ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
15 August, 2008
Kata-kata hikmah
Menurut Hamka :
"Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya
Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya
Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya
Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya."
Pepatah Arab ada menyebut :
"Cabaran dan kehidupan tidak boleh dipisahkan melainkan kematian Mati itu lebih mulia dari hidup yang hina Kedekut, gelisah dan takut sama ertinya dengan kehidupan yang mati"
Hindarkan diri anda dari stress oleh Dr. Jacobson :
"Jika anda bertenang,
Segala kebimbangan akan hilang
Segala kerunsingan akan pulang
Segala ketenangan akan menjelang
Segala kedukaan akan terbang
Segala keindahan akan berkembang
Segala kebenaran akan terpampang
Segala kedamaian akan mengambang "
4 Keperluan Bentuk Muslim Sejati
JANGAN salahkan Islam jika anda mengenali seorang Muslim yang jahat perangainya, hidup di kawasan perkampungan Melayu kotor atau anak mereka kaki dadah, merempit dan liar. Karma kemiskinan dan kebodohan membelenggu hidup mereka.
Adakah gambaran seperti ini mewakili nilai Islam? Sama sekali tidak. Agama ini begitu suci, sempurna dan relevan sepanjang zaman. Hanya pengikutnya yang tidak memahami dan tidak mahu mengamalkan ajarannya saja mencemar imej Islam.
Bagaimanakah Islam membentuk keperibadian pengikutnya? Bukankah sudah lahir tamadun Islam yang paling agung pada zamannya selama 800 tahun berkuasa di dunia ini? Bolehkah kegemilangan itu berulang kembali?
Untuk membentuk imej Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seorang Muslim perlu memenuhi empat keperluan asasi bagi dirinya iaitu:
1 Riadah sebagai bekalan jasmani.
Rasulullah SAW menggesa umatnya memiliki kekuatan fizikal seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Bersungguhlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan Allah dan jangan lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Kekuatan fizikal hanya dapat dimiliki mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat iaitu seperti penjagaan kesihatan badan, gaya pemakanan seimbang dan senaman secara teratur. Bagaimana umat ini boleh berdiri sama tinggi dengan orang Barat atau Eropah yang jauh lebih maju dalam penjagaan kesihatan dan kecergasan mereka, jika kita berdiri sebagai seorang pemuda Islam yang memiliki ciri 3G iaitu gemuk, gebu dan gempal.
Padahal, Baginda SAW melatih sahabatnya dengan aktiviti lasak seperti berenang, berkuda, memanah, bermain tombak dan pedang. Terbukti kekuatan fizikal mereka mampu mengalahkan tentera kufar dengan perbandingan satu lawan sepuluh.
2 Ibadat sebagai bekalan rohani.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” Ketenangan hati dalam sembahyang dan zikrullah, puasa dan sedekah diharapkan mampu melahirkan insan menyeluruh.
Baca artikel penuh :-
>4 Keperluan Bentuk Muslim Sejati<
Persediaan Ramadhan
Persediaan menyambut Ramadhan , mari kita tanam azam awal-awal supaya dapat menjadikan puasa tahun ini lebih baik dari puasa tahun lalu , download fail powerpoint berkenaan Ramadhan :
Labels: download hangat
Hebat lagi bapak aku
"Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, SEMBANG TIGA BUDAK... ka sembangkan...
Budak A " Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa "
Budak B dan Budak C menjawab " Bapak kami pun ahli sukan jugak".
Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan... .
Budak A meneruskan cerita.." Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah "
" Itu tak heran " kata Budak B " Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"
"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Budak C. " Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. "
Moralnya... bapak macam ni banyak. pejabat belum tutup dia dah ada kat rumah.
Janganlah kita jadi bapak macam ni... . insaf..insaf
Kelakar pendek - Nak tipu nyamuk
Pada zaman dahulu, adalah seorang orang asli yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung.nak dijadikan kisah, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah orang asli tersebut kekedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya adalah sarang nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katilnya bagi melindunginya daripada nyamuk.pada malam itu, datanglah polis tersebut ke rumah orang asli itu untuk berborak-borak.dicari-carinya orang asli itu tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah orang asli tersebut dari bawah katil.terkejut sipolis kerana orang asli tido kat bawah katil sedangkan dikatilnya ada kelambu.
polis: awatnya tidoq bawah katil?
orang asli: saja... .nak tipu nyamuk
14 August, 2008
Statistik Undi Permatang Pauh
keyboard shorcut
Kebiasaannya jika menggunakan laptop kena bawa mouse lagi..lecehlah. Tetapi kalau anda pandai menggunakan "keyboard shorcut" kerja anda menjadi mudah dan tidak payah menggunakan mouse lagi dan lagi anda boleh kerek dengan office mate anda, sebab nampak macam expert atau bahasa zaman sekarang...OTAI.
Ok kalau nak belajar pasal keyboard shorcut ni boleh muat turun exe file keyboard shorcut:
Labels: download hangat
Memo Cuti Sakit
MEMO
Perkara : CUTI SAKIT
Kepada : Semua Pekerja
Daripada : Pihak Pengurusan
Salinan : Semua Pembaca Memo Ini
Merujuk kepada perkara diatas, berikut adalah garis panduan terbaru berkenaan
pengambilan cuti sakit.
Setiap pekerja diperuntukkan 10 hari cuti sakit untuk setahun. Namun begitu
anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit jika tak sakit.Itu
cari penyakit namanya. Sakit melebihi had akan ditolak dari cuti tahunan
walaupun anda betul-betul sakit. Cuti sakit tidak boleh dipindah milik atau
dibawa ke tahun seterusnya.
