adsense

19 June, 2008

Manusia bercouple dengan jerung










Lagi gambar <----

Cara buat duit bila harga minyak naik





aida nak bagi idea kpd sesiapa yg ingin buat
duit sbb harga minyak naik ni.

pergi cari kreta yg buruk2 dah kong di cerok kg.
beli dgn tuan pemilik, transfer nama dlm geran.
katalah harga RM500-600.

ambil insuran 3rd parti aje...RM30.00
renew cukai jalan(6bln).......RM50.00
pergi claim rebate...............RM625.00

pastu jual besi buruk.............RM500-600

dapat tak untung 400 sbiji kete?
kalau 10 biji.........4000 tu.

365 Hari Lahir






Ramalan sebenarnya adalah dilarang oleh Islam. Mungkin mengikut pengalaman penulis asal artikel ini. Jika ada persamaan, anggaplah hanya kebetulan. Hanya Allah yang mengetahui.

Download File (PDF Format)










Lawak Chot - gerenti gelak






GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia
dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri
sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh
ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...
Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."


KEMIK

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya
seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop
tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya
akan kelihatan seperti sediakala..

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat
lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu
keretanya akan kembung semula..

Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!"


BUKU TEPON

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.
"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.
" Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh
mendukacitakan! " kata Chot.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa
yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh.... jadi, encik ni la yang ambil buku
panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

MASA

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak
menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak
la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

Manusia, Malaikat dan Syaitan






Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ...


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Bumi sebesar debu





Besar sangatkah kita di muka bumi ini? Lihat gambar di bawah..








Di sini matahari hanya sebesar debu!

Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.

Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.
Lalu . . .
siapakah kita?
apakah tujuan hidup kita?
Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?
Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata 'inilah aku!'...??
Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Tuhan yang mencipta sekelian alam.

MP BN lompat ke Barisan Rakyat






MASA YANG DITUNGGU HAMPIR TIBA

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

18 June, 2008

Pilihanraya kecil di Sanglang





Mahkamah memutuskan Kemenangan BN pada PRU yang lepas ke atas DUN Sanglang adalah tidak sah dan Pilihanraya kecil akan diadakan kerana kerusi DUN BN telah kosong.


Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat membuat keputusan yang wajar mengenai kedudukan kerusi dewan undangan negeri kawasan Sanglang yang diisytiharkan kosong oleh mahkamah hari ini.

Hashim yang merupakan calon PAS yang tewas kepada Abdullah Hassan (Barisan Nasional) pada pilihan raya umum lalu bagi kerusi itu, berharap SPR dapat membuat pengisytiharan bahawa beliau adalah calon yang menang pada pilihan raya itu.

"Kalau perkara itu (pengisytiharan calon PAS sebagai menang) tidak berlaku, PAS akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan dan jika berlaku juga pilihan raya kecil, kami mungkin memboikot pilihan raya itu," kata Hashim.

Katanya beliau bukan ingin mengejar status yang berhormat dengan mempertikai keputusan pilihan raya umum yang lalu tetapi ingin menegakkan kebenaran.

Pada pilihan raya umum itu, Abdullah menang dengan majoriti 149 undi setelah memperoleh 3,384 undi manakala Hashim memperoleh 3,235 undi.

Keputusan itu didakwa Hashim sebagai bercanggah dengan fakta pada Borang 14 penyata kiraan undi yang menunjukkan beliau menang dengan majoriti 47 undi selepas mendapat 3,333 undi berbanding 3,286 yang diterima Abdullah.

Pada Mei lalu Hashim mengemukakan petisyen di mahkamah untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau sebagai calon yang memenangi pilihan raya itu namun Mahkamah Pilihan raya hari ini menolak permohonan itu sebaliknya membuat keputusan bahawa kerusi dewan undangan negeri Sanglang itu sebagai kosong.

-- BERNAMA

Rancangan DSAI berjalan lancar, Tsunami politik sabtu ni





18 Jun, 2008 19:28 PM

Presiden SAPP Undi Tidak Percaya kepada Pak Lah

Oleh Alan Ting



KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.

Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah "tidak popular" berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di semenanjung.

"Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya," katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung)," tambah beliau.

Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.

"Kita tunggu dan lihat," kata Yong, yang telah mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.

Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai "campuran wakil bebas".

"Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar anggota Parlimen dan ADUN , sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan ADUN Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan "sekumpulan wakil bebas" dalam masa beberapa hari saja.

"Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP itu kepada Bernama.

Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata beberapa anggota Parlimen dari Sabah akan mengumumkan pendirian mereka dalam BN selepas SAPP mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya Jumaat ini.

-- BERNAMA

Cari duit internet bersama clickbank






Posted by blalang | 5:30 PM | , | 0 comments »

Sebagaimana yang diketahuit, clickbank telah membuka kembali penyertaan dari rakyat Malaysia. Dahulu saya terpaksa menggunakan virtual address US untuk mendaftar clickbank.

Apa itu clickbank?

Seperti paypal, check2out,stormpay, clickbank sebenarnya ialah satu transaksi online yang membenarkan jual beli di atas talian.

Clickbank ialah satu program affiliate yang terbesar dan terkenal di seluruh dunia. Kebanyakan usahawan internet ternama dunia menggunakan clickbank untuk menjual produk digital mereka.

Untuk menjadi agen affilate dengan clickbank, kita tidak perlu mendaftar dengan website penjual produk sebaliknya kita hanya perlu menukar hoplink dengan user id clickbank kita dan secara automatik komisyen dari penjualan produk digital (ebook, software, keahlian) akan dimasukkan ke akaun clickbank kita.

Contoh reseller link clickbank

http://AFFILIATE.reseller.hop.clickbank.net

Gantikan perkataan
AFFILIATE dengan user id clickbank kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar secara percuma click bank KLIK DI SINI

Sementara itu saudara Mawardee, telah mahasiswa IPTA telah menghasilkan sebuah laporan PERCUMA! mengenai clickbank yang bertajuk "7 Kesilapan Utama IM di Clickbank" untuk membantu dan menerangkan kesilapan-kesilapan yang membuatkan kita tidak kurang mendapat pendapatan secara online dengan clickbank.

Laporan ini akan menerangkan konsep asas fungsi ClickBank & 7 kesilapan-kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai usahawan internet ketika mempromosi produk-produk di ClickBank.

Dapatkan laporan percuma tersebut dengan klik gambar "laporan khas" tersebut.




*Artikel ini dari blog perniagan internet blalang Cari Duit Internet

Kentut is coming back!!!!!





Faedah Kentut

WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti
sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis,sakit jantung dan lain lain

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit
disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat
Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar, 30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat Ingatlah orang-orang yang tersayang!!


Antara fail power point kentut yang hangat 2-3 tahun dulu..saja kasi hangat balik

SPEAKER TU ON KUAT-KUAT DAN KEMBANGKAN LUBANG HIDUNGMU LUAS-LUAS HOHOHO

Klik gambar untuk download

AMALAN JUDI DALAM MASYARAKAT MELAYU






judi.JPG

Jika kita tanya orang Melayu, judi tu haram ke? tentu mereka akan jawab ya.Tapi apa yang kita perhatikan kat mana-mana kedai yang terpapar "sport toto", ramai antara mereka adalah orang Melayu.Mereka sanggup pakai topi keledar untuk masuk ke kedai . Kita sebagai orang melayu harus sedar apa yang kita buat. Kita sebagai manusia kat dunia ini hanyalah sementara.

Credit to: PPIM

Dari KFC ke RFC



HPA buka restoran

Now is Open at Sungai Petani ( Kedah )

100% halal – Syarikat Bumiputra, menggunakan ayam Organic

1 JUN bermula di Sungai Petani, RFC telah dirasmikan......

HPA akan buka Hotel dan Restoran Radix Fried Chicken. Boleh lihat Metro ruangan Bisnes Isnin 25 hb Feb 2008


>>>lAGI BERITA HPA<<<

Kembar enam




1000 ciuman



Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang, Indonesia.. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.
paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah..
Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.
Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.
Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.
Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??
Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih

.....gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

Nik Aziz sokong idea mufti Perlis



Jun 16, 08 5:59pm



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia berbincang dengan tiga lagi pemimpin Melayu - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim - seperti saranan mufti Perlis bagi "menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini".

Dr Mohd Asri Zainul Abidin minggu lepas menyeru empat tokoh ini berbincang "memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah" kerana "masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya."

Mursyidul am PAS berkata PAS sudah lama menggesa pertemuan seumpama itu "tetapi Umno yang tidak mahu."

"Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan," katanya, lapor Bernama, di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, dilaporkan berkata sekarang masa yang sesuai untuk pertemuan penting sebegitu kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Sekarang Melayu sama Melayu dah bertengkar tetapi keikhlasan sebenarnya ada dalam PAS dan bukannya dalam Umno selagi dia pegang kepada (konsep) nasionalis," katanya lagi.
Blog Widget by LinkWithin