adsense

24 July, 2008

Kadar inflasi - pecah rekod 26 tahun!





Satu lagi rekod baru. Inflasi naik ke 7.7%. Dato' Sabbery kata minyak naik inflasi tak naik, kata DSAI pula formula mana depa pakai..minyak naik inflasi turun?

Realitinya boleh baca dalam Blommberg.Com


Bagaimana hendak jadi kaya?





Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Ikon Jutawan Malaysia!

Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!


Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi
bersama ikon & mentor jutawan Malaysia...


Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet


Maklumat lanjut klik di sini <----

Berita yang tak keluar di media perdana





TG NIK AZIZ RAIH ANUGERAH KEAMANAN NOBEL VERSI ASIA
Wednesday, July 23, 2008
Oleh remboe

Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu.

Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi.

Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya. Orangkita mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini.

Tolong jangan diamkan cerita begini wahai media arus perdana khasnya 'Utusan Meloya' dan 'Berita Hairan'.

Baca berita tentang ini
di sini.

Tandas paling canggih di Malaysia





Kenapa tandas DBKL tersebut saya panggil paling canggih? sebab di rasmikan oleh TPM tuh...Kalau tengok tarikh perasmian pada DEC 06. Tertinggal bas nampaknya aku.Tak tau apa cerita toilet tu sekarang adakah masing berfungsi dengan baik atau pun dot dot dot. Malaysiaku gemilang..

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Paku di dinding hatimu





Macam pernah post dahulu, tapi sebab kisah ini sangat menarik dan sesuai dibaca orang yang panas baran dan suka marah @ maki orang..


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu"
jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya
. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka
, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada
. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Taktik Kotor Pemaju Rumah..Jgn Tertipu.





Dari inbox admin

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu isu kepenggunaan yang sangat penting iaitu isu pembelian rumah yang saya dengar daripada ruangan "konsumer" kelolaan saudara Mazlan di Radio 24.

Saudara Mazlan telah menemurah En **han dari Bahagian Aduan Jabatan Perumahan (Maafkan saya kalau silap). Ada beberapa perkara yang saya kira semua pembaca patut tahu ketika membeli rumah agar tidak diperdaya dan ditipu oleh ejen penjual.

Isu ini penting kerana sebagai pengguna yang bijak kita mesti mengetahui beberapa undang-undang ketika membeli rumah. Kejahilan undang-undang boleh menyebabkan kita menjadi mangsa mudah tipu helah si penjual untuk mengaut keuntungan.

Seperti yang saya sebutkan dulu, membeli rumah adalah satu pelaburan yang mungkin menyebabkan kita terhutang seumur hidup. Oleh itu apa salahnya kita menambahkan sedikit ilmu sebelum kita membuat pelaburan ini.


BAYARAN TEMPAHAN

Booking fees atau pembayaran untuk tempahan adalah trend baru pemaju perumahan untuk memastikan bahawa si pembeli meletakkan jaminan bahawa dia akan membeli unit tersebut.

Ada pemaju yang meletakkan 1% daripada harga rumah, ada yang meletakkan RM 1000 dan pada satu ketika saya sendiri pernah diminta meletakkan RM 5000 sebagai bayaran tempahan.

Baca Artikel Penuh <----

How Does Satan Affect People?





To know how to diagnose and cure marital problems it is important to know how does Satan affect people, as shown below:

http://www.quran- miracle.com/ Problems/ English/Problems Pages/Marital.htm

Ikan Mahal





Monster fish

Dua bungkus nasi RM25.70





SEMUA GARA-GARA MINYAK NAIK...RAMAI YANG AMBIK KESEMPATAN.

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga gerai makanan yang gagal mempamerkan tanda harga, didakwa bersikap tamak apabila sanggup menjual dua bungkus nasi campur dengan harga RM25.70 di Pekan Nenas, Pontian, di sini, semalam.

Lebih mengecewakan, peniaga itu menggunakan alasan kenaikan harga barang dapur selain kos tanggungan sewa premis yang tinggi menyebabkan ia terpaksa menjual makanan dengan harga mahal.

Seorang pekerja swasta, Ramli Jamal, 30, berkata dia dan rakannya terkilan dengan tindakan peniaga gerai makanan berkenaan mengaut keuntungan lebih dengan mengenakan harga tinggi bagi nasi bungkus yang dibelinya, semalam.

"Saya dan rakan dalam perjalanan dari Simpang Renggam dan singgah di gerai berhampiran tempat letak kereta sebuah masjid di Pekan Nenas untuk membeli dua bungkus nasi campur sebagai makanan tengah hari kami.

"Kami membeli makanan sama iaitu nasi putih bersama ikan, sotong dan sebungkus teh tarik terkejut apabila pengusaha gerai itu mengenakan harga lebih RM25. Harga makanan itu tidak masuk akal," katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro (HM), semalam.