MC (Medical Certificate) atau Sijil Sakit perlu dilampirkan dengan borang
cuti. MC tulisan tangan tidak diterima. Jika berubat kampung, sila minta tok
bomoh atau pawang berkenaan mengeluarkan sijil sakit yang ditaip atau
dapatkan rawatan dari bomoh panel yang dilantik oleh kompeni.
Sakit hati, sakit jiwa serta jiwang, sakit kepala berdenyut-denyut dan sakit
sengal-sengal otot tidak dibenarkan cuti sakit. Borang cuti yang dikepilkan
pembalut panadol atau kotak ubat cap kaki tiga tidak akan dilayan.
Anda dikehendaki menalipon pejabat memaklumkan cuti sakit anda dan anda
tidak perlu bercakap dengan nada kasihan diikuti kesan khas suara serak-serak kering bersulam dengan batuk berkokol-kokol untuk membuktikan yang anda sakit. SMS juga dibolehkan jika anda tak mampu bersuara tetapi tidak digalakkan.
Sekian, harap maklum.
"BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN,
BERCUTI SAKIT DAHULU,
HANTAR BORANG CUTI BERSAMA MC KEMUDIAN"
Yang Benar
Pihak Pengurusan
Lee Chong Wei ke separuh akhir
Chong Wei Mara Separuh Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 14 Ogos (Bernama) -- Lee Chong Wei mara ke separuh akhir perseorangan badminton lelaki apabila menang mudah 21-9, 21-11 ke atas pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro hari ini, hanya satu perlawanan lagi untuk beliau memperolehi sebarang pingat.
Chong Wei, pilihan kedua di belakang juara dunia Lin Dan dari China, akan berdepan sama ada Bao Chunlai juga dari China atau Lee Hyunil dari Korea Selatan dalam kelompok terakhir pemain yang akan bertarung di gimnasium Universiti Teknologi Beijing esok.
"Bao dan Lee adalah dua pemain yang sukar ditewaskan. Saya tidak akan membuang masa untuk memikirkan betapa hebatnya mereka, apa yang saya perlu lakukan ialah menumpu perhatian dan membuat persiapan sebaik mungkin," kata pemain berumur 26 tahun itu yang merupakan pertaruhan terbaik negara untuk memungut pingat.
Chong Wei mengakui menjadi sandaran terakhir dalam acara badminton, beliau merasai tekanan di perlawanan separuh akhir bagi mengikut jejak langkah Rashid Sidek yang berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk negara pada Olimpik Atlanta 1996.
"Saya tidak memikirkan soal sebarang pingat sekarang tetapi hanya pada perlawanan yang bakal dihadapi satu demi satu. Saya akan berehat dan menonton televisyen petang ini apabila Bao dan Lee bermain," katanya.
China menempah tiket ke separuh akhir pagi ini apabila pilihan keempat Chen Jing menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsing 21-8, 21-14.
Pemain pilihan Lin Dan bermain di peringkat suku akhir menentang pemain veteran Denmark, Peter Gade di mana pemenang antara keduanya akan bertemu Chen.
Chong Wei tertekan ketika menentang Sony, pemenang pingat gangsa di Athens pada peringkat awal, tetapi apabila mendahului 11-8, beliau bermain dengan yakin dan menewaskan lawannya dengan serangan pantas yang berterusan.
"Saya tidak menjangka mencapai kemenangan mudah tetapi hari ini prestasi saya kurang baik. Saya mengejar setiap bola dan strategi saya ialah bermain lebih pantas di jaring," katanya yang menamatkan pertarungan dalam 32 minit.
-- BERNAMA
13 August, 2008
Kurma Israel
Sempena bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .
Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.
Wallahualam..
Pindah syarikat telefon tanpa tukar nombor September ini
SERIAN 11 Ogos – Mulai September ini, orang ramai boleh bertukar pengendali rangkaian telefon mudah alih masing-masing pada bila-bila masa tanpa perlu menukar nombor sedia ada.
Dengan dasar baru itu, pelanggan Maxis, misalnya, boleh terus menggunakan nombor lama Maxis mereka walaupun telah bertukar kepada perkhidmatan Celcom. Begitu juga sebaliknya.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, buat permulaan perkhidmatan portabiliti nombor mudah alih (MNP) itu akan dilaksanakan di kawasan Lembah Klang selama sebulan.
Beliau berkata, sekiranya berjalan lancar, sistem MNP itu akan diperluaskan ke seluruh negara mulai Oktober.
"Industri telekomunikasi akan menentukan kadar caj untuk menggunakan perkhidmatan MNP tetapi kerajaan tetapkan caj siling RM25, tidak boleh lebih daripada itu," kata Shaziman.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Internet Desa dan Sekolah Rendah Kampung Grogok di Bau serta Perpustakaan Jalur Lebar Desa, Kampung Tebakang, Serian di sini hari ini.
MNP pada dasarnya membolehkan pengguna bertukar pengendali rangkaian tanpa perlu menukar nombor telefon mudah alih yang mereka gunakan.
Dalam perkembangan lain, Shaziman berharap syarikat telekomunikasi akan menukar struktur menara telekomunikasi di bandar-bandar besar seperti di Ipoh dan Johor Bahru daripada keluli kepada fiber.
"Menara komunikasi sedia ada harus ditukar kepada bentuk yang lebih komprehensif menggunakan fiber supaya tidak menjejaskan pemandangan,'' katanya.
Nota:
Dengan kata lain, w/pun pakai no 012 tak semestinya Maxis, 019 tak semestinya Celcom, 016 tak semestinya Digi.
Petua untuk kebahagiaan rumahtangga
Berikut adalah Petua 8P untuk kebahagiaan rumahtangga:
1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU MEMBACA SURAH AL-IMRAN AYAT KE-31
KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.
APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.
KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA.