ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
10 June, 2008
Lawak SAMDOL
src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>
SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!
SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya... ..
SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jum[pa ia mati dalam air!
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .
SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu... .
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah
SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kamoung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!
DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!
SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!
DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
SAM: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
DOL: Francis Mild!
SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER
Musim sejuk yang sangat sejuk
Di sebuah kawasan di Amerika Syarikat. Waktu itu musim gugur, seorang suku kaum Indian di daerah terpencil bertanya pada ketua suku kaum mereka yang baru. "Wala-wala chimo-ela suma totangka obuawachi?" yang ertinya, "Ketua, apakah musim sejuk kali ini akan sangat sejuk atau seperti biasanya?"
Oleh kerana ketua suku ini sudah moden, dia tidak pernah belajar meramal cuaca dengan cara-cara kuno lagi. Ketika melihat ke atas, ia tidak dapat mengatakan bagaimana nantinya keadaan cuaca. Meskipun begitu, supaya semua kaumnya tenang, ia mengatakan bahawa musim sejuk nantinya akan terasa sejuk, sehingga ia menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan kayu bakar untuk persiapan musim sejuk.
Namun setelah beberapa hari, muncul idenya untuk menelepon Jabatan Kaji Cuaca, dan menanyakan, "Apakah musim sejuk kali ini akan sangat sejuk atau tidak?"
"Kelihatannya musim sejuk kali ini akan sangat sejuk," kata petugas di Jabatan Kaji Cuaca tersebut. Kemudian ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan kayu lebih banyak lagi untuk persiapan.
Seminggu kemudian dia menelepon semula Jabatan Kaji Cuaca. "Apa musim sejuk kali ini akan sangat sejuk?" "Ya," jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca tersebut, "Musim sejuk kali ini akan sangaaat sejuk!"
Ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan semua kayu dan ranting pohon yang mereka temukan.
Dua minggu kemudian dia menelepon kembali dan bertanya, "Apa anda yakin bahawa musim sejuk kali ini akan sangat sejuk?"
"Pasti," jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca tersebut, "kelihatannya akan jadi musim sejuk yang paling sejuk yang pernah ada."
"Kenapa anda begitu yakin?" tanya ketua suku. Lelaki itu menjawab,
"Kerana kaum Indian sedang mengumpulkan kayu bakar dalam jumlah yang menggila banyaknya!"
Rahsia menjadi ayah yang berkesan
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.
Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen penyelesai masalah yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.
Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.
Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)
rahsia menjadi ayah yang berkesan.
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai kebapaan ada enam rahsia menjadi ayah yang berkesan:
1) Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan hadiah atau anugerah yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
2) Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
3) Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya mengajar anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
4) Mencintai ibu mereka.
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan keibubapaan, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.
5) Menjadi pendengar yang baik.
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak untuk didengari dan diberi perhatian.
6)Jadikan diri anda pemimpin kerohanian.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan keimanan dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.
Tabiat makan: buruk,baik dan terbaik
TABIAT MAKAN YANG BURUK
*************************************
-Sarapan-
Nasi lemak, mee goreng, roti canai, roti disapu dgn mentega, telur goreng, karipap & jemput2 goreng.
-Minum Pagi-
Kuih, kek, coklat & kuih yg bergoreng.
Kopi + susu pekat manis
-Makan Tengahari-
Nasi goreng, mee goreng, nasi + ikan goreng, sayur goreng, rendang daging, kari atau gulai yg menggunakan santan.
Minuman berkarbonat + daging burger, kentang goreng & donut.
-Minum Petang-
Kek berkrim, kek coklat, kuih manis kuih yg bergoreng spt goreng pisang, popia goreng karipap.
Teh + gula + susu pekat manis atau susu segar yg penuh lemak.
-Makan Malam-
Nasi putih + daging goreng, udang masak kari, gulai ayam, sayur lobak & ubi kentang. Puding kastad atau kek.
