ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
05 August, 2008
Ketika cinta bertasbih
Muat turun:
Ketika Cinta Bertasbih <---- Sebuah keratan dari sebuah novel tulisan penulis dari seberang, HABIBURRRAHMAN EL SHIRAZY.
Luasnya Neraka <------ Artikel Agama yang menambahkan rasa takut kita kepada azab api neraka Nauzubillah.. tak pasti dari rawi hadis mana tapi walau bagaimana pun artikel ini sangat bagus supaya kita sedar diri kita ialah makhluk yang kecil berbanding kekuasaan Allah.
2 perkara yang anda perlu bimbang
Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda
Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru
Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya
Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda
Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda
....
Technorati Tags:
cerita kelakar, kelakar, cerita lawak, lawak, lawak pendek, funny, joke melayu, melayu, melayu boleh
Add to: | Technorati | Digg | del.icio.us | Yahoo | BlinkList | Spurl | reddit | Furl |
Lembu dan manusia
LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...
1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang dsb.
2 ... lembu tak ponteng kerja... pagi-pagi dia keluar meragut, petang dia balik rumah.
3 ... bila sampai waktu maghrib, lembu mesti balik rumah.. dia tak ada pulak main takraw ke, main bolasepak ke, shopping kat pasar malam ke.
4 ... lembu tak melakukan perhubungan jantina luar tabii.
5 ... lembu tak buat maksiat seperti berjudi, minum arak dsb.
6 ... lembu faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap lembu.
7 ... lembu tak ada pulak beri anak dara dia keluar malam dengan lembu jantan lain.
8 ... anak teruna lembu pulak tak ada nak usung anak dara lembu lain sampai lewat malam.
9 ... lembu punya susu, sapi dapat nama... yang bagi nama minyak sapi tu, manusia lah, bukannya lembu.
10 ... lembu tak ada buang masa membaca email karut macam ni...
jangan marah, lawak bodoh jer..
Technorati Tags:
cerita kelakar, kelakar, cerita lawak, lawak, lawak pendek, funny, joke melayu, melayu, melayu boleh, manusia, lembu, lawak lembu, lembu gila, artikel lembu
Add to: | Technorati | Digg | del.icio.us | Yahoo | BlinkList | Spurl | reddit | Furl |
Lawak payung
Ajoi adalah seorang yang sangat pelupa. Setiap hari dia pergi ke pejabat dengan membawa payung. Namun, dia pasti lupa membawa turun payungnya dari bas.
Suatu hari isterinya mengingatkan dia untuk kesekian kalinya. "Abang.. harga payung cukup mahal dan kita telah membelinya setiap hari, ingatlah payung abang masa turun dari bas!"
Maka ketika Ajoii hendak turun dari bas dia segera mengambil dan membawanya pulang ke rumah. Dengan gembira ia menunjukkan payung tersebut pada isterinya.
"Hari ni adalah yang istimewa bagi abang.. abang tidak lupa lagi membawa pulang payung ini!"
Tapi isterinya berkata, "Abang.. hari ini kan abang tidak membawa payung ke pejabat???"
hu hu hu..
Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains
Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.
Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)
Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.
Baca artikel penuh:
>>>Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains<<<<
Technorati Tags:
tidur, petua tidur, tip tidur, tidur Rasulullah, Rasulullah, kajian sains, Islam, sains vs Islam, sains dan islam, sunnah, sunnah nabi, penemuan
Add to: | Technorati | Digg | del.icio.us | Yahoo | BlinkList | Spurl | reddit | Furl |
Surat minta kerja
PER: MEMOHON KERJA SEBAGAI JURU AUDIT.
Suka citanya saya seperti nama di atas ingin memohon kerja sebagai juru audit di syarikat tuan seperti yang telah diiklankan di surat khabar bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla.. bla..bla.. bla.. bla..
2) Di sini saya ingin bertanya serba sedikit soalan kepada tuan.
a) Kalau saya di terima berkerja , berapakah gaji yang akan tuan bayar memandangkan saya berkelulusan diploma?
b) Adakah saya akan dipindahkan ke syarikat lain memandangkan syarikat tuan banyak cawangan . Kalau ya di manakah saya akan dipindahkan?
c) Bila tuan nak menemuduga saya ? Kalau boleh biarlah cepat sikit manalah tau ada syarikat lain yang akan panggil saya dalam masa terdekat ni..melepas pulak tuan nanti .
d) Dekat syarikat tuan ada kemudahan seperti surau tak? Senanglah bagi kami orang islam nak beribadah nanti.
e) Tempat juru audit tu tempat yang dikhaskan ke atau terbuka bersama-sama stuff lain?
