumah. Tetapi penceroboh2 ini telah memulaskan bulb sampai ianya padam supaya area belakang menjadi gelap.. Ini untuk memudahkan operasi mereka.

Mula2 mereka membuka cermin tingkap naco dengan penuh berhati2 takut pecah. Kalau pecah, bising, nanti orang terjaga pula. Agaknya, bila dia tengok isteri saya tidor bersendirian, maka dia pun berani untuk masuk. Dia mengambil kain yang dihidai oleh jiran belakang untuk dibuat lapit atau untuk “mendiamkan” “jack-kereta”.

Lepas tu dia pun jack up besi tingkap itu. Katil terletak bersebelahan tingkap saja.
Setelah selesai meluaskan lubang tingkap, dia pun cuba memasuki bilek.

Alhamdulilah, isteri saya tersedar bila terdengar nafas dan dengusan orang. Dia terkejut melihat badan penceroboh yang berambut pendek dan tidak berbaju itu dah melepasi tingkap dan tangan si durjana itu sudah berada diatas tilam. Hanya kaki dan peha masih berada di luar tingkap.

Isteri memang terkejut melihat si durjana yang tidak diundang itu. Tapi mujurlah Allah tidak menjadikan isteri saya panik dan kaku. Menyedari itu adalah penceroboh, isteri pun menjerit sambil terus menerajang 2 kali dengan sekuat tenaga dan kena tepat pada muka si penceroboh itu.

Anehnya bila diterajang si durjana ini tidak mengaduh atau melawan balik malah cepat2 pula mengeluarkan badannya. Mungkin dia berasa terancam bila jiran dengar dan terjaga. Lagipun subuh dah hampir, lalu dia pun terus berundur dan isteri saya terus bangun mengejutkan anak lelaki saya dibilek hadapan.

Dan si durjana ini lari lintang pukang bersama jack keretanya hinggakan kain batik dia pun tertinggal. Rasanya dia pun lari berbogel juga macam malam sebelumnya.. Mungkin dia pakai ilmu halimunan atau lain2 ilmu sesat yang mensyaratkan mesti berbogel kalau nak masuk rumah orang dan mencuri. Walau bagaimana pun ALLAH itu maha besar dan maha berkuasa dan kita berserahlah kepadanya.

Keesokan harinya, isteri saya membuat polis repot. Dengar cerita, suspect mungkin dua orang askar yang ada rekod buruk sebelum ini.

Akhir kalam, saya bersyukur kepada ALLAH kerana isteri dan anak2 saya selamat dalam kejadian itu.
Dan saya juga berterima kasih kepada jiran2 yang cepat membantu.. Dan saya berterima kasih juga kepada tuan rumah yang berjanji akan memasang grill secepat mungkin.

Moga kita sama2 dapat mengambil pengajaran dari kejadian ini.

Awas penjenayah ini masih belum ditangkap. Jadi berhati2lah.

Mazlan Mahmud


A. View dari luar bilek. Besi tingkap yang telah di jack-up



B. Cermin2 ini di cabut dengan cermat sekali dan diletak atas tanah



C. Ini lah kain2 jiran belakang rumah yang di curi untuk mendiamkan car-jack yang digunakan



D. Inilah rupa tingkap yang telah di jack-up. Nampak kecil, tapi kepala dan badan pun boleh lepas.


E. Kain batik sipenceroboh yang ditinggalkan semasa melarikan diri. ( Rasanya dia lari berbogel macam
kejadian sebelum ini. )