-Makan Tengah Malam-
Biskut berkrim, kek coklat, roti, mentega atau keju.
Minuman bercoklat + susu + gula + susu penuh krim.
TABIAT MAKAN YANG BAIK
**********************************
-Sarapan-
Roti Bakar pnuh bijirin disapu dgn mentega & telur rebus.
Teh + susu rendah lemak.
-Minum Pagi-
Biskut lemak
Kopi & susu rendah lemak
-Makan Tengahari-
Nasi putih & ikan bakar, sup sayur, ayam goreng tanpa kulit, roti dgn majerin lembut yg mengandungi rendah lemak.
Minuman rendah kalori.
-Minum Petang-
Kek buah, sekeping goreng pisang sebiji karipap.
Teh + susu rendah lemak.
-Makan Malam-
Sup sayur, sup ayam, ubi kentang, kastard bersusu rendah lemak
Susu rendah lemak.
-Makan Tengah Malam-
Biskut tawar
Susu rendah lemak + koko.
TABIAT MAKAN TERBAIK
*******************************
-Sarapan-
Bijirin yg mengandungi tinggi serat spt emping beras, bijirin jagung + susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dgn majerin lembut.
Teh + susu rendah lemak
-Minum Pagi-
Buah2an spt epal, jambu batu, betik & oren
Kopi + susu rendah lemak.
-Makan Tengahari-
Sandwich, roti penuh bijirin + majerin lembut, sup sayur + ikan bakar atau ikan rbus, buah2an.
Air suam
-Minum Petang-
Popia basah & buah2an
Teh + susu tepung rendah lemak
-Makan Malam-
Nasi putih, sup sayur yg dicampur dgn isi ayam, roti penuh bijirin, rojak atau salad sayuran & buah2an.
Susu tanpa lemak
-Makan Tengah Malam-
Roti kering penuh bijirin
Susu tepung rendah lemak + horlicks
Rokok
src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>
Ada banyak perihal rokok dan perokok yang perlu kita ambil kira, yang menunjukkan merokok ni bukanlah perbuatan yang bermanfaat. Di ada digariskan 10 perkara sahaja:
* Tidak ada orang ucap Bismillah sebelum hisap rokok dan ucapkan Alhamdulillah lepas habis hisap.
* Tidak ada orang makan nasi dalam tandas, tetapi ramai orang merokok dalam tandas malah sambil uk... uk...
* Tidak ada perokok pasif yang cuba sedut-sedut asap rokok yang dihembus, mesti diorang cuba tahan nafas atau tutup hidung.
* Perokok berbau wangi? Erk...
* Perokok lelaki menghadapi kebarangkalian mati - termasuk mati pucuk -lebih awal, dari mereka yang tidak merokok.
* Tidak ada label di kotak rokok yang tertulis Merokok Menyihatkan Tubuh Badan.
* Tidak ada kempen Mari Merokok atau Bulan Merokok macam kempen membaca. Perokok
tegar sanggup terus merokok pagi-pagi buta dengan masih bertaik mata dan bertaik gigi.
* Tidak ada orang boleh kenyang semata-mata dengan merokok, mesti nak makan dan minum
jugak.
* Tidak ada orang jadi jutawan dengan jadi penagih rokok, melainkan kalau dia jadi tokey syarikat rokok.
RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA
RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA
Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran
agama kita
1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dak ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan
termasuk penawar dan
pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan
sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan talak ansur, toleransi atas segala kesilapan
dan kelemahan
kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 camca penuh pengucapan maafkan daku
(ini juga sangat penting untuk kebahagiaan suami
isteri)
Secubit campurtangan mentua
Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja
berpasangan dan
perkongsian
Cara membuat atau mengamalkannya:
Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan
asingkan rasa
cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan
sakit hati.
Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan
panaskan dengan bara
api kesetiaan dan kejujuran.
Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehkan
ditambah mengikut
selera dan kemampuan diri masing-masing.
