adsense

13 August, 2008

Teka teki lawak








1. Tempat apa ni... ... peserta dia pakai uniform, peserta dia selalu bertambah & tak berkurangan?

2. Banyak2 bunga, bunga apa yg warna hitam?

3. Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia... ?

4. Emak Alang ada 5 orang anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?

5. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan

6. Kalau kancil ngan rusa berlaga, sapa mati?







Jawapan:

.

.

.

.

.

.

.

.

1. Tempat perkuburan... ... .ish... .ish... insaf aku... ...

2. Bunga tayar laaa... ... .

3. ubat nyamuk Fumakilla

4. Alang laa..

5. Bahrain

6. Pemandunya laaa yg mati... ... kan ke kalau keta kancil ngan rusa

berlanggar... .mati laaa org tu, kan-kan?

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH







Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
(cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib
(zakat)perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat
- bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja
(10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

5 makanan perosak hati







Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rusak, rusak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerusakan adalah niscaya dan wajib. Tentang perusak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'

1. Bergaul dengan banyak kalangan
Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.

Dalam tataran riel, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya out put semacam ini, karena motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Karena itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal berat karena salah pergaulan. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).


Baca artikel penuh :

5 makanan perosak hati

Hot Girls calender of 2008









click the images to zoom

Demam Chikungunya







Di Johor sekarang ni tengah sibuk penyakit demam Chikungunya. Penyakit ni kalau pergi hospital nmau kena tahan 3 hari. Ramai kenalan saya yang dah terkena penyakit yang belum ada penawar ini. Antara simptomnya adalah sakit-sakit sendi. Antara tip yang dapat mengurang sakitnya ialah banyak minum 100 plus atau air isotonik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Chikungunya ni boleh download fail di bawah




Atau fail lain dari post isuhangat sebelum ini http://isuhangat.blogspot.com/2008/07/bewarevirus-chikungunya.html


Pemenang suami mithali 2008







Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

12 August, 2008

Jimat minyak guna ubat gegat







Betuika ni???

JimatkanPetrol dengan Ubat Gegat ??

(Petua Jimat)

Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver. Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri.. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak… still kena keluar duit bergelen-gelen.

Ok.. sebenarnya ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut… Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. Iaitu kita boleh mengunakan UBAT GEGAT sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan… yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh didapati secara mudah dan murah dimana-mana pasar raya dan kedai runcit..

Cara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimatan yang optima,

* Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded(tanpa plumbum) sahaja.
* Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak… cubaminimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara..
* Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara.
* Ok lepas itu anda boleh pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti.

Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan 25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran..bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba..

Lawak atas katil bawah katil







Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!
Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya tiga kali seminggu.


Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?
Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.
Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?
Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.
Doktor: Ya..bagaimana?
Malek: Dia suruh saya potong kaki katil... .

Lawak Olimpik Beijing 080808







Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,... .(peserta pertama pun bersedia) Siapppp ... . Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menghisap sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!... . Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang... . semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja... !!",

Sekarang giliran peserta ke tiga... .dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya... sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba... ..zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian... Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ... ... ... .!""

Ketawa dalam internet + email + chatroom+forum etc







Ketawa dalam internet + email + chatroom... ... ... ..

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum
13: Ketawa Double
14. Sengih
15. Ketawa kuat: LOL
16. Ketawa bergolek-golek: LOLROTFL
17. Ketawakan dia: He he he he he
18. Kekkekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. ahakz = ketawa jimat cermat
20. hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh = ketawa tak ikhlas
21. heheh - hampir-hampir ketawa
22. kui kui kui - ketawa sambil batuk
23. hik hik hik - ketawa dalam mabuk
24. hek hek hek - ketawa ngada-ngada.
25. wakakakkakaka - ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring
26. eh heh - ketawa sindir.
27. huargh huargh huargh!!! - ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal)
28. ngee ngee ngee - ketawa sengih
29. kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh - Ketawa sambil lewa
30. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe... .

PPIM seru boikot Tabung Haji







high5_2008.jpg

Saya nak ucapkan tahniah kepada Tabung Haji kerana sekali lagi berjaya membeli syarikat yang sedang sakit perut. Bagusla tu, teruslah menjadi penyelamat kepada syarikat-syarikat yang mempunyai masalah tetapi mempunyai jaringan politik yang kuat. Saya mendapat cerita penyelewangan di Tabung Haji ini memang big time. Penyelewengan yang berlaku di Tabung Haji bukanlah perkara baru. Dulu beli kapal, kapal yang dihukum tembak, belum sempat pakai dah terbakar! Beli syarikat –syarikat yang sakit perut dengan harga yang tak masuk akal. Tak percaya tanyalah Dato' Hamid Zainal Abidin.

Kalau nak beli sangat, ada puluhan syarikat orang Islam yang boleh dibeli. Carilah keberkatan daripada duit jemaah Islam dan tak perlulah bersekongkol dengan mereka yang jelas mempunyai rekod tidak menghormati Islam. Kawan-kawan bolehlah cuba meneliti transaksi ini dan kita boleh kongsi bersama maklumat yang kita perolehi. Saya rasa malu kerana Tabung Haji boleh membuat keputusan yag tidak pandai dan amat meragukan.

Baca artikel penuh dari web PPIM<<<

11 August, 2008

Cari duit internet dengan survey







Cari duit internet dengan survey

Dalam perniagaan online atau offline membuat survey atau kajiselidik adalah penting kerana mereka:

1. Memerlukan menerima maklumbalas pengguna mengenai produk mereka
2. Perlu memahami kehendak pasaran
3. Ingin mengetahui kehendak pengguna sebelum melancarkan sesuatu produk supaya tidak syok sendiri.
4. Ingin melihat respon pengguna mengenai reka bentuk website mereka
5. Ingin tindakbalas mengenai produk mereka
6. Ingin mengetahui geografi bakal pelanggan mereka.

Dari maklumbalas survey yang mereka buat mereka akan mengetahui statistik data yang mereka perlukan. Teknik ini dinamakan sampling.

Bagaimana syarikat survey membayar kita?

Seperti program google adsense juga, syarikat survey membayar kita dari syarikat-syarikat atau webmaster-webmaster yang mendaftar berbayar dengan mereka. Cari duit internet dengan survey,autosurf,pay per click dan sebagainya memerlukan kesabaran dan usaha yang tekun kerana kita perlu menjawab survey setiap hari.

Sebelum ini saya rajin juga mendaftar dengan program survey ni tetapi kerana saya ketiadaan masa dan tidak tekun kebanyakkannya jadi daftar dan tinggal sahaja. Tetapi kebiasaannya program cari duit internet survey ni ada jadi ahli biasa, silver, gold,platinum, VIP dan sebagainya. Terpulanglah ayat yang digunakannya.

Juga perlu diingatkan tidak semua program-program survey ni betul-betul membayar kita, banyak juga yang SCAM! Oleh itu supaya kita tidak membuang masa dan tertipu , kita hendaklah rujuk kepada pakar dalam cari duit internet survey ni.

Pakar yang dimaksudkan ialah saudara Azman yang telah berpengalaman dan telah dapat pulangan lumayan dari program survey. Beliau telah menulis buku mengenai survey dan bagaimana dapat income Jana Wang Survey.

Saudara Azman sangat yakin kita juga boleh capat income melalui survey dengan tanpa kepakaran langsung mengenai IT. Sebab itu beliau berani memulangkan wang pembeli ebook beliau dalam masa 8 minggu jika tidak dapat income dari survey.

Jom layan pendapatan survey <--- dan mari cari duit internet...!

Blog Widget by LinkWithin