adsense

19 August, 2008

Koleksi Lawak pendek







Lawak 1

Sorang laki baru beli sekor kucing kt kedai haiwan. Sorang budak kt situ ternampak aki tu membelai kucingnya.
Budak: Chehss, monyet buruk camtu pun ko sayang??!
Laki: Budak, gila ke buta?... Ni kucing lah, bukan monyet, bodoh!.
Budak: Abang ni gila ke?! Saya cakap ngan kucing abang, bukan ngan abang!


Lawak 2
Satu kemalangan melibatkan seorg usahawan dlm BMWnya.

Usahawan: warrgghhh.. tgk apa dah jadi dgn BMW aku... habis kopak pintu kereta ni..warghh... .

Unit bantuan: encik. encik sedar x, tangan kanan encik dah tak ada? apasal risaukan sgt pintu kereta tu. materialistik sgt la encik ni

Usahawan: sambil memandang bhgn kanan badannya) warghh... ... jam Rolex aku!!!

Lawak 3

MENJERIT BERSAMA
Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit.."Tolong,Tolong"
Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang
lain..

Lalu salah seorang budak lain berkata.."Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"
"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain..

dan mereka semua mula menjerit "Bersama ! Bersama!"

Lawak 4

KULIAH
Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di
sebuah
universiti.
Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."
"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Lawak 5
PANCING
"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya
dengan memegang pancing sambil merokok..
Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang
ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...
Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"
Atok : "Untuk makan"
Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."
Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...
Sambil makan si Badul bertanya..
Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"
Atok : "Oh ada"
Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"
Atok : "Kamu yang kelima""

Lawak 6

LARI JAUH
"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"
Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."
Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"
Fendi : "Fuad dan saya"
Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

Angka dalam Islam







ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertngahanya keselamatan, dan akhirnya
adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di
padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat
kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.

ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.

Baca artikel penuh:
>>>Angka dalam Islam <<<

Koleksi tafsir mimpi








Mimpi adalah permainan tidur..ada yang kata mainan syaitan tetapi ada juga yang kata mimpi dari tengah malam hingga ke subuh, mimpi yang benar. Entahlah.. saya paling suka mimpi air sebab orang dulu-dulu ada kata kalau mimpi air, nak dapat rezeki ha ha.

Ok di bawah ini adalah link untuk download tafsir mimpi yang mengandungi 867 jenis mimpi dan tafsiran mengikut pandangan penulisnya. Saya pun sebenarnya tak tau siapa yang tukang compile dan menulisnya.. saja nak share tetapi jangan lah percaya sangat.







18 August, 2008

Fakta yang tidak kena mengena langsung dengan sejarah







FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

Komputer lama jangan dibuang







Kreatif betul la diaorang ni.






Klik atas gambar untuk zoom in

Cerita bermula dari huruf K







Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata,
"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kata, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

"kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.

P/S:
Kalau kiranya korang kerja, kembali KERJA!

Sikap suka bertangguh







Adakah anda suka bertangguh? Apakah kerja yang biasa ditangguhkan? Terus membaca untuk mengetahui baik dan buruk bertangguh.

Setiap kali bertangguh bermakna mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain. Apabila kita menangguh kerja yang sepatutnya dilakukan hari ini, pada masa akan datang kerja itu semakin banyak dan lebih banyak lagi yang terpaksa ditangguhkan disebabkan tidak mempunyai masa yang cukup.

Bertangguh daripada melakukan sesuatu bermakna tidak bersungguh-sungguh, tidak menghargai, tidak penting, tidak ikhlas atau tidak terfikirkan akannya. Sikap sentiasa bertangguh akan menyebabkan banyak peluang terlepas. Masa telah berlalu tidak dapat digantikan lagi.

Kita sepatutnya menjadikan diri seperti pengembara yang ingin cepat sampai ke destinasi. Untuk itu, kita perlu mula bergerak menuju ke destinasi tersebut dengan secepat mungkin. Jika kita bertangguh waktu bertolak, maka lewatlah waktu sampainya. Banyak peluang baik terlepas kerana terlewat sampai di tempat yang dituju.

Sesungguhnya sikap bertangguh dalam hal apa sekalipun tidak mendatangkan kebaikan, melainkan bertangguh daripada melakukan kemungkaran. Sesiapa menangguhkan niat melakukan kemungkaran, pada dirinya sudah mendapat satu kebaikan.

Awek bertudung







Hasil seni saudara Ice Soul, tahniah kerana memperbanyakkan lagi lukisan kartun Islamik





More pic:

Tudung girls

Petua Menambat Hati Perempuan







Download fail, Bagi yang lelaki, baca, fahami dan lakukan sesuatu. Petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal suami. Bagi si isteri pula sila print dan bagi husband baca.






Rombongan Pari















More pics

Nak pergi mana tu? Permatang Pauh ke?

17 August, 2008

Chong Wei terlepas RM1 juta







BEIJING: Lee Chong Wei terlepas ganjaran RM 1 juta yang dijanjikan apabila tewas kepada pemain China Lin Dan 12-21, 8-21 dan perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik 2008 sebentar tadi.

Kekalahan Chong Wei mungkin kerana gugup beraksi di hadapan penonton tuan rumah di samping aksi Lin Dan yang cemerlang di gelanggang sendiri.

Dari segi rekod pertemuan lalu antara Chong wei dan Lin Dan, Lin Dan memenangi 9 perlawanan manakala Chong Wei memenangi 5 perlawanan.

Walau bagaimana pun tahniah kepada Chong Wei kerana mendapat pingat pertama bagi negara pada kejohanan kali ini iaitu pingat perak.

Sebelum ini Razif and Jailani berjaya mendapat pingat gangsa pada Barcelona, Spain, tahun 1992 bagi acara badminton bergu lelaki dan merupakan pingat olimpik pertama bagi Malaysia.

Rashid Sidek pula berjaya mendapat pingat gangsa bagi perseorangan lelaki dan Cheah Soon Kit-Yap Kim berjaya mendapat pingat perak di Atlanta 1996.

Pada tahun ini di Beijing, Lee Chong Wei mendapat bimbingan dari anak sulung keluarga Hj Sidek, Misbun.

Tahniah kepada Chong Wei!

Sumbangan untuk pelajar Al-Azhar







"Saya telah mendapat maklumat seorang pelajar anak yatim yang berasal dari Kg Sg Buloh, Simpang Durian, Jelebu , N.Sembilan yang sedang menuntut di tahun akhir Universiti Al Azhar , Mesir memerlukan bantuan kewangan untuk menamatkan pengajian beliau dalam bidang Syariah Islamiah. Beliau secara keseluruhannya cemerlang dalam pembelajaran dimana beliau mendapat pangkat Jayyid.

Pelajar tersebut ialah Ayub bin Baharuddin , bapanya telah meninggal dunia dan emaknya hanyalah seorang suri rumah. Beliau mempunyai 7 orang adik beradik di mana 2 orang sudah bekerja.

Beliau adalah merupakan bekas pelajar Maahad Ahmadi , Gemencheh dan mendapat pencapaian Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia Anggaran kos yang diperlukan untuk menamatkan pengajian beliau adalah sekitar RM 2,500.

Mereka yang sudi membantu atau sudi meminjamkan wang untuk adik Ayub menamatkan pengajian bolehlah menghubungi Ustaz Khairul Azhar Kamarudin 0192245321 atau Saudara Mohd Noor Uzairi Adam 0196921232 Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun ibu beliau atas nama Safiah bt Jais , No akaun 351-710843-025 (Bank : HSBC) "

*Mari kita menyumbangkan sedikit rezeki kita kepada pelajar tersebut. Fikirkan untuk generasi anak-anak kita di masa hadapan, masih ramaikah nak jadi ustaz, Imam dan sebagainya? Kepada mereka yang ingin berkorbankan dunia nmereka untuk menjadi alim ulama kita kena support habis. Semoga mendapat kerahmatan dari Allah
Blog Widget by LinkWithin