Lagi game yang menghina Islam
Video game yg menghina agama Islam, Bacalah !!!
Game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina islam
1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
[dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal di
akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi
ayat yg aku dah luper.....tapi x bleh ckp dah mmg game setan…pesan adik2 kite..
2.
Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar..
Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD…
3.
Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)
Jika kita main game ini bermaksud kite juga menyokong apa yg mereka cuba sampaikan & mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan
kepada saudara - saudara kita kat luar sana...
09 June, 2008
Full Bar Coverage - patutlah selama nie takde line...!!!
Full Bar Coverage
Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!
Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.
Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :
Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian;
Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??
Jgn marah kalau dah terkena......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....
Technorati Tags: cerita lawak, cerita kelakar, koleksi lawak, koleksi kelakar, kelakar giler, isu hangat, lawak hangat, lawak, handphone, coverage handphone, lawak handphone, koleksi sms lawak, sms lawak, duit
Tips temujanji internet
src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>
Tips Sebelum Bertemu
1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.
2. Gunakan e-mel, chat, Yahoo msgr, msn msgr, ICQ atau Netmeeting terlebih dahulu untuk berkomunikasi. Jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.
3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , samada dia merupakan pasangan yang anda cari.
4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.
5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat-maklumat tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain.Ini penting untuk memastikan dia bersikap benar atau tidak.
6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet.
* Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat-niat tertentu bersikap demikian.
* Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh org lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.
7. Jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura-pura dalam Internet.
8. Jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.
9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi Jangan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.Apa yang penting maklumat seperti apa yang anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga-jaga jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.
Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama
1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.
2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali- kali pergi seorang diri.
3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.
4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan org yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.
5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.
Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya
1. Teruskan perasaan was- terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.
2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.
3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya
Fakta menarik
Beberapa fakta menarik:
* Siput babi merayap pada kadar 0.0313 meter sejam.
* Angin yang dihembuskan dari mulut semasa batuk mempunyai kelajuan 24 kilometer sejam
* Lebih banyak kuman dipindahkan dari seorang ke seorang yang lain melalui berjabat tangan berbanding dengan bercium mulut ke mulut
* Antartika diliputi 98 peratus ais dan dua peratus batu tandus. Secara puratanya, ketebalan ais di situ adalah 2,160 meter. Jika semua ais itu cair serentak, ia akan menyebabkan paras air laut meningkat yang akan mengakibatkan banyak negara di dunia hilang dari peta.
* Lelaki boleh menghasilkan seribu sel sperma setiap saat. Ini bermakna sebanyak 86 juta sel sperma akan dihasilkan dalam sehari.
* Jarak antara bumi dengan matahari ialah 150 juta kilometer. Jika anda memandu kereta dengan kelajuan purata 96 kilometer sejam, ia akan mengambil masa 177 tahun untuk sampai.
* Otak manusia boleh menyimpan data sebanyak 7 juta megabait setiap hari
* Penglihatan kucing pada waktu malam adalah enam kali lebih baik dari penglihatan manusia.
* Zirafah hanya tidur selama 20 minit dalam tempoh 24 jam dan ia tidak pernah duduk atau baring seumur hidup. Manakala beruang koala menghabiskan masa 22 jam sehari untuk tidur.
Rintihan bohsia suci
Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka... .
"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.
"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?
"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!
"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.
"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.
Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.
Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau. dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.
"Eh! Gebunya minah ni..cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!
Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.
"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang.
"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"
Surat minta kerja
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan XXX
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System
12 mei 2004
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik.
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000 Matapelajaran: (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak. Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu). Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan �
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor
08 June, 2008
Pay per lead
Posted by blalang | 11:05 PM | Cari duit internet, ppl |
Pay per lead adalah satu cari duit internet yang mudah. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai email atau blog.
Contoh ppl saya di posting pada awal bulan ini iaitu dapat RM1.50 cara mudah (ppl antarabangsa) dan jana wang dengan download laporan telah mendapatkan duit di internet dengan mudah sekali.
