adsense

01 August, 2008

Inflasi di Zimbabwe-Tahu kah anda




500 juta!!! Ini bukanlah harga makanan termahal di dunia, bukan juga biaya makan siang Donald Trump ataupun Bill Gates tapi ini biaya makan yang harus dikeluarkan oleh rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.

Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.


Baca artikel penuh <<<<



Lompatan hampeh





strange and funny visit@http://stranges-world.blogspot.com

31 July, 2008

Tuntut subsidi minyak melalui online





Rebat Tunai Boleh Dituntut Melalui Online

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rebat tunai bagi subsidi petrol yang diagihkan melalui Pos Malaysia Berhad (PMB) kini boleh dibuat melalui online.

Transaksi itu boleh diakses di www.posonline.com.my dan pilihan itu adalah bagi melengkapkan tuntutan rebat tunai yang ada sekarang yang boleh dibuat di semua pejabat pos di seluruh negara, kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Melalui online, pemilik kenderaan mempunyai pilihan untuk menerima tuntutan dalam bentuk kiriman tunai atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka, kata kenyataan itu.

Bagi kiriman wang, ia mengambil masa tujuh hari bekerja mulai daripada tarikh tuntutan itu dibuat bagi Pos Malaysia membuat penghantaran kepada alamat surat menyurat pemilik kenderaan.

Kenyataan itu berkata bagi mereka yang memilih rebat itu dimasukkan terus ke dalam akaun masing-masing, mereka akan menerima wang itu dalam tempoh tiga hari daripada tarikh tuntutan itu.

Pada Jun lepas, kerajaan mengumumkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan bagi mengurangkan beban orang ramai berikutan kenaikan harga bahan api itu.

Pemilik kenderaan berkuasa 2000 cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda yang berkuasa 2500 cc ke bawah akan diberi rebat RM625 setahun namun, bagi pemilik motosikal berkuasa 250 cc ke bawah rebatnya RM150 setahun.

Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan rebat itu sehingga 31 Mac tahun depan.

-- BERNAMA

Hikmah sujud





Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Lukisan cun Aishwarya rai







PAS tolak tawaran UMNO





Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

 PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.

31 Julai, 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Presiden

Parti Islam Se Malaysia (PAS)


Source: tranungkite

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...





LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.
anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya
.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Kenyataan Media Datuk Seri Wan Azizah





KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
31 JULAI 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan -raya kecil secepat mungkin.

Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.

Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan. Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran. Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala -nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan. Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengurusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui
selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.


DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Anak Sultan Brunei dan Azrinaz (Ex-TV3)







Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

BEWARE..VIRUS CHIKUNGUNYA





Untuk mengetahui simptom penyakit ini dan cara mengawalnya, boleh muat turun di

SINI<<<

Rumah atas pokok moden








Mengapa WANITA sangat Istimewa......





Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.".. i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendam lepas makan tadi.. basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal
masa masak tadi... check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu... memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong.... salin la gula... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi... ishh... ni lauk bila ni, semalam... dah beku dah... basuh la kejap.... pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh... sidai kaian lap je lah...

Tik... bunyi air dah masak... salin air dalam flusk... ok settle...
baru teringat tak semayang lagi... on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska... check... baju 2 pasang, towel... towel kecik utk selsama... calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping.... alamak.. telupa pulak masukkan botol... basuh botol jap... ok settle...

Ternampak pulak beg g keje... emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je... salin jap barang2 beg coklat... cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti... hishhh sempit la beg ni... hangin je... nak kena beli ni beg baru... rasenya 25 hb ni Sogo sale nih... mana flyers tadi ek... ha ni die.. ok, catit jap kat
yellow sticker, nanti lupa.. ok settle...

Tetiba dengar suara papa...".. u buat apa lagi tu.. tadi kata nak tido.."....".. yelah nak tido la ni.. nak smayang jap..."
Masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu..2 jenis lak tu... adoi.. gosok gigi... smayang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4
pulak... huhuhuhu...

Bukak almari... emmm... pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh ... g dapur, basuh, sambung gosok baju... gantung elok2... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle..

Dgr suara papa lagi...".. i dah ngantuk ni..".. dalam pada nak masuk ke bilik... owh... pokok aku dah nak mati ni ha.. lu pa dah 3 hari tak siram... ok, siram
jap... check jap pintu ni... sah tak kunci lagi... grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku... bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyak nya... sampai bawah meja makan pun ade... adoi.... ok dah ...

Ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan die... la.. napa basah ni... emm,tukar la pempers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la... nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali... ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k... gud nite.. sweet dreams...

Aaahh... sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus,,, setkan alarm... setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting..ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm.. sedapnya lelapkan mata... Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. .. mohon keberkatan dari mu tuhan... papa pun bangun tutup tv..."... i dah ngantuk sangat ni... nak tido lah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah....

So?.... apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?... SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.... tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat... pasti anda disayangi kerana memahami mereka... well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.... hormat dah hargailah mereka... untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Logo Olimpik dari 1869 hingga 2012








Lihat koleksi penuh<<<

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;





Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Wallahualam..

Ehwan dan 100 ekor ayam







Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam dikedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan... Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya... , ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran.

Orang ramai datang untuk me ngetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ?Kepalanya tak sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha... , dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha... .."


--siapa yang bodoh ni ?"

Harga minyak Singapura turun





Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari!!

Oleh BHS
Selasa, 29 Julai 2008

HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu.

Sumber: Berita harian Singapura

Teka teki, di Malaysia apa dia yang kalau dah naik tak turun-turun?



Technorati Tags:
, , , , , , , ,

30 July, 2008

Restoran guna pelaris





Perhatikan betul2 ape yang ade kat atas bumbung tuh........'PELARIS'......

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Restoran ini dikatakan berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tetapi zaman IT ni setakat nak edit gambar guna sahaja perisian Photoshop tapi tak tahulah kalau ni memang gambar real. Sebagai umat Islam kita memang wajib percayai Alam ghaib. Makhluk Allah bernama Jin dan sebagainya.

Tu yang aku respek pada orang Melayu ni, benda-benda tahyul jer yang masih dikekalkan dari turun termurun. Tapi budaya Melayu sendiri yang mempunyai moral yang baik secara beransur-ansur hilang. Budaya barat menjadi ikutan. Punk, hip-hop,program realiti,seluar londeh sudah menjadi perkara biasa.

Secara realitinya masih ramai lagi bomoh-bomoh yang mengamalkan ajaran Syaitan yang bertujuan menyesatkan umat Islam. Walaupun tiada bukti yang kukuh tapi cerita-cerita pasal pelaris masih laris..Semoga mereka bertaubat.
Blog Widget by LinkWithin