ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
10 July, 2008
Ayat YASSIN Di Salah Guna..ingat mengingat la sesama kita
Assalamualaikum wbt
Pernah tak dapat sms atau email sebegini ?
Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim.
Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun.
Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam. Insya Allah esok saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda.
JGN DELETE, ini betul2 jadi kenyataan."
TEMAN2 YANG SAYA MULIAKAN..
Saya secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan
ini kali kedua through email plak.
Ape yang saya nak beri tahu di sini ialah, sudah lah tu umat ISLAM
dibolak-balikkan . Mari kita ambik sedikit pengajaran dari kes-kes
ini.
Pesan dari saya (yang ilmu tak seberapa ini). Hentikan lah apa2 saja
surat bercorak surat berantai ini. Kerana ini adalah perkara2 yg
boleh melemahkan umat Islam dari dalam..
Lalu aku terus reply kpd si pemberi tadi agar berhenti berbuat
demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang
telah mengedarkannya!
1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya
(beriktikad) bahawa dengat kudrat saya menghantar SMS ini, saya akan
dapat khabar baik &rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.
2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari
surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum
ghafilun. Org yg tiap2 malam baca surah yaasin pun boleh terkesima
dengan kesalahan ejaan ini.
3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dlm
kedua2 email & sms yang saya terima. maka saya pasti ianya disengaja
kan . Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan
unzila aba uhum ini bermaksud = di TURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father.
Saya khuatir ia mahu menyelindungkan ayat ISA yang diturunkan??? sedangkan maksud YAASIN yang suci tadi adalah terlalu amat jauh dari ini!!! Cilaka kamu yang menghantar ini! AWAS!buat semua muslim!.
Pesanan ringkas saya,
Apa saja yang bersifat surat berantai, tolong tolak.
Apa saja yang melibatkan perkara2 shortcut, tolong tolak. kalau saya send sms dapat pahala, kalau sata reply dapat rezeki. Ini perkara serious, kerana ia membabitkan AQIDAH!
Apa saja yang melibat kan ayat2 Al-Quran. Tolong semak!
Kalau ada org dtg rumah kerumah, jual ayat quran pun tolong tolak.
Jam ada ayat QURAN ke....
Orang buta minta sedekah - sedekah boleh bagi - tapi kalau dia bagi sticker ayat QURAN, tolong bagi dia balik.
Kerana kita khuatir, di sini bermulanya benda2 yang tak betul. Kerana saya pernah dapat ayat seribu DINAR yang salah eja ini selepas bagi derma kat sorang pakcik tu!!
Kat sekeliling kita dah banyak org cuba pesong kan AQIDAH kita secara halus, pesong ayat Quran! Walaupun mereka takkan mampu menghapuskan
KALAM ALLAH ini. Tapi kita sebagai umat ISLAM mestilah Peka!!
Ayat2 Al-Quran bukanlah selayaknya di perjual beli. TAK semurah itu BEB!! Kalau ANDA nak bagi apa saja yang ada kaitan ngan ayat Quran, sepatutnya FREE! Jam Quran ke, ape ke, bagi free le! Unless kita betul2 sure yang kualitinya baik, ayat nya disemak maka OK! MENJAJA AYAT2 QURAN dgn cara sebegini adalah, menempatkan ianya bukan pada tempat. Ia bukan balasan utk kita menderma RM1.
Yang baik dari Allah. Segala kekurangan adalah kelemahan saya juga.......WASSALAM.
08 July, 2008
Lawak pendek - bil air
syamel : syaker, ko dah bayar ke bil air dan bil api
syaker : bil api aku dah bayar semalam, tapi bil
air aku belum bayar.
syamel : kenapa ko tak bayar lagi?? x cukup duit ke??
syaker : cukup!!
syamel : habis tu, tunggu apa lagi??! pergilah bayar.
klu air kne potong kan susah nanti
syaker : ala mel. ko janganlah susah cam ni. Air kalau
dipotong ke, dicincang ke, mana boleh putus.
Mesti adernyer.
Untuk Species SUAMI
*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~
Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.
Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip
kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula
kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!
~~~~~
"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???
"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....
Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai la isteri anda..
Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut
Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut
Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Artikel penuh <<<---
Maafkan kami
Salam,
Kepada pengunjung setia isuhangat. Saya minta maaf tidak dapat update blog isuhangat ni dalam 3-4 hari ini kerana berpindah rumah dan streamyx masih belum dipindahkan.