Dengan mempromosi untuk download laporan yang di tulis oleh Scott Boulch dan Mawardee kita akan mendapat sedikit habuan. Bak kata orang tua sikit-sikit lama jadi buncit bukit.
Kebanyakan rakyat Malaysia suka melayari internet kerana di dunia cyber ini banyak perkara-perkara percuma. Kita akan berfikir berkali-kali untuk membuat pembayaran di internet. Perkara utama ialah takut ditipu, pembayaran sudah dibuat tetapi tidak menerima produknya atau produk yang sebenar tidaklah sehebat seperti yang diiklankan.
Berbalik kepada ppl tadi dengan mendownload laporan yang dibuat oleh mereka yang sudah lama menjadi usahawan internet ini, kita akan mendapat habuan iaitu RM1.50 (USD0.50) untuk laporan Scott Boulch dan RM0.25 untuk laporan percuma Mawardee.
Kenapa mereka sanggup membayar kita? Sebenarnya mereka sanggup membayar kita untuk mempromosi laporan mereka kerana mereka ingin mengumpul 'white list'. Sebelum memuat turun laporan, kita akan diminta unttuk memberikan nama dan alamat email. Ini bermakna kita bersetuju untuk menjadi senarai email mereka.
Bagi saya adalah tidak menjadi masalah untuk menjadi 'list' mereka kerana saya suka mendapat input-input terbaru dunia internet. Ilmu yang mereka berikan itu sudahlah percuma tetapi boleh buat duit di internet pula tu.
Di bawah adalah masyuk dari laporan percuma Mawardee saya sehingga kini. Pembayaran melalui bank tempatan . Pembayaran di buat apabila sudah habis tempoh kempen.
Yang di bawah ni pula adalah pendapatan cari duit internet saya bersama Scott Boult. Pembayaran melalui paypal dan akan dibayar sebulan sekali.
$18 X 3.10 = RM55.80 dalam masa lapan hari!
Apa tunggu lagi, kepada sesiapa yang tidak pernah merasa duit dari internet inilah peluang anda.Konsepnya mudah sahaja muat turun dan sebarkan. Dengan syarat jangan spam email pula kerana jika terdapat aduan kepada mereka nanti duit internet anda akan dipotong oleh owner.
Download laporan tersebut
1. The internet marketing cure
2. Pemasaran email
Blalang: sedih masih ada yang tidak tahu membezakan perniagaan internet dan pelaburan internet.
Terlalu lama...
1Terlalu lama. berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi
kembang.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang vagina.
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10.. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak
'ragam' lauk/makanan yang dimakan
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai
penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .
16. Terlalu lama baca blog isuhangat - nanti bos marah. hee...he...
Rumah untuk di sewa, Shah Alam
SMS berhantu
Lagi SMS berantai yang merosakkan akidah...
kwn aku ader foward msg ni cz katenye dier takut bila baca msg ni....
aku dpt msg ni lbh kurang jam 11.35 mlm td...
aku xfoward pon... cuma doakan, kalau btl psl hal ni, aku doakn supaya rohnya tenang n pembunuhnya d jumpai... @ ader sstgh org yg xbrtgjwb sjer reka2 citer ni utk menakut2kan org....
(kandungan msg trsebut )
plz foward msg ni.... From 88698025776...
Nama aku FARIDA, umurku 23thn....
aku meninggal tanggal 170107.... aku dibunuh, diperkosa...
tubuhku di potong2... jasadku di buang di persisiran pantai...
aku mencari pembunuhku kerana polis belum menemukan jasadku...
tolong sebarkan msg ni pd 10 org...jika tidak aku akan menganggumu....
jgn skali2 engkau menghapuskan msg ini sebelum mnyebarkannya....
maka aku akan datang pada mimpimu & duduk di tepi katilmu pd malam ini...