ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
26 July, 2008
Info pasal rambut
Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.
Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.
Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan
bahan-bahan tersebut.
Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.
Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan
klorin.
Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.
Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.
pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala
orang dewasa.
Rokok
Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.
Air limau
Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai bleaching semulajadi pada rambut bewarna terang.
Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.
Gambar hiasan:
Fakta
* Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.
* Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.
* Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.
* Hujan tiruan pertama dibuat di Concord, New Hempshire, England, pada tahun 1947. Ketika itu tujuannya adalah untuk memadamkan kebakaran hutan yang melanda kawasan tersebut selama hampir sebulan.
* Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.
ABC kehidupan
A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AlQuran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali
Lawak pendek - ORG LAIN SEBENARNYA... .
Ketika rakaman sebuah rancangan kuiz secara live di sebuah stesyen tv, hos lelaki rancangan tersebut tiba-tiba saja melepaskan kentut dengan kuatnya. Walau sudah cuba menyembunyikan dengan menyuruh penonton menepuk tangan... tetapi tetap berbunyi. Sebentar kemudian.. tersebar pula baunya yang amat busuk tahap bangkai kehidung penontong seramai 100 orang didewan tertutup itu. Ketika 'break'.. lelaki itu meminta maaf kepada seluruh penonton di studio itu, termasuk rakan host perempuannya. Tapi host perempuan menjawab sambil berbisik...
"Memang kuat bunyi kentut tu.. tapi yang bau busuk tadi tu adalah kentut saya... "
25 July, 2008
Pantun hari-hari
Hari-hari makan laksa
Sedapnya kuah ikan kelisa
Badan kuat serta perkasa
Selamat menyambut hari selasa
Menangkap ikan pakai bubu
Untuk hidangan nasi kerabu
Kenapa masih dalam kelambu
Ofis kau tutup ker hari rabu
Atas pokok ada penyegat
Anak kambing baunya hamis
Kenapa kau tak pernah ingat
Janji nak belanja aku hari khamis
Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat
Bukannya apa cuma saje nak ingat
mana tau esk kiamat..selamat hari jumaat
Hari-hari minum air batu
minum sampai rahang kematu
tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingat janji dating hari sabtu
Laporan Percuma!
Seorang rakan telah menulis sebuah laporan dan dibagi secara percuma mengenai bagaimana menjadi pro-affilate. Lagi program PPL (pay per lead) berbahasa Melayu untuk dikongsi bersama. Diharapkan, program ini akan dapat memberikan manfaat serta membantu anda mendapat pendapatan sampingan selain menambah pengetahuan anda tentang perniagaan internet.
Pelik kan ? Betul ker tanpa mailing list pun kita boleh menjadi pro affiliate? Affiliate adalah satu program yang memberikan kita duit percuma . Kaedahnya ialah dengan mendapat komisyen dari produk yang orang lain jual. Program ini memberi peluang kita cari duit internet walaupun tanpa produk.
Jom DOWNLOAD LAPORAN PERCUMA "Rahsia Menjadi Pro Affiliate Walau Tanpa Mailing List" dengan klik gambar berikut:
Jangan lupa daftar supaya kita sama-sama cari duit internet!
*P/s : Laporan percuma ini akan ditutup tidak lama lagi sebelum 13/8. Sebelum ketinggalan maklumat anda dinasihatkan download laporan percuma ini secepat mungkin
Jika suami sayangkan isteri
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati
24 July, 2008
Info temuduga
Info berguna kepada yang hendak menghadiri temuduga dan penemuduga sperti pakaian, tingkah laku semasa temuduga dan lain-lain lagi
Boleh muat turun fai tersebut DI SINI<<<--
Kadar inflasi - pecah rekod 26 tahun!
Satu lagi rekod baru. Inflasi naik ke 7.7%. Dato' Sabbery kata minyak naik inflasi tak naik, kata DSAI pula formula mana depa pakai..minyak naik inflasi turun?
Realitinya boleh baca dalam Blommberg.Com
Bagaimana hendak jadi kaya?
Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"
Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi
bersama ikon & mentor jutawan Malaysia...
Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet
Maklumat lanjut klik di sini <----
Berita yang tak keluar di media perdana
TG NIK AZIZ RAIH ANUGERAH KEAMANAN NOBEL VERSI ASIA |
Wednesday, July 23, 2008 |
Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu. Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini. Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi. Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya. Orangkita mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini. Tolong jangan diamkan cerita begini wahai media arus perdana khasnya 'Utusan Meloya' dan 'Berita Hairan'. Baca berita tentang ini di sini. |