Itulah serba sedikit mengenai butir diri saya buat rujukan tuan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah di harapkan dan saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian .
P/s: Tuan nanti saya akan hadiri temuduga saya dengan kemeja dot-dot hitam putih yang dipadankan dengan seluar slack warna pink untuk memudahkan tuan mengenali saya.
Yang Benar,
____________
( MAN BIN BAI )
Technorati Tags:
cerita kelakar, kelakar, cerita lawak, lawak, lawak pendek, funny, joke melayu, melayu, melayu boleh, surat, surat minta kerja, surat kelakar, kerja, kerja kosong, juruaudit
Add to: | Technorati | Digg | del.icio.us | Yahoo | BlinkList | Spurl | reddit | Furl |
Tips Pengurusan email melalui Gmail
Kebanyakan kita mempunyai email samada hotmail, gmail atau yahoo. kalau kita subscribe mcm2 yahoogroups, mcm mana nak uruskan semua email yg masuk? mcm mana nak bezakan email personal atau tidak? Ni tips dari aku utk pengguna Gmail sahaja.
1. Create 3 label. namakan Personal, LargeMail dan YahooGroups.
2. Create filter pada setiap label berkenaan.
3. Untuk label Personal, pada filter dibahagian To masukkan email penuh gmail eg: perwira.osman@gmail.com
4. Untuk label LargeMail, pada filter, click Has attachment
5. Untuk YahooGroups, pada bahagian subject tagline groups berkenaan. Katakan lebih dari 1 yahoogroups kita subcribe so dia akan jadi [Blalang_group]
6. Kita boleh select kriteria lain sebagai tambahan eg. click Skip the Inbox, Star it, etc..
7. Bagaimana kalau kita tak nak terima email individu tertentu dlm Yahoogroups? pada bahagian kriteria Doesn't have tambahkan nama individu berkenaan.
8. Jika kita nak simpan email2 tertentu, Star kan dia, so lepas biasakan delete yg email tak berstatus Star
*Artikel asal di tulis oleh perwira Osman
Rompakan terbesar di Abad ke 20
04 August, 2008
Kenali hati budi seorang lelaki
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.
Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak".
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"
Baca artikel penuh:
>>>Kenali hati budi seorang lelaki<<<
Kenyataan Mufti Perlis Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan
"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) "Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". (Surah al-Anbiya 50-54)"
Sumber: drmaza.com
Tip penjagaan tulang belakang
Bila usia meningkat, biasalah "rumah dah kata pergi, kubur kata mari" banyak penyakit pun akan datang. Kalau tengok orang-orang tua dulu terutamanya nyonya-nyonya dah bongkok sabut pun boleh pergi taman lagi. Apa rahsia diaorang?
Kali ni saya hendak berkongsi tip penjagaan tulang belakang semoga dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog isu hangat ni. Klik gambar di bawah untuk download fail (power point show)
Gantung kereta kerana minyak naik
TANAH MERAH - Tertekan dengan kenaikan harga minyak, seorang penduduk bertindak meletakkan kereta Toyota miliknya di atas gelong di hadapan rumah di Kampung Bukit Nangka, Jeli.
Mohd. Yusuff Mamat, 45, yang berniaga kecil-kecilan memberitahu, beliau terpaksa berbuat demikian lantaran tidak mampu lagi mengisi minyak dan kini bertukar menggunakan motosikal sahaja.
Beliau mengambil keputusan mengupah jentolak menggantung keretanya dua minggu selepas kenaikan harga petrol diumumkan.
Sebelum ini, beliau sering berulang-alik dari rumah ke bandar Tanah Merah sejauh 40 kilometer sehala untuk membeli barangan keperluan untuk gerai makanannya dan mengakui kos perjalanan itu kini semakin tinggi.
MOHD. YUSUFF menunjukkan keretanya yang diletak atas gelung konkrit depan
rumahnya di Kampung Bukit Nangka, Tanah Merah semalam.
Sumber: kosmo