Ramli berkata, biarpun gagal mempamerkan harga makanan, penjual lelaki berusia 40-an itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakannya mempersoalkan harga makanan itu yang terlalu mahal.

"Mungkin saya hanya perlu membayar kurang daripada RM12 di gerai lain bagi makanan sama. Akibat tidak berpuas hati apabila saya meminta penjelasan, peniaga itu menyoal berapa harga makanan saya mampu bayar jika RM26 itu dianggap terlalu mahal.

"Saya geram dan membuat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di pusat bandar," katanya.

Ramli berkata, peniaga gerai itu seharusnya dikenakan tindakan kerana gagal mempamerkan tanda harga selain perbuatannya menjual makanan mahal itu membebankan orang ramai terutama penduduk berpendapatan seherhana dan rendah.

"Peniaga gerai berkenaan tidak seharusnya menjadikan alasan tidak munasabah bagi menjual makanan dengan harga terlalu mahal dan tindakannya boleh mengelirukan orang ramai termasuk pelancong asing.

"Saya harap KPDNHEP memantau perbuatan peniaga tidak bertanggungjawab itu supaya perkara sama tidak berulang," katanya.

Lu fikirlah sendiri...





Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.




Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :

'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'


Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :

''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '


Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :,
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'




Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :

'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!


Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA??


23 July, 2008

Human Mathematics





ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
______________________________
OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
_____________________________
SHOPPING MATH

A man will pay $20 for a $10 item he needs.
A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.
_____________________________

GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.

Lawak pendek-Gambar tunang





Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah
ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri.
Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Ayam panggang





Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

Pari gergasi





Ikan pari gergasi Mekong ditangkap





UNIVERSITI Nevada-Reno menyiarkan foto menunjukkan ahli biologi Amerika Syarikat, Zeb Hogan, bergambar dengan ikan pari gergasi di Sungai Mekong yang ditangkap nelayan Kemboja dekat Kratie, April lalu.

Hogan, 34, mengunjungi kawasan itu selepas mendengar cerita mengenai wujudnya ikan pari seberat 440 kilogram dan selebar 4.2 meter. Beliau percaya, ada ikan pari di situ yang lebih besar daripada ikan keli gergasi Mekong yang memegang rekod dunia dengan berat 293 kilogram. - AP



Technorati Tags:
, , , , , , , ,

Evolusi Minda Anda Part 1





Satu masa dahulu, anda merupakan seorang pelajar yang sering ketinggalan dalam pelajaran dan dapat kedudukan paling belakang dalam kelas.

Satu masa dahulu, anda merupakan seorang pekerja biasa yang mengorbankan masa, jiwa dan raga anda hanya untuk mencari duit gaji yang sedikit bagi menyara hidup anda.

Satu masa dahulu, anda merupakan seorang manusia yang tidak bahagia dalam kehidupan anda malahan hidup anda sunyi, sengsara, kesempitan dan derita setiap masa.
=================================================

TAPI itu semua hanya merupakan satu masa dahulu dan kita tidak boleh ubah masa lampau yang penuh dengan kepahitan tersebut. Kita tidak mempunyai mesin masa Doremon untuk mengubahnya. Atau kata lainnya KITA TIDAK BOLEH UBAH MASA SILAM KITA!

Apa yang perlu anda lakukan sekarang ini adalah mengubah diri anda mulai hari ini untuk menjadikan masa depan anda lebih manis, cerah dan lebih bagus daripada semalam dan masa silam anda yang pahit.

Tidakkah anda mengimpikan rumah besar, kereta besar, hidup bahagia, duit banyak dan dihormati orang lain?

Percayalah anda layak untuk mendapatkan semua itu dan tidak ada satu perkara pun yang boleh halang anda untuk mendapatkan semua itu. Satu-satu Kunci untuk mendapatkannya ialah anda perlu menguasai minda anda sendiri.

Ingin tahu bagaimanakah cara yang paling mudah untuk menguasai minda anda?

Apa yang perlu anda lakukan ialah mempelajari cara untuk mengawal minda separa sedar anda dengan lebih praktikal di: http://www.evolusiminda.com


Jika selama ini minda anda mengawal anda, sekarang masanya untuk anda mengawal minda anda dan berubah menjadi lebih baik!

Daftarkan segera untuk ubah masa depan anda di:
http://www.evolusiminda.com


Jumpa Lagi Di Puncak Kejayaan,

PS: Salah satu sebab mengapa anda dikawal minda anda dan tidak berjaya ialah kerana anda sering beralasan untuk maju ke hadapan. Jadi, jangan biarkan alasan meranapkan masa depan anda. Daftar segera di:
http://www.evolusiminda.com
Blog Widget by LinkWithin