04 July, 2008
Setiap jawapan melambangkan dirimu...
tahukah u'all bahawa pemilihan kenderaan melambangkan diri seseorang. dalam diam, orang lain akan meramal diri u'all, menilai peribadi u'all. berhati-hatilah bila memilih kenderaan untuk dinaiki. cubau'all jawab soalan2 kat bawah ni, u'all akan dapat menilai diri sendiri. selamat menjawab.
Soalan: Anda pilih untuk menggunakan kenderaan apa?
a) kereta
b) lori
c) motor
d) van
e) jeep
f) skuter
g) basikal
h) beca
i) sampan
j) tongkang
k) kapal terbang
l) helikopter
m) kerusi roda
n) kereta sorong
o) lelain...
jika u'all pilih... .
a- u'all mmg suka naik keta
b- u'all mmg suka naik lori
c- u'all mmg suka naik motor
d- u'all mmg suka naik van
e- u'all mmg suka naik jeep
begitulah seterusnya dll... ..heheh... .
Susah sangat ke?
* Susah sangat ke untuk kita tersenyum, sedangkan orang gila senyum sorang2, inikan pula sesama kita?
* Susah sangat ke nak jadi senang, sedangkan yang senang tu senang je jadi susah?
* Susah sangat ke nak bangkit subuh, sedangkan kena siram air pun tak bangun2 jugak?
* Susah sangat ke nak hulur sedekah, sedangkan orang minta sedekah tu senang2 je hulur tangan?
* Susah sangat ke nak siapkan assignment, sedangkan lecturer yang buat soalan tu senang je buat soalan?.
* Susah sangat ke nak buat baik sedangkan yang baik tu senang je buat jahat?
* Susah sangat ke nak cari keje, sedangkan banyak keje yang cari korang sebenarnya?
* Susah sangat ke nak cakap, sedangkan orang gila pun bleh cakap sorang2?
* Susah sangat ke jadi pandai, sedangkan yang pandai pun kadang2 tak pandai?
* Susah sangat ke, ke sangat susah?... ..hmmmm.. apa2 lah
Lawak pendek - kuliah professor
Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti. Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa". Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal. Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya." "Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.
TOYATA CAMRY 50% DISCOUNT ONLY 100 UNIT
Musim akuan bersumpah
Perang peribadi antara Anwar dan Najib.
Kronologi perang:
1. Raja Petra membuat akuan bersumpah berkenaan Datin Rosma .
2. Laporan polis Anwar meliwat.
3. Presiden PKR dedah gambar Saiful bersama pegawai kanan Najib.
3. Dato' Najib menafikan ada kena mengena dengan Saiful (macai siapa ?) namun akui pernah berjumpa dengan Saiful kerana urusan biasiswa. Rupanya senang nak jumpa Timbalan PM ni ekk..nak apply biasiswa pun boleh jumpa, ala-ala jumpa Penghulu Mukim nak minta cop sokongan jer...
4. Akuan bersumpah penyiasat persendirian Razak Baginda, P Balasubramaniam hubungan Najib dan Altantuya.
5. Di Buletin Utama TV3 , Dato' Najib membuat sidang akhbar mengakui pula Saiful ada berjumpa dengannya mengadu diliwat Dato' Anwar . Kemudian dia menasihatkan budak Saiful membuat laporan Polis. Dato' Najib kata tak salah saiful sebagai rakyat nak berjumpa dengan pemimpin. Pada kenyataan pertama Dato Najib kata jumpa sekali jer pasal biasiswa (?) Lagi sekali senang rupanya nak jumpa Dato' Najib ni..memang beliau berjiwa rakyat betullah sebab tu disayangi oleh peneroka Felda (menurut majalah ICT Felda la).
Perang antara 2 'kepala' menjadi isu hangat rakyat Malaysia. Masing-masing buat andaian sendiri.
Pokoknya siapa antara pemimpin ni yang jadi Raja Penipu/Raja Fitnah..? Apa pun yang nampak cool ialah Pak Lah ( tak tahu dalam hati dia risau tak risau .Dia dah declaire bebaskan Badan Kehakiman dari pengaruh politik) dan PAS pula nampaknya "play safe". Apalagi Dato' Najib fight lah di Mahkamah, rakyat Malaysia pun nak tau. Pada akuan Raja Petra, Datin Rosma dah kata tak nak saman, malas nak layan kununnnya.
Kita sebagai rakyat senang jer..Siapa tipu tanggunglah di Akhirat besok..baik kita sibuk tingkat amalan kita dan ekonomi kita buat overtime atau part time lagi baik dari menumpang 'saham' zaman fitnah-menfitnah ni. Bak kata Mufti Perlis, kalau berani dua-dua junjung Al-Quran lah..
