ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
28 July, 2008
Petua tercekik tulang
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he eh"-kataku. ..
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS:
1. sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
2. Tak baik kenakan Mak sendiri..kalau kecil hati siapa yang susah? Tak cium bau syurga nanti.
Be careful how you LIST the Names in Your HP = MUST READ
Be careful how you list names on your cell phone! Be Safe!
This lady has changed her habit of how she lists her names on her mobile phone after her handbag was stolen.
Her handbag which contained her mobile phone, Credit card, purse...etc. ... was stolen.
20 minutes later when she called her Hubby, from a pay phone telling him what had happened.
Hubby says 'I've just received your sms text asking about our Pin number. I replied a little while ago.'
They rushed down to the bank, the bank staff told them all the money was already withdrawn.
The pickpocket had actually used the stolen hand phone to text 'hubby' in the contact list and got hold of the pin number.
Within 20 minutes he had withdrawn all the money from the bank account.
The lesson: Do not disclose the relationship between you and the people in your contact list.
Avoid using names like Home, Honey, Hubby, sweetheart, Sayang...... Dad, Mum etc.......
And very importantly, when sensitive info is being asked thru texts, CONFIRM by calling back.
Also, when you're being texted by friends or family to meet them somewhere,be sure to call back to confirm that the message came from them.
If you don't reach them, be very careful about going places to meet 'family and friends' who text you.
PASS IT ON to people you love!!!!!!!! !
10 Alasan anda di tinggalkan - untuk wanita
1.Anda terlalu banyak bicara.
2.Pakaian anda terlalu menjolok mata hingga mengundang perhatian orang lain.
3.Anda tidak tertawa saat dia berlawak.
4.Anda terlalu jujur tentang apa yang anda inginkan dari hubungan tersebut.
5.Anda berulangkali membicarakan tentang bekas teman lelaki anda.
6.Percakapan yang anda `jalinkan' tidak bersangkutan dengan percakapannya.
7.Anda marah-marah pada kepada pelayan restoran hanya kerana dia terlambat membawakan pesanan anda.
8.Anda terlalu banyak mengeluh.
9.Anda kerap melihatnya dengan pandangan seribu tanda Tanya.
10.Anda memintanya pergi ke restoran dan tempat-tempat mahal.
Asal usul nama ELEKTRIK
Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick". Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang
Cerita kelakar - Penyeludup yang kreatif
Kisah ini berlaku di sempadan... .
seorang lelaki sering melintasi sempadan dengan menaiki basikal serta membawa dua guni pasir. perbuatannya itu telah disedari oleh pihak imigresen dan mengesyaki lelaki tersebut membuat kerja penyeludupan.
pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa yang ada dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik". pegawai imigresen tidak percaya lalu membuka guni tersebut. setelah diperiksa hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu. keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa... membawa basikal bersama dua guni pasir.. pegawai imigresen masih tidak puas hati lalu menahan lagi lelaki tu.. apabila diperiksa hanya pasir yang terdapat dalam dua guni itu... setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan kerjanya yang dulu... . suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai kopi... . pegawai imigresen pun bertanya... "sebenarnya apa kerja kamu"? jawab lelaki itu... . "seludup basikal"... ...
7 perkara yang pelik tapi benar!
1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
Usman Ibn Affan r.a.
Gurauan Rasullullah SAW
Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.
Wallahuallam...
26 July, 2008
Panduan Asas Fardhu Ain
Muat tutun ebook lengkap "Panduan Asas Fardu Ain" >>DI SINI<<
Ebook yang mesti dimiliki oleh setiap Muslim sebagai rujukan (Format Excell)
Technorati Tags:
Asas Fardhu Ain, fardhu ain, agama, Islam Asas, panduan percuma, ebook percuma, download percuma, download, ilmu agama, ilmu, Islam, Muslimin
Add to: | Technorati | Digg | del.icio.us | Yahoo | BlinkList | Spurl | reddit | Furl |
Subscribe to:
Posts (Atom)