F. View dari dalam bilek.


PENGAJARAN DAN PERINGATAN

1. Pasanglah grill pada tingkap dan pintu rumah anda. Walaupun grill tidak menjamin keselamatan sepenuhnya tapi ia boleh menyusahkan dan melambatkan proses pecah-rumah.
2. Pastikan pintu dan grill dikunci sebelum tidor.
3. Pastikan kunci2 pintu dan grill ( mesti ada kunci2 spare )di simpan ditempat selamat. Satu dalam bilek tidor anda dan satu di key cabinet, supaya dalam kecemasan sama ada ketika pencuri masuk atau ketika kebakaran anda dan ahli keluarga anda tahu dimana kunci rumah untuk keluar minta tolong. Jangan dibiarkan kunci dipintu atau letak diatas cabinet ditepi tingkat. Penceroboh boleh mengait kunci itu dengan dawai besi dan memasuki rumah anda dengan senang.
4. Jangan tidur bersendirian. Kalau wanita yang belum kahwin, ajaklah kawan tidor sebilek atau kahwinlah cepat2. Kalau suami pergi KL atau Sudan, tidurlah dengan anak perempuan. Atau ajaklah kawan perempuan tidor dirumah. Atau pun tumpanglah tidor dirumah saudara atau jiran.
5. Jangan pakai seksi2 atau tidur berbogel kerana ini boleh menyemarakkan lagi nafsu si durjana itu. Walaupun berbogel dalam selimut, kerana ini semua akan melambatkan lagi pergerakan dan tindakan anda bila ada kecemasan.Tak kan anda nak keluar rumah minta tolong dalam keadaan berbogel? Sanggup?
6. Jangan simpan barang2 yang berharga saperti kamera, HP, beg duit, barang kemas, di tepi tingkap. Pernah terjadi, ada pencuri hanya menggunakan galah pengait untuk mengait beg tangan yang penuh barang kemas berharga RM15,000 dari tingkap tanpa memasuki rumah tersebut.
7. Simpanlah satu dua senjata kat bilek tidor. Tukul, parang atau baseball bat.
8. Pasanglah burglar alarm dirumah anda. Kerusi set RM5,000 boleh beli, tak kan alarm RM1000 ke 2500 tak mampu. Belilah, sayangilah isteri, anak2 dan keluarga anda.
9. Jangan pandang ringan, sekalipun rumah anda ada grill, ia tak menjanjikan keselamatan 100%.
10. Jangan fikir rumah anda tak mungkin kena, yang kena rumah orang lain. Fikirlah, hari ini rumah Mazlan dimasuk orang, mungkin besok lusa rumah aku pula.( Bukanlah minta, tapi apa2 pun boleh berlaku ) Adakah aku sudah bersedia? Berjaga2lah.
11. Kenalilah jiran2 anda kerana merekalah orang yang paling cepat boleh membantu dan menyelamatkan nyawa kita. Bukan polis, bukan bomba atau saudara mara kita yang duduk diKL tu.
12. Simpanlah nombor HP jiran2 kita dalam HP kita. Letakkan HP ditepi katil supaya senang dicapai. Kalau boleh, set kan nombor itu dalam “speed dial”
13. Selalulah baca Quran dirumah.
14. Bacalah 3 Qul sebelum tidur dan doa2 keselamatan dan perlindungan sebelum tidur.
15. Setelah kita berusaha sebaik mungkin bagi menjaga keselamatan kita dan ahli rumah kita, kita berserahlah kepada ALLAH. Kita hanya berikhtiar, ALLAH lah yang menentukan segala2 nya.


Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :



Terjemahan : Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim.
4. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :



Terjemahan : Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim.
NOTA:


Oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman:

Doa 3 & 4 diatas dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya) , doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir. InsyaAllah kita dan anak-anak akan terhindar dari menjadi mangsa PERKOSAAN!! Moga2 ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.

Tingginya dia berdiri



Big cobra

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

28 May, 2008

Huraisy



Assalamualaikum..
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama
'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai
Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'


.... Wallahualam....

Anak Melisa Saila



gambar artis

Apabila api jadi air




Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Satria Gemilang



Satria baru

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

A touching donation



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Baca Lagi..

Perbezaan antara cinta,sayang,suka dan minat




Cinta
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang

kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka

kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat

apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya

Rumah lelong Jun




List rumah untuk dilelong pada bulan Jun

Untuk muat turun sila klik disini

Semak arah kiblat 28 May




SEMAKAN ARAH KIBLAT DIRUMAH & PEJABAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
Matahari akan berada tegak di atas Ka¢bah pada 28 MEI 2008,Hari Rabu (5.16 PETANG) & 16 JULAI, Hari Rabu (5.28 PETANG)

APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak.

Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia , bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

PENENTUAN DAN PENYEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI FENOMENA ISTIWA' UTAMA MATAHARI DI KA'BAH


ULASAN :

Istiwa' utama matahari di Ka'bah (istiwa a'dzam) merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. (matahari berada tepat di atas Ka'bah).

Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada :-

Bil

Tarikh

Masa

1

28 Mei

5.16 petang

2

16 Julai

5.28 petang

Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah, masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.

Caranya ialah :

1

Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang.

2

Ketika Istiwa' matahari berlaku, bayang objek tegak (yang berlawanan) akan menunjukkan arah kiblat.

3

Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia , maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang menghadap ke arah barat (Ka'bah) merupakan arah ke kiblat.

4

Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung dengan Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Fakta bukan auta










More..

27 May, 2008

Gambar-gambar aneh



Strange piercing









More strange pictures

Iklan Marin UK menghina bangsa Melayu





Inilah video iklan marine UK yang mencetuskan isu dibangkitkan oleh Senator Jins Samsudin di Parlimen, seperti mengangap bangsa Melayu adalah pengganas.

Iklan
ini memaparkan seorang lelaki Melayu yang mencabar askar-askar orang putih di permulaan video. Antara kata-kata yang terdengar "Akulah orang paling jahat dalam dunia".

Yang menjadi tanda tanya, siapakah pelakon dan penulis skrip iklan ini?




Jika ofis anda sekat laman youtube, boleh bypass melalui di website proxy list
Blog Widget by LinkWithin