Sumber dari: MalaysiaKini.Com
Jul 3, 08 12:40pm
Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - yang ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.
Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya.Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari pada kenyataan beramarannya, untuk melindungi pemimpin itu.
Hantar SMSBalasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya yang datang ke Malaysia pada tahun 2006 untuk menyelesaikan beberapa perkara dengan penganalisis itu.Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara".Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara".Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed | Jul 02, 08 | 12:44:15 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku. Dalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat. Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara. Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya. Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau. Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat. Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu. Turut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah. Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998. Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya. "Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton. Dalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya. Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan. Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini. |
Amalan Bulan Rejab
sekadar berkongsi maklumat, diperolehi dari email....
kebenaran yang mungkin pahit
-1- Menurut para ulama' (misalnya Ibnu Hajar Al-`Asqalaniy), tiada hadis sahih tentang kelebihanan bulan Rajab ke atas bulan-bulan lain.
-2- Bulan Rajab hanyalah salah satu daripada bulan-bulan haram (bakinya ialah Zu l-Qa`idah, Zu l-Hijjah dan Muharram). Dan `ulama' fiqh menggalakkan berpuasa pada bulan-bulan haram.
-3- Hadis tentang berpuasa dalam bulan Rajab (yang dinyatakan oleh penulis) adalah rekaan semata-mata (oleh orang-orang terdahulu), dan merupakan satu pembohongan atas nama Rasulu Llah.
-4- Dalam hadis `A'isyah, beliau berkata bahawa Nabi tidak pernah berpuasa sebulan penuh, melainkan pada bulan Ramadhan. Dan tiada bulan yang Nabi paling banyak berpuasa padanya melainkan Sya`ban.
JUSTERU, sebarang dakwaan tentang kelebihan Rajab hendaklah mengemukakan dalil yang sahih.
Rujukan:
-1- Fiqhu s-Sunnah, Sayyid Sabiq
-2- Sahih Al-Bukhariy
Muat turun Amalan Bulan Rejab <---
Wallanhualam...
Lagi-lagi gambar Saiful
Saiful Apek da....bukan gambar Saiful Bukhari Azlan mamat yang mengaku kena liwat di kondo tu..Pelik juga ya budak 23 tahun kena paksa dengan Anwar yang dah berumur tu. Mana kekuatan kau Saiful?
Kalau betul la DSAI seorang peliwat hardcore (ialah dah tua-tua pun nak buat kerja umat Nabi Lut) seperti kes di kondo tu secara logiknya budak Saiful tu memang rela diliwat...auwww. Kesian kat tunang Saiful si Jannah tu.huhu
Just pandangan.
gambar saiful,Saiful Bukhari Azlan,kes liwat anwar, Anwar Ibrahim, perhimpunan,protes minyak,gambar protes minyak,perhimpunan PJ
List rumah lelong Julai Part 2
Disertakan disini List Rumah Lelong.
Sekiranya berminat dan untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Watie: 019-6553516
Atau emailkan kepada watieshah@gmail.com
All the property need to be registered at least 1 day before the auction date.
Important documents that needed for pre-registration are as belowBidder's Particulars
- Name as in IC
- Photocopy of I/C
- Bank Draft
- Address
- Contact Number
>>>>Download list <<<
Cara bersalam yang betul
Cara bersalam yang betul The correct way to pay homage/greet
1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah. bow at 90 degrees
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam. clutch hand of the person you are greeting with both hands
3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih. tilt head to slightly the right for maximum "feel"
4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci. purse lips to kiss approx 1 inch
Contoh dibawah: see example below
CARA INI DI NAMAKAN
' BONAMA' iaitu .. this method of greeting is called "Bonama"
BODEK NAK MAMPUS !!! translated as ingratiate (bodek) to (nak) death (mampus)
03 July, 2008
Jangan Lupa Jadi ISTERI Setelah Bergelar IBU
ye la beb.. jgn lupa jagi isteri ye.. so sapa nak kawin tu.. baca2 la nie...
Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan
seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....".
Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi....
Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita... sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat... sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu..
seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami
buat seketika utk emenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknya.. .Suami yang longgar
pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.
Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.
Jangan sesekali ambil remeh perkara begini.. biasarnya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri.. sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu... tatkala itu.. dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.. Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau
bahasa tuturan.
Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2.. ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi... suami tetap merupakan "Anak Sulung"... walau sayang banyak mana pada
anak pun.. suami harus senantiasa di dahulukan. ... Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.
Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada"pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam
segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram... dